Aquamania.info

Phosphate Dalam Reef Tank

Apa itu Phosphate?

Apakah Phosphates (PO4)?

Phosphate atau PO4 adalah sebatian Phosphorus (P), salah satu daripada 14 trace element terpenting daripada keseluruhan 70 trace elements yang dijumpai di lautan di mana merupakan manfaat yang berguna buat akuarium marin dan sistem reef aquarium. Untuk makluman dan ingatan, paras normal PO4 di lautan adalah hanya 0.07 ppm.

Kesan Phosphates Kepada Akuarium Marin

Phosphate (PO4) adalah sumber utama nutrien atau baja kepada semua jenis tumbuhan baik di darat mahupun di air termasuklah algae. PO4  adalah nutrien yang paling disukai oleh algae secara khususnya Green Hair Algae (algae berwarna hijau dan panjang). Apabila parasPO4 di dalam akuarium melebihi 0.07ppm di dalam akuarium anda dan cahaya yang diberikan pula adalah mencukupi maka green hair algae ini akan mula memenuhi akuarium serta menutupi apa saja termasuk cermin akuarium, live rock, pasir malah coral kesayangan anda. :(

Sekiranya pengcahayaan pula kurang dan PO4 pada paras melebihi 0.07 ppm maka brown algae pula akan mula memenuhi dan selalunya masalah ini akan terjadi kepada akuarium baru yang belum matang dan peminat yang baru berjinak-jinak dengan akuarium marin.

Image

PO4 atau Phosphate akan menggalakkan pengumpulan serta pertumbuhan brown algae di dalam tisu coral, menutup warna sebenar pigment coral dan seterusnya menyebabkan coral bertukar menjadi warna coklat. Ini akan menyebabkan penyerapan kalsium karbonat yang diperlukan oleh coral akan terjejas dan membantutkan tumbesaran coral.

Image

Dari mana Phosphate Datang atau Wujud Dalam Akuarium?

Phosphate dibawa masuk ke dalam akuarium dalam pelbagai cara dan terbahagi:

1.  Secara Semulajadi

a. kuantiti ikan atau populasi coral yang terlalu banyak dalam akuarium

b. tumbuhan atau algae yang mati serta terurai

c. buangan najis ikan berbentuk makanan yang tidak dicerna

d. bakteria yang mati serta terurai

e. apa-apa benda hidup yang mati dan diuraikan

f. lendir ikan dan lendiran coral yang terurai

2. Secara Buatan atau Diimport

a. Pemberian makanan yang berlebihan dan terurai serta tidak dimakan

b. Artificial sea salt atau garam buatan bancuhan yang berkualiti rendah

c. Additive atau supplement yang mengandunginya

d. Karbon yang digunakan dalam akuarium (rendah kualiti) atau tidak ditukar dan membebaskan kembali phosphate

yang telah diserapnya

e. Phosphate dalam sebatian buffering

f. Pemberian frozen foods secara terus ke dalam akuarium tanpa mencairkannya dahulu serta mentoskannya

g. Penggunaan kalsium karbonat yang rendah kualiti dalam reaktor kalsium

 h. Penggunaan air paip yang tidak ditapis / di filter (RO) semasa membancuh air akuarum mula-mula dan penggunaan    

     berterusan air tidak dirawat itu untukl menambah semula air akuarium yang tersejat adalah punca utama.

Nota Penting: Adalah dinasihatkan untuk membuat ujian (test) phosphate serta nitrat menggunakan test kit terhadap air paip ataupun produk baru yang ingin dimasukkan ke dalam akuarium. Kenapa perlu menambah sesuatu yang boleh memberikan masalah kepada akuarium kesayangan anda?

Bagaimana Merendahkan atau Menyingkirkan Phosphate?

Paras optima phosphate khususnya akuarium reef, adalah sifar atau terlalu sedikit dengan 0.05 ppm adalah paras yang boleh diterima. Penggunaan phosphate test kit level yang bagus dapat membantu peminat mengesan kandungan phosphate dalam akuarium seterusnya mencari langkah merendahkan atau menyingkirkan phosphate tersebut. Langkah-langkah yang boleh membantu peminat merendahkan atau menyngkirkan phosphate adalah:

1.Menambah limewater atau kalkwasser membantu menurunkan paras phosphate. Ini kerana kalsium hidroksida yang terkandung dalam kalkwasser atau limewater akan membantu paras pH yang tinggi 8.3-8.4 serta juga mengandungi paras kalsium yang tinggi dalam campurannya. pH serta kalsium yang tinggi akan bertindak balas memecahkan ikatan sebatian phophate (PO4) yang menjadi sumber utama nutrien algae dalam akuarium peminat.  Aqua Mania telah mencuba teori ini dalam satu akuarium Fish Only (FO) yang telah mencatatkan bacaan 10 ppm bagi membuktikan kebenarannya. Dalam masa 2 hari sahaja paras bacaan PO4 dalam akuarium tersebut telah jatuh kepada 5ppm (50%) dan selepas lima hari bacaan 5 ppm tersebut telah jatuh kepada 0.5 ppm (90%)!

2.Senggaraan berkala akuarium reef kesayangan anda dengan penukaran air yang terawat. Ini membantu peminat mengawal phosphate, bahan mendapan terurai, nitrat dan sebatian kimia lain yang tidak diingini dalam akuarium reef anda yang menyumbang kepada pellbagai masalah.

3.Penggunaan Po4 absorber yang berkualiti dan efisyen. Kami di Aqua Mania telah menggunapakai sejak sekian lama PO4 absorber ini iaitu Sea Chem’s PhosGuard , Kent Marine’s Phosphate Sponge dan API Phosphate Remover.

4.Peringatan, apabila menggunakan mana-mana jua jenis absorber ianya perlu ditukar secara berkala mengikut saranan pengeluar. Ini kerana apabila ianya telah tepu dengan serapan bahan kimia tersebut ianya tidak lagi akan mampu menampung dan akan perlahan-lahan melepaskan semula apa yang telah diserapnya.

5.Penggunaan kaedah semulajadi iaitu algae melawan algae! Meletakkan makroalgae seperti Chaetomorpha sp. yang mudah membiak di dalam sump tank atau mewujudkan refugium akan menyerap semua phosphate dan nitrat sebelum sempat mikroalgae yang lain menyerapnya. Lama-kelamaan masalah phosphate akan tiada dan ini adalah kaedah yang kami di Aqua Mania selalu gunakan bagi menyelesaikan masalah Po4 dan nitrat dalam akuarium kami.:)

Chaetomorpha live marine aquatic plant Well tanked aquatics      
Selamat Memelihara Ikan dan Happy Reefing

10 Thoughts on “Phosphate Dalam Reef Tank

  1. bro, mana nak dapat limewater ni ek? itu hari sy tukar air dkt 40% bsknya goniopora sy half da mati. Sy syak ph sy naik.

  2. Salam saudara Ray…

    SOALAN:

    Bagaimanakah cara untuk mengurangkan kadar No3 dalam akuarium FISH ONLY?

  3. Saudara ijal.
    Nk kurangkan No3, buat water change la every week. Kurangkan bg makanan ikan. Buang kotoran dlm tank @ sump. Doskan ngan bacter7 atau bactiv8 serta biotim & biodigest selepas wc supaya kasi biak bacteria.
    Lg bgs beli reactor & bio pellet kasi serap no3. Klu kaya la..

  4. ijal on May 9, 2012 at 12:10 AM said:

    Salam saudara Din…

    Terima kasih atas info yang diberi…

    • Salam Sha,

      PhosGuard™ boelh digunakan bagi menyerap phosphate dan silica yang menjadi nutrien penting kepada brown/green algae. Penggunaannya dapat mengawal pertumbuhan algae secara terkawal. Berkesan.

      Selamat Memelihara Ikan dan Happy Reefing

  5. Firdhaus on May 24, 2012 at 8:21 AM said:

    kenapa air akuarium air tawar saya bertukar menjadi warna hijau setelah beberapa hari air ditukar?

    • Salam saudara,
      Terdapat beberapa sebab kenapa air akuarium berwarna hijau. Air hijau sebenarnya kerana air tersebut mengandungi green algae yang mana akan hidup membiak secara tidak terkawal dengan adanya nutrien yang mencukupi (filter yang ada tidak mampu menampung beban buangan) dan cahaya yang banyak atau terlebih seperti akuarium mendapat cahaya terus daripada cahaya matahari atau lampu terpasang melebihi waktu (dicadangkan 8-10 jam sehari sudah memadai).
      Pemberian makanan yang tidak berkualiti serta kandungan phosphate yang tinggi daripada air paip turut menjadi punca kepada masalah air hijau. Penggunaan phosphate absorber serta activated carbon amat berkesan selain daripada penggunaan uv filter (sekiranya mampu).

      Selamat Memelihara Ikan dan Happy Reefing

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Post Navigation