Aquamania.info

Senarai Keperluan Akuarium Tropika

Checklist Peralatan Akuarium

1. Akuarium

2. Stand/ Kabinet

3. Bumbung Akuarium/ Penutup

4. Lampu

5. Sistem Penapisan

6. Heater/ Pemanas (jika perlu)

7. Thermometer

8.  Lapisan batuan/ pasir

9. Penyauk Ikan

10. Dechlorinator/ Anti klorin

11. Test kit – ammonia

12. Test kit – nitrite

13. Test kit – pH

14. Paip sifon

15. Pembersih algae/ magnetic scrubber

16. Baldi – 10 liter

17. Buku Panduan Ikan Tropika atau klik saja www.aquamania.info =)

18. Pokok hiasan dan sudah tentu ikan anda..

Cadangan/ Saranan Aqua Mania

Akuarium

Semakin besar semakin bagus..Yelah, kalau akuarium bersaiz 4 kaki x 2 kaki lebar mungkin tidak muat untuk diletakkan di bilik anda atau mungkin bagi anda yang tinggal di apartmen, flat, kondo dan seumpanya dah tentu akan menyempitkan ruang rumah anda. Last-last orang rumah bising..=).baik abang duduk je dalam akuarium tuh..Bagaimanapun, kalau akuarium bersaiz 2 kaki setengah atau 3 kaki pun sebenarnya dah mencukupi nbagi anda peminat baru. Mudah disenggara dan risiko kurang..(http://aquamania.info/04/kesilapan-biasa-akuarium-baru/).

Namun, jauhi akuarium yang tinggi dan carilah yang rendah (tinggi tidak lebih 18-24 inci) dan juga panjang serta lebar. Ikan sebenarnya lebih suka kawasan untuk berenang dalam akuarium panjang. Satu lagi, akuarium tinggi ni susah untuk disenggara. Bayangkan kalau tinggi/ dalam akuarium tersebut 2 kaki atau lebih..tak ke haru sampai ke ketiak tangan dihulur untuk samapai ke dasar dan fakta penting…akuarium yang tinggi dan mempunyai luas permukaan yang kecik, menyebabkan kandungan oksigen terlarut di dasar amat kurang. Jadi, buat keputusan yang tepat..Ikan hepi, anda pun hepi..=)

Stand/ kabinet

Akuarium sememangnya berat tambah lepas dimasukkan air, batu, pasir, kayu dan segala macam lagi..pening jugak nak cari stand ni..nak beli akuarium nak letak kat mana?atas meja nanti runtuh pulak..nak letak atas stand besi yang siap dengan akuarium nanti patah pulak (lama kelamaan selepas karat)..lagi satu, tak percaya stand besi tuh tak kuat? pergi test kat mana-mana akuarium di rumah kawan (lakukan secara tersembunyi..hehhehe) cuba tolak dengan satu jari..silap-silap nampak akuarium membuai-buai selepas air berkocak..takut tengok..apa yang anda boleh buat, sekiranya ada bajet lebih belilah yang siap kabinet..ataupun mungkin pergi tempah kabinet di kilang perabot kecil-kecilan (harga lebih murah)..kalau pandai bertukang, buat sendiri..

kami di Aqua Mania membuat sendiri kaki-kaki akuarium siap kabinet lagi..oklah, simple tapi kemas dan tegap dan yang paling penting murah..kalau tak de bajet lebih dan tak pandai bertukang, stand besi tadi adalah last option..tapi jangan lupa, bawak ke kedai besi untuk ditamabahkan besi pengikat di kiri kanan besi serta kuatkan welding sedia ada.

Bumbung/ Penutup

Penutup akuarium standard yang dijual di kedai-kedai ikan memang dah siap dengan lampu.. Selalunya lampu jenis t5 tapi pink kaler lah…hmm, kalau nak kaler lain kenalah tukar plak samada beli bulb lain atau try slow talk dengan tauke kedai tu kalo boley..Penutup yang dijual di pasaran ada dua jenis iaitu plastik dan kayu. pilihan bumbung plastik walaupun mahal sedikit tapi untuk long term amat berbaloi sebab tak akan mereput apabila terkena percikan air akuarium dan juga juga ringan. Bumbung akuarium amat diperlukan kepada pemilik ikan tropika yang jenis mudah melompat keluar seperti kelisa/ arowana, lampam, jelawat dan lain-lain ikan yang mempunyai bentuk badan panjang serta tirus. Walaupun begitu, lampu yang dipasang hendaklah dihadkan dalam tempoh 8-10 jam sahaja kerana dikhuatiri haba terhasil daripada lampu yang terperangkap akan memberi kesan terhadap suhu air.

Lampu

Walaupun lampu selalunya didatangkan sekali dengan penutup akuarium, namun sekiranya anda perlukan lampu yang lebih terang ataupun untuk kegunaan akuarium planted anda boleh buat pilihan seperti lampu High Output (HO), Very High Output (VHO), compact light, malah juga metal halide bergantung kepada jenis atau keperluan akuarium anda. Keperluan lampu secara detail bagi akuarium tropika akan saya terangkan pada artikel lain yang khusus.

Sistem Penapisan/ Filter

Pemilihan sistem penapisan atau filter adalah kritikal dan boleh kami katakan kejayaan pemeliharaan ikan tropika atau marin adalah bergantung kepada sistem filter. Ini kerana, filter yang baik bermakana kualiti air baik dan harus diingat sebenarnya apabila kita memelihara ikan sebenarnya kita menjaga air. Kualiti air ok, hidupan akuarium pun ok jugak.Simple kan.=). Tapi, filter macam mana yang baik?sebab bila tanya tokey kedai kompom dia akan tunjukkan yang mahal dan kononnya terbaik..KARUTTT..sebab ramai pemilik kedai ikan di luar sana yang tak beretika dan hanya ingin menjual barang dan kaut untung tanpa pernah memikirkan wang, masa dan komitmen anda dalam hobi ini. Ramai tokey yang tak peduli pun ikan-ikan anda..walaupun begitu masih ada juga segelintir yang bepengetahuan dan dapat memberikan tunjuk ajar..Teruskan sokongan anda kepada kedai-kedai begini..banyak betul kami melalut ni..hehhe..=)

Oklah, bagi akuarium tropika terdapat beberapa jenis filter yang anda boleh pilih. Antara pilihan filter yang boleh dipilih adalah undergravel filter (sedikit konvensional tapi berkesan), Hanging On Back (HOB), top filter dan yang terakhir adalah sump filter (paling terbaik cuma kena rajin masa pasang paip dan sistem).

Sekarang anda dah mula memahami asas sedikit sebanyak. Tapi sebelum membuat keputusan, pastikan anda hanya mencari sistem filter yang berkesan serta berbaloi dengan wang anda. Filter yang mempunyai kadar penapisan 3-5 kali ganda bagi akuarium tropika adalah mencukupi.Katakan anda memiliki akuarium berisipadu 100 liter jadi carilah pam yang mempunyai kadar 300liter/hour -500 lliter/hour..dan cubalah memilih yang lebih besar sedikit dan ianya pasti berbaloi. Ingat, mahal bukan beerti bagus dan murah pun tak semestinya berkesan. Jadi buat pemilihan yang tepat.

Pemanas

Pemanas air? Uishh..buat apa..kan Malaysia panas..tapi sebenarnya ianya adalah untuk menjaga kestabilan suhu air akuarium daripada terlampau sejuk selain untuk mengawal penyebaran penyakit. Contoh: ikan discus dapat hidup dengan sihat dalam persekitaran air 30 darjah sehingga 34 darjah dan dapat bertahan sehingga 36 darjah celcius! Namun begitu tidak semua akuarium yang memerlukan pemanas dan bergantung kepada jenis ikan serta suhu persekitaran seperti di dalam sebuah bilik berhawa dingin..

Termometer

Termometer adalah untuk kegunaan anda dalam memerhatikan suhu akuarium kesayangan anda supaya tidak terlampau sejuk atau terlampau panas..Terdapat pelbagai rekaan termometer dan termometer yang ringkas, kecil dan murah sudah mencukupi. Namun begitu terpulang kepada bajet dan rupabentuk yang anda ingini.

 

Lapisan Pasir/ Batuan

Lapisan pasir atau batuan dapat menambahkan kecantikan semulajadi kepada akuarium tropika anda. terdapat pelbagai jenis batuan atau pasir termasuk yang berwarna warni dijual di pasaran. Selain itu, lapisan pasir adalah penting abgi keberkesanan undergravel filter sekiranya sistem penapis tersebut menjadi pilihan anda. Manakala bagi pemilihan lapisan pasir/ batuan bagi akuarium planted, pastikan anda hanya membeli pasir/ tanah yang dijual bagi tumbuhan akuatik dan bukannya di nursery pokok kerana kandungan yang tidak bersesuaian serta akan mengeruhkan air.

Penyauk

Terdapat pelbagai jenama dan saiz penyauk. Bagaimanapun, pilih penyauk yang bersesuain dengan ikan yang anda pelihara iaitu tidak telalu besar atau terlalu kecil. Penyauk yang terlalu besar boleh menyebabkan ekor ikan emas kesayangan anda patah dan rosak serta tidak lagi kembang cantik ketika berenang. Sauk yang terlalu kecil akan menyebabkan ikan melompat keluar dan mungkin mencederakannya. Sekiranya anda memilih memelihara ikan tropika yang bersisik kasar dan besar seperti lampam, arowana dan lain-lain pastikan anda memilih penyauk berstektur kasar kerana tidak akan menanggalkan sisiknya. Bagi ikan-ikan kecil sperti ikan guppy, mollies mahupun ikan emas yang lemah lembut pastikan anda memilih penyauk berstektur halus supaya tidak mencederakannya. Nasihat penting daripada kami, pastikan anda memiliki dua penyauk yang berlainan saiz supaya dapat digunakan untuk menangkap ikan dengan lebih mudah serta tidak stress.

Dechlorinator/ Anti klorin

Anda memerlukan dechlorinator atau anti klorin untuk meneutralkan klorin terkandung kecuali anda menggunakan air RO atau air yang disimpan terlebih dahulu semalam sambil diberikan buih dengan pam. Anti klorin yang murah hanya dapat meneutralkan klorin manakala yang lebih berkualiti dapat meneutralkan kloramin serta logam berat lain terkandung dalam air paip rumah anda. Fakta penting, klorin terkandung dalam air paip hendaklah dineutralkan kerana jika tidak akan membunuh ikan dengan meresapi insang serta menghilangkan slime coat atau lendiran badan ikan.

Test Kits

 

Ramai peminat di Malaysia jarang ambil peduli tentang test kit kerana bagi mereka, letak air dan on kan semua peralatan lepas lima minit masukkan ikan. Nampak macam tak perlukan..dan sebab itulah ramai peminat akuarium tropika di Malaysia yang tidak berjaya. Test kit diperlukan untuk memeriksa kadar Ammonia, Nitrit, dan juga pH. Jika boleh dapatkan set lengkap test kit kerana lebih murah.

Paip Sifon

Paip sifon berguna ketika menyenggarakan akuarium terutama ketika membersihkan kotoran terkumpul pada atau dalam batuan/ pasir. Sebenarnya ia amat membantu memudahkan anda serta menjimatkan masa anda untuk membuang kotoran serta menukar air.

Pembersih magnetik

Pembersih magnetik dan pencuci cermin akuarium adalah salah satu peralatan yang penting serta mudah untuk anda membersihkan kaca akuarium anda yang telah ditumbuhi lumut.

Baldi Air

Apabila anda memulakan hobi ini, pastikan anda memiliki satu baldi air yang murah dan tulis Untuk Akuarium Sahaja supaya tidak bercampur dengan penggunaan rumah yang lain seperti memabsuh pakaian dan lain-lain. Khaskannya untuk akurium kesayangan anda sahaja.

Buku Rujukan

Memiliki buku rujukan atau panduan adalah suatu pelaburan yang baik bagi memeulakan hobi ini. Anda juga boleh melayari website-website berkaitan dengan ikan tropika atau klik sahaja ke website ini untuk rujukan..=) Thanks..

Pokok Hiasan

Pokok hiasan samada plastik atau hidup dapat menambahkan kecantikan suasana dalam akuarium. bagi yang gemarkan semulajdi, pemilihan pokok hiasan hidup memerlukan juga peralatan lain seperti lampu, tanah, fertilizer dan juga tabung gas karbon dioksida (CO2). Bagaimanapun, terpulang pada selera masing-masing.

Ikan

Akhir sekali pemilihan ikan. Pastikan anda memilih ikan yang serasi bersama dalam akuarium. Pemilihan ikan seperti arowana yang bersifat karnivor, dominan serta agresif sudah tentu tidak dapat dipelihara bersama ikan emas atau ikan guppy yang comel molek kerana kelak berakhir riwayat dalam perut arowana tersebut.. :) .Oleh  itu, kaji dahulu sifat dn keserasian ikan-ikan yang anda minati sebelum membeli ikan. Jangan biarkan ikan baru anda menyebabkan anda kehilangan seluruh komuniti ikan comel kesayangan anda sedia ada nanti..

Selamat Memelihara Ikan…

39 Thoughts on “Senarai Keperluan Akuarium Tropika

  1. Megat on April 26, 2011 at 4:53 PM said:

    Salam, bagaimana cara utk menghubungi kedai aqua mania? Boleh minta no telefon tak?

    • Ray Aqua on April 26, 2011 at 6:30 PM said:

      Salam en Megat. terima kasih kerana melawati dan menyokong website ini yang bertujuan memberikan input serta berkongsi pengalaman. Untuk pengetahuan saudara serta semua peminat hobi ini, kami dalam proses mencari lokasi baru di Shah Alam. walaubagaimanapun kami cuba membantu peminat mendapatkan barangan atau aksesori akuarium di website kami http://www.aquamania.biz yang masih dalam proses pembinaan dan dengan izin Tuhan, website ini akan dilancarkan selewat-lewatnya pada penghujung Jun 11 ini. Terima kasih di atas sokongan anda semua dan kami amat menghargainya.

      Happy Reefing dan Selamat Memelihara Ikan

  2. Saya dari pekan, adakah ini proses membuka cawangan baru atau berpindah ke lokasi baru?

    • Ray Aqua on April 28, 2011 at 5:58 AM said:

      Objektif kami membuka laman web ini adalah berasakan perkongsian maklumat serta info. Walaubagaimanapun, kami berterima kasih kepada ke semua pelanggan-pelanggan kami di Aqua Mania yang telah memberi galakan kepada kami untuk memulakan laman web berteraskan maklumat ini. Sekali lagi jutaan terima kasih kami berikan kepada saudara serta semua peminat kami.

      Happy Reefing dan Selamat Memelihara Ikan

  3. Wah terbaekk…saya akan print nota tuan nie buat check list. Dah lama saya mencari panduan di Malaysia.Susah jugak. Harap tuan dapat jadi mentor saya…saya peminat ikan, tapi malas nak jaga hehe…semoga tuan ada buat service setup suatu hari nanti =)

  4. Muhamad on June 24, 2011 at 1:01 AM said:

    Saya tengah mencari hanging filter untuk akuarium 2 kaki. Saya nak beli hanging filtet yg terbaik, kat kedai akuarium ada banyak jenis hanging filter. Sampai saya tak tahu nak beli brand apa, harga yg saya tgk kat kedai rm25 – rm55. Harap tuan dapat membantu.

    • Ray Aqua on June 24, 2011 at 2:08 AM said:

      Salam saudara,
      Tahniah kerana memilih hobi pemeliharaan ikan ini dan kami pasti anda tidak sabar untuk memasukkan ikan pertama anda. Pada asasnya, pemilihan filter bagi mana-mana akuarium hendaklah bersesuain dengan saiz akuarium. Saiz akuarium 2 kaki standard adalah 50 liter dan tidak kira apa jua jenis, jenama, harga pastikan anda mendapatkan filter yang sekurang-kurangnya 250liter/hour atau dicadangkan 500liter/hour.Semakin banyak liter per hour atau liter per jam bermaksud air akuarium ditapis sebanyak itu juga. Sekiranya anda memilih 500 liter/hour maka air akuarium anda akan 10 kali melalui penapis tersebut dan ini sudah pasti membersihkan lagi air akuarium. Ini dapat diperiksa pada kotak ataupun label pada pam filter. Periksa dahulu. Pastikan anda tidak terpedaya dengan omongan/sembang penjual barangan yang sudah pasti hanya ingin menjual barangan tanpa memikirkan tentang pulangan terhadap anda (terdapat penjual yang tidak beretika,maaf dikatakan).Kami rasa dengan maklumat tersebut ianya akan menjadi panduan dalam pemilihan filter yang bersesuaian bagi anda.

      Selamat Memelihara Ikan dan Happy Reefing

  5. Amin470 on July 7, 2011 at 3:30 PM said:

    Slm,ade cawangan kat terengganu? :D

    • Ray Aqua on July 22, 2011 at 3:49 AM said:

      Salam saudara,
      Terima kasih kerana menyokong kami. Pihak kami tidak memiliki mana-mana cawangan buat masa sekarang. Namun begitu, sekiranya saudara memerlukan apa-apa peralatan serta aksesori akuarium, pihak kami sedia membantu. Emelkan kepada kami sebarang peralatan dan alamat penghantaran. Terima kasih.

      Selamat memelihara ikan dan Happy Reefing

  6. shahril on July 14, 2011 at 5:28 PM said:

    kat shah alam dah bukak ke?sy dok s.alam je so snang nk pg tgk..

  7. hafiez on July 22, 2011 at 2:46 PM said:

    salam ray…sy adalah salah seorg penggemar memelihara ikan berkonsepkan semulajadi…cuma sy nak tahu…berapakah budget utk cost co2 tu?termasuk tanah nye sekali…akuarium sy dlm 2kaki shj

    • Ray Aqua on July 23, 2011 at 8:51 PM said:

      Salam saudara,

      Syabas kerana ingin menyertai komuniti PLANTED TANK di Malaysia. Berdasarkan kepada saiz akuarium anda iaitu 2 kaki anggaran kasar adalah seperti di bawah:

      1. Akaurium 2 kaki – RM 150 (empty curved tank without stand and hood)
      2. Lampu PL 2 kaki – RM 90
      3. Fertilizer Soil 1 bucket – RM 60
      4. Disposable CO2 bottle (starter pack) – RM 35
      5. Small/ Muffin Fan – RM 40
      6. External Canister (50-100liter) – RM 150

      *Harga di atas tidak termasuk dengan aksesori seperti plant thong, tumbuhan akuatik dan hidupan akuatik yang lain.
      *Harga di atas adalah anggaran bergamtung kepada jenama serta kedai yang menjualnya. Buat kajian harga dahulu.

      Selamat Memelihara Ikan dan Happy Aquascaping :)

  8. salam bro..

    nak tanya ni.. saya nak beli custom made tank.. dah usha harga kat area saya ni:

    4x2x2 kaki, 8mm tebal gelas = RM320
    stand besi = RM120

    5x2x1.8 kaki 10mm tebal gelas= RM410
    stand besi = RM190

    6×2.5×1.8 kaki 10mm tebal gelas= RM??
    stand besi = RM??
    belum usha lagi

    harga2 custom tank ni berbaloi atau x?

    saya ada baca artikel yang mengatakan, kalau akuarium tu x tinggi, maka tebal akuarium x perlu lah tebal sangat? betul ke?

    bajet nak buat shallow tank saja, sebab ikan saya bela jenis shell dwellers (tanganyikan cichlids)..

  9. zamhero on August 14, 2011 at 5:27 AM said:

    assalam saudara ray..

    saya ingin meminta pandangan drpd saudara ray. apakah kegunaan uv light pada aquarium dan adakah penggunaan uv light pada marine tank boleh membunuh bakteria baik yg terdapat pada aquarium tersebut?

  10. hisyam shukor on February 26, 2012 at 5:47 PM said:

    macam mana caranya kita nak bagi air dalam akuarium sentiasa bersih dan jernih?

    nak tanya pasal jenis-jenis filter dan pam udara.

    • Salam saudara,
      Terdapat beberapa perkara yang peminat perlu faham sebelum ‘jump to conclusion atau desicion’. Adalah lebih baik kami memberi pengetahuan daripada menyelesaikan masalah peminat untuk short term. Baiklah, untuk memahami kenapa air akuarium/ kolam kotor adalah seperti berikut:

      a. Senggaraan air tidak dilakukan berkala.
      b. Populasi ikan/ hidupan akuatik terlampau banyak (1 inch/ gallon).
      c. Makanan tidak berkualiti dan mencemarkan air
      d. Air tidak berarus (pam terlalu kecil atau buangan ikan pada dasar akuarium tidak mampu ditolak arus)-gunakan pam 10 kali ganda daripada kapasiti air seperti contoh akuarium 100 liter (minimum 1,000 liter/hour).kolam 2,000 liter (20,000 liter/hour).
      e. Penggunaan filter tidak bersesuain dengan kapasiti akuarium seperti contoh akaurium 600 liter menggunakan pam overhead filter sudah pasti tidak memberi keputusan sama dengan penggunaan sump filter.

      Kami berharap dapat menjawab(memberi pemahaman) soalan anda supaya tidak mudah tertipu dengan omongan penjual kononya ini ramai pakai, ini tak ada masalah, ini banyak bagus punya brand etc. Sekiranya ada kemusyiklan sila ajukan kepada kami lagi untuk bantuan team Aqua Mania.

      Selamat Memelihara Ikan dan Happy Reefing.

  11. hakimi on March 13, 2012 at 9:49 AM said:

    macam mana nak menjaga tumbuhan hidup di aquarium tanpa menggunakan co2 tank.

  12. hakimi on March 13, 2012 at 1:12 PM said:

    macam mana nak bagi tumbuh-tumbuhan hidup di aquarium tanpa menggunakan co2 tank.

    • Salam saudara,

      Selamat datang kami ucapkan kepada saudara ke http://www.aquamania.info satu-satunya blog informasi bagi peminat-peminat akuarium marin dan juga air tawar. Untuk pengetahuan peminat-peminat akuarium planted di sana, CO2 atau Carbon Dioxide (karbon dioksida) adalah sumber bagi semua tumbuhan di air malah juga di darat untuk bernafas sepertimana juga sepertimana manusia dan haiwan menggunakan O2 atau oksigen bagi bernafas. Oleh itu, kepentingan bagi CO2 kepada tumbuhan tidak dapat dinafikan.

      CO2 atau karbon dioksida adalah hasil perkumuhan pernafasan manusia dan haiwan. Di dalam sungai, kolam, paya malah lautan, CO2 ini dirembeskan oleh ikan, serta hidupan lain selain hasil pereputan.

      AKUARIUM PLANTED

      1. Akuarium planted adalah akuarium yang menempatkan tumbuhan atau rumpai air disamping hiasan seperti bog wood, batuan dan juga media seperti tanah dan pasir.
      2. Akuarium planted kebiasaannya dimasukkan dengan elemen hidupan lain seperti ikan dan udang kecil.
      3. Ikan dan udang kecil iaitu hidupan akuatik ini akan bernafas menggunakan oksigen yang dibebaskan oleh tumbuhan air dan akan membebaskan semula gas karbon dioksida ke dalam air.

      Penggunaan tangki CO2 dalam akuarium planted

      1. Penggunaan CO2 TIDAK WAJIB kerana penggunaan CO2 hanya akan menggalakkan pertumbuhan tumbuhan sehingga 2000% !
      2. Penggunaan CO2 harus diseimbangkan dengan kekerapan senggaraan seperti trimming serta keperluan lain seperti lampu yang lebih tinggi kuasa, pertambahan nutrient yang lebih seperti nitrogen, phosphorus, iron dan trace elements yang lain.

      * 6 ekor ikan bersaiz 1 inci setiap satu sudah mencukupi bagi planted tank bersaiz 40 liter atau 10 gallon.

      Selamat Memelihara Ikan dan Happy Planting

  13. zihad on March 24, 2012 at 2:29 PM said:

    salam, website ni memang terbaek ! tahniah moderator !

  14. hakimi on March 29, 2012 at 5:22 PM said:

    terima kasih kerana info itu.saya nak tanya pokok jenis apakah yang dapat hidup di dalam air tanpa c02.benarkah, hanya menggunakan lampu dapat menaikkan warna badan ikan?.ikan jenis apa yang dapat menaikkan warna badan ikan hanya menggunakan lampu saja.

    • Salam hakimi,
      Sebagaimana yang kita pernah belajar di sekolah dahulu, semua hidupan memerlukan udara untuk hidup. Manusia dan haiwan memerlukan oksigen manakala tumbuhan darat dan tumbuhan air memerlukan karbon dioksida (CO2). Manusia dan haiwan di darat dan di air memerlukan oksigen untuk bernafas, tiada oksigen = mati. Tumbuhan pula memerlukan CO2.tiada CO2 = mati. Apa yang kami terangkan dahulu tentang keperluan meletakkan SISTEM CO2 iaitu tong silinder CO2, hose tubing, diffuser dan lain-lain. Sekiranya pokok dalam akuarium tidak padat maka tidak perlu diletakkan SISTEM CO2 kerana CO2 atau karbon dioksida didapati terus daripada hasil pernfasan ikan. Sekiranya tumbuhan padat dan penuh maka sudah pasti akan berlaku persaingan mendapatkan CO2 maka disitu baru wujud keperluan menggunakan CO2. Maaf kerana tidak dapat menjawab soalan saudara Hakimi kerana dalam dunia sains bilogi sekarang masih belum menjumpai sebarang pokok yang hidup tanpa menggunakan CO2. Saudara perlu faham apa itu CO2. CO2 adalah gas karbon dioksida. O2 pula adalah oksigen. Sekiranya saudara bertanyakan apa jenis tumbuhan yang tidak menggunakan CO2, para biologist, zoologist pun tidak mampu menjawabnya. Tetapi sekiranya saudara bertanyakan tumbuhan apa tidak memerlukan SISTEM CO2 iaitu merangkumi tong silinder CO2, hose tubing, diffuser dan lain-lain maka semua tumbuhan tidak memerlukan asalkan tidak padat dan soalan tersebut telah kami jawab pada soalan saudara yang lepas. Kami harap kami telah menjawab soalan saudara. Sekiranya ada pemilik kedai ikan yang menyatakan bahawa pokok ini tidak menggunakan karbon diosida (CO2) maka tanya kepadanya semula ada tak ikan yang boleh dibela tanpa menggunakan oksigen (O2).sekiranya dia menunjukkan jawapannya adalah ikan betta (ikan laga) atau ikan guppy maka CABUT LARI @ BLAH daripada kedai tersebut kerana pemilik kedai tersebut tidak tahu langsung asas sains dan asas pemeliharaan ikan dan tak dapat membezakan di antara aerator atau pam udara dengan Oksigen dan SISTEM CO2 dengan CO2…bagaimana pula mereka ini dapat menjual ikan dan lain-lain hidupan yang jauh lebih kompleks keperluan dan pemahamannya. Tiada gunanya saudara membeli daripada seseoarang yang sama pengetahuan atau mungkin kurang pengetahuan daripada saudara.

      Lampu pula membekalkan cahaya alternatif daripada cahaya matahari. Dengan cahaya matahari, manusia dan haiwan mendapat zat daripadanya, tumbuhan pula mendapat manfaat dengan proses fotosintesisnya. Cahaya matahari membekalkan cahaya 100 PAR. Lampu pula ada yang 38 PAR -80 PAR. Semakin tinggi PAR menghampiri PAR matahari maka makin sempurna manfaatnya. Jika mengikut lampu yang dijual di pasaran pula maka lampu dengan bacaan 6,500 Kelvin menghampiri keterangan cahaya matahari pada waktu tengahari.

      Namun begitu, lampu yang dijual dikedai ikan terutamanya bagi ikan tropika dan tumbuhan air tawar adalah lebih bertujuan bagi nilai estitika iaitu menyerlahkan kecantikkan. Lampu berwarna pink atau kemerahan sepertimana yang digunakan oleh pemilik ikan arowana dapat menyerlahkan warna ikan. Walaubagiamanpun, keperluan lampu bagi ikan yang dipelihara bersama tumbuhan akuatik adalah nombor dua. Keutamaan harus diberikan kepada tumbuhan akuatik kerana ia memerlukan cahaya bagi proses fotosintesisnya. Gunakan lampu yang terang dengan 4,700 – 6,500 Kelvin.

  15. hakimi on April 1, 2012 at 1:24 PM said:

    terima kasih abg ray.saya berasa begitu terharu kerana setiap pertanyaan saya hanya menggunakan beberapa patah perkataan saja.tetapi abg ray memberikan jawapan lebih dari 100 perkataan.terima kasih banyakx2.

  16. salam.
    boleh saya dapatkan no.telefon en.Ray. saya bercadang hendak menerbitkan beberapa artikel berkaitan ikan akuarium ni..saya melihat dalam blog en.ray ni begitu menarik dan sesuai untuk terbitan artikel dalam portal di jabatan saya.sekiranya en.ray berminat bolehlah emailkan kpd saya.TK

  17. Adilla J on April 27, 2012 at 9:49 AM said:

    Hi brader ray..
    nak tanya sikit ne..
    saya baru berjinak-jinak dalam hobi pelihara ikan air tawar ne dan memiliki planted tank lbh kurang 2 kaki pnjg…
    dalam tank tu,adalah dalam 5 jenis aquatic plant dan 10 ikan tetra dan 1psg guppy.. separuh drpd tank tu dipenuhi aquatic plant.
    soalan saya:

    1. mcm mn nak maintain planted tank ne,supaya aquatic plant tu tumbuh dgn baik. Bila nak trim pokok2 tu..?
    2.Jika menggunakkan DIY CO2,mcm mn nak balanced kn pH dan pressure dan sebanyak manakah penggunaan CO2 yg sesuai supaya tidak memudaratkan ikan hiasan.?

    • Salam saudari,

      Bagi kemusyikilan saudari jawapan kami adalah:

      1. Saudari memiliki akuarium 2 kaki (2′x1′x1′) dan bersaiz 50 liter atau lebih kurang 10 gelen dan memiliki 12 ekor ikan bersaiz 1 inci dan memiliki akuarium planted. Daripada segi pembekalan ataupun oksigen terlarut, secara asasnya sudah mencukupi. Tumbuhan akuatik sebagaimana tumbuhan di daratan memerlukan karbon dioksida (CO2) yang dibebaskan oleh pernafasan, perkumuhan dan pencernaan makanan oleh hidupan akuatik dan akan membebaskan Oksigen (O2). Gas terlarut (CO2), cahaya serta nutrien (buangan hidupan akuatik serta supplemen) yang terdapat dalam akuarium akan membantu tumbesaran tumbuhan akuatik saudari.
      Kadar CO2 yang banyak serta cahaya yang tinggi akan menyebabkan tumbuhan akuatik tumbuh dan hidup dengan cepat merebak. Sokongan nutrien dan supplemen yang diberikan mempercepatkan tumbesarannya. Kekurangan salah satu akan menyebabkan tumbuhan akautik akan bersaing sama sendiri dan terbantut tumbesarannya. Kekurangan boleh berlaku akibat atas faktor tersebut. Oleh itu, kaedah terbaik untuk mengekalkan akuarium planted yang cantik adalah dengan melakukan cantasan (trimming) kerana selain memberikan kekemasan dalam akuaskap ianya juga turut memastikan semua tumbuhan mendapat nutrien, cahaya dan CO2 yang mencukupi. Peminat boleh melakukan secara berkala 1-2 kali sebulan atau apabila terdapat tanda-tanda salah satu tumbuhan akuatik dalam akuarium peminat kelihatan tidak sihat (tanda-tanda persaingan telah berlaku).

      2.Berkenaan dengan mengekalkan bacaan pH dan CO2 di dalam akuarium kerana kadar CO2 terlarut yang tinggi akan menyebabkan bacaan pH turun maka kaedah membekalkan akuarium dengan udara (bubble) dapat membantu (ekonomik dan efektif). Terdapat kaedah lain iaitu penggunaan meter penstabil pH (mahal). Terpulang kepada peminat terhadap kedua pilihan. Tepuk wallet dan tanya selera.:)

      Selamat Memelihara Ikan dan Happy Planting

  18. lokasi mane………….

  19. adeen on June 30, 2012 at 9:34 AM said:

    Saudara ray..saya adalah peminat baru..saya baru seminggu memiliki sebuah akuarium saiz 2 kaki..ikan2 yg saya ada adalah dari jenis yang kecil termasuk tetra..masalahnya skarang ialah, setiap ari 1-2 ekor ikan sy yang mati..saya telah letakkan ubat ikan seperti yg disarankan oleh pemilik kdai akuarium yg sy beli..semasa setup akuarium,sy telah mengikut semua panduan..sy juga telah memasukkan “black water” seperti yang disarankan tokay kdai tp masalah kematian ikan masih berlaku..mohon jasa baik saudara untuk bagi panduan pd sy ye..tq..

    • Salam,
      Menambah ‘black water extract’ adalah untuk menjadikan keadaan air akuarium seperti di habitat asal dan sesuai digunakan bagi ikan jenis tetra, discus, arowana, cichlids dan angelfish. Selain menambah trace element seperti magnesium dan kalsium ianya juga menstabilkan pH bagi akuarium air tawar. Jadi menambah black water tiada kena mengena dengan kejadian ikan saudara mati.

      Untuk pengetahuan saudara, akuarium saudara telah mengalami ‘new tank syndrom’ atau sindrom tangki baru di mana sistem penapisan biologikal akuarium saudara masih tidak bersedia (bakteria denitrifikasi tidak mencukupi atau tiada lansung bagi menjalankan proses menguraikan toksin). Ianya adalah akibat memasukkan ikan dengan kadar yang cepat dengan kuantiti yang banyak sekaligus dan bukannya dua tiga ekor buat permulaan dan selepas seminggu air diperiksa parameter ammonia, pH, dan nitrit sehingga sifar sebelum dimasukkan ikan baru yang lain.

      Sekiranya selepas seminggu, parameter air seperti ammonia, nitrit adalah tinggi maka air akuarium tersebut harus ditukar 10%-15% sahaja tanpa penukaran sepenuhnya kerana penukaran 100% air baru akan mengakibatkan proses pembentukan koloni bakteria denitrifikasi terencat atau terganggu.

      Apa yang perlu saudara lakukan sekarang adalah mendapatkan bakteria pemula atau Baacteria Starter atau Bacteria Booster serta melakukan penukaran air sedikit serta mendapatkan juga Ammonia Lock (produk API).

      Selamat Memelihara Ikan

  20. Salam saudara Ray,saya ingin bertanya adakah adakah penggunaan penutup (bumbung)tangki akuarium sesuai bagi pemeliharaam ikan lionhead dan oranda saya. Dan apakah filter sistem yang efisien (akuariun 3 kaki)bagi meneruskan kesinambungan jangka hayat ikam tersebut agar terus panjang dan sihat? Sekian terima kasih

    • Salam,
      Penutup bumbung tidak berkaitan sesuai atau tidak namun harus diingat, lionhead dan oranda adalah spesis ikan emas atau dikenali dengan cold water fish dan bukannya tropical fish. Penggunaan bumbung sahaja atau lengkap dengan lampu terbina akan menaikkan suhu air sehingga 30 darjah Celcius ke atas. Ikan emas atau jenis cold water ini dipelihara dalam suhu 18 darjah Celcius (negara asal di China) sehingga 26 darjah Celcius. Suhu yang lebih panas dan lama akan memendekkan jangka hayat ikan emas ini serta mempercepatkan pencernaan makanannya menjadikan ianya cepat lapar serta kekurangan oksigen. Sekiranya saudara menginginkan ikan emas yang dipelihara cantik berkilat serta menarik maka stabilkan suhunya pada suhu sekitar 24 – 26 darjah Celcius. Pemeliharaan ikan emas ini pada suhu yang lebih tidak memberi kesan langsung pada waktu terdekat tetapi akan menjadikannya tidak sihat serta akan memendekkan umurnya seperti yang kami nyatakan di atas.

      Oleh kerana ikan emas ini unik (tidak memiliki perut kerana bahagian badan yang buncit disangkakan perut tetapi hanya tiub panjang yang memenuhi ‘perut’ yakni bahagian badan yang kelihatan bulat) ianya akan memproses makanan sebaik makanan melalui mulutnya dan seterusnya oesophagus terus ke dalam usus dan dubuang tidak seperti ikan lain yang mempunyai sistem penghadaman di dalam perut.

      Untuk memastikan ikan emas sihat, pastikan ikan emas kesayangan mendapat nutrien mencukupi dan seimbang kerana ikan ini adalah omnivor.Memberikan makanan seperti algae atau rumpai malah seaweed dapat membekalkan keperluannya.

      Faktor lain memastikan ikan emas dipelihara sihat, pastikan tidak memeliharanya bersama ikan tropika lain yang selalunya akan menganggu ikan emas ini yang lemah gemalai dengan membulinya dengan cara mengigit ekor ikan emas. Pemilihan pokok hiasan platik yang tidak tajam sebaliknya mempunyai bentuk daun yang bulat adalah baik. Batuan yang diletakkan dalam akuarium juga haruslah tidak tajam atau bergerigi kerana akan merosakkan sirip dan ekor serta sisiknya.

      Selamat Memelihara Ikan

  21. Mustafa Kamal Bin Mohamed on July 26, 2012 at 6:58 AM said:

    Salam, Saudara Ray. Saya ingin bertanya pendapat Saudara tentang penggunaan carbon di dalam kanister filter saya. Melalui pelbagai info di internet, saya mendapati terdapatnya pendapat yang pro penggunaan carbon sebagai medium penapisan kimia tersebut dan ada yang mengatakan peri bahayanya penggunaan media tersebut kerana menurutnya ianya akan menjejaskan koloni bakteria baik yang sedia ada di medium penapis biologi. Dan adakah penggunannya untuk jangka panjang tanpa penukaran berkala akan menjejaskan sistem imun ikan. Penjelasan yang sejelas- jelasnya dari Saudara Ray amat diharapkan dan diucapkan berbanyak- banyak terima kasih.

  22. zawahir on August 10, 2012 at 11:25 AM said:

    ray …kt mana nk beli tumbuhan aquatik n tlg kasi pone number ya tq

  23. hakimi on August 27, 2012 at 6:17 PM said:

    macam mane nak bagi ikan emas hidup lama.kalau ikan hidup lama pun adakah disebabkan tank yang besar?

  24. syikin on October 29, 2012 at 4:20 PM said:

    Assalamualaikum,
    Sy nak tanye,mcm mane sy nak tingkatkan kualiti air n tumbesaran ikan..filter ape yg sesuai utk akuarium yg besarnye lebih kuang 12′x8′x6′…sy ade sepsg udang n 2 psg ikan guppy….perlu x guna sistem o2..kalo perlu nak kene gune ape utk sistem o2 tu…

    • Salam saudari

      Maksud saudari akuarium saudari 12 inci x 8 inci x 6 inci. Penggunaan hang on back filter sudah membantu mengekalkan air yang jernih. Penggunaan bubble menggunakan pam udara (aerator) juga turut membantu. Pastikan makanan ikan hanya diberi sedikit sahaja supaya tiada yang berbaki seterusnya mengotorkan air.Makanan diberi sedikit sahaja dalam secubit kecil sahaja 1-2 kali sehari.Amalkan penukaran air 10-20% sahaja setiap seminggu dan jangan sesekali menukar 100% air kerana akan menganggu kestabilan sistem penapisan biologikalnya.

      Selamat memelihara ikan dan happy reefing

  25. afifah on November 2, 2012 at 1:45 PM said:

    salam,nk share info ngan kwn2…ye?

  26. salam..saya baru je berjinak2 nak tanam tumbuhan dalam akuarium ni.sebelum ni guna pokok plastic je.masalahnya saya x tahu kat mana nak dapatkan pokok/benih .cari dekat kedaui ikan berdekatan x ade jual.harap dapat info kedai yang menjual tumbuhan dalam akuarium ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Post Navigation