Aquamania.info

Pengcahayaan Akuarium: Sistem dan Bulb – Bahagian 2


Pasaran masa kini menawarkan pelbagai produk sistem lampu yang sofistikated buat akuarium anda. Sebelum membuat pilihan sistem lampu bagi akuarium kesayangan, anda harus memahami asas spektrum dan tahap keterangan cahaya yang diperlukan oleh akuarium anda sendiri.

 

Bahagian Satu artikel ini menerangkan lampu mentol biasa dan sistem lampu fluorescent. Artikel ini akan menerangkan sistem lampu metal halide dan HQI serta LED.

Sistem Lampu Metal Halide

Sistem lampu Metal halide adalah amat berguna bagi segala jenis akuarium yang memerlukan cahaya yang tinggi, akuarium yang tinggi kedalamannya atau akuarium Fish Only (FO) di mana cahaya yang tinggi dan terang diperlukan bagi menerangi keseluruhan akuarium. Lampu jenis ini juga ideal bagi akuarium planted serta akuarium reef.

 

Sistem Metal Halide Soket Skru

Bulb Jenis Mogul

Walaupun penampilannya sama dengan lampu mentol biasa cuma bersaiz lebih besar, lampu metal halide menghasilkan cahaya yang lebih terang, watt dan juga warna spektrum. Bulb Metal halide terbahagi kepada dua jenis iaitu bulb kaca yang lebih besar mengandungi gas yang lebih sedikit dan juga bulb kaca padat dengan gas yang dihubungkan dengan beberapa siri wayar. Apabila arus melaluinya, gas di dalam akan menghasilkan cahaya.

 

Base bulb metal halide adalah beralur sepertimana bulb mentol biasa tetapi memerlukan sistem soket khusus yang dikenali mogul. Ballast diperlukan bagi mengoperasikannya dan selalunya diletakkan di bawah kabinet supaya haba yang dibebaskan tidak terus memberi kesan kepada suhu air (kabinet memerlukan kipas kecil atau ventilation fan bagi membebaskan haba terperangkap). Bulb Metal Halide boleh didapati dengan pelbagai spektrum warna bermula  4,000K kepada 20,000K, dan watt sekitar 175 kepada 1,000 watts.

Sistem Lampu HQI

Lampu jenis ini dikenali sebagai Halogen Quartz Iodide (HQI) dan digunakan meluas bagi akuarium reef. HQI biasanya boleh didapati dengan spektrum warna daripada 10,000K dan 20,000K dan didapati dengan 150-250 watt. Lampu jenis ini mampu menjadikan coral hidup sihat dan haba yang terhasil adalah kurang panas daripada bulb metal halide.

Sistem lampu  HQI memiliki ciri yang sama dengan metal halide tetapi berbeza rekabentuknya. Ianya lebih kecil dan double-ended di kedua hujungnya serta soket yang khusus untuknya.

Sama dengan ciri bulb metal halide, lampu HQI juga mempunyai kekurangannya. Pertama, bulb ini mampu meletup sekiranya terkena percikan air ketika dalam keadaan sangat panas. Kedua, kaca penutup akuarium diperlukan bagi melindungi coral daripada ‘terbakar’  akibat sinaran UV yang dipancarkannya. Akhir sekali, bulb HQI ini membebaskan haba dan memerlukan kipas serta chiller bagi menjadikan suhu air selamat dan stabil.

 

Lampu LED

Penggunaan LED menjimatkan tenaga elektrik, kurang membebaskan haba dan kurang senggaraannya

Lampu LED iaitu Light Emitting Diode adalah sistem lampu yang baru diperkenalkan kepada hobi pemeliharaan ikan ini. Sistem ini adalah rangkaian litar diod-diod kecil secara bersiri bagi menghasilkan cahaya yang terang. Lampu jenis ini mempunyai banyak kebaikan iaitu tempoh hayat yang lama iaitu 100,000 jam, tidak membebaskan haba tinggi, watt yang rendah tetapi kecerahannya mampu menjadikan coral terus sihat. Lampu ini walaupun baru diperkenalkan tetapi telah mula digunakan dalam penjagaan akuarium reef. Oleh kerana bentuknya yang lebih nipis dan ringan serta tidak memerlukan ballast serta senggaraan yang kerap maka lampu jenis ini adalah alternatif baru kepada peminat ikan hiasan yang lain. Namun begitu, LED ini adalah mahal dan kadangkala harganya melebihi harga mana-mana jenis lampu akuarium yang lain.

 

LED adalah konsep baru diperkenalkan kepada hobi akuarium

Kesimpulan

Apabila anda ingin membuat keputusan memilih jenis lampu bagi akuarium anda, pastikan ianya mampu memenuhi kehendak organisma yang anda rancang untuk dipelihara. Adalah suatu kemestian memahami kehendaknya supaya organisma yang anda pelihara terus sihat dan dapat membiak di dalam akuarium anda. Ianya bukanlah suatu pembaziran namun adalah suatu pelaburan yang menjamin kelagnsungan hidupan akuatik anda. Akhir kata, tepuk dada dan tanyalah selera. Pastikan anda membuat pemilihan yang tepat supaya tidak kerugian kelak. Daripada kami di Aqua Mania Selamat Berakuatik dan Happy Reefing.



 

 

16 Thoughts on “Pengcahayaan Akuarium: Sistem dan Bulb – Bahagian 2

  1. zamhro on April 30, 2011 at 1:06 AM said:

    Asalam dan salam sejahtera.

    terlebih dahulu terima kasih kepada saudara ray yg sentiasa memberikan artikel dan maklumat2 yg baru untuk dikongsikan kepada kami semua. disini saya ingin memohon pandangan daripada saudara ray mengenai sistem pencahayaan di akuarium saya.

    sebelum ini sistem pencahayaan di aquarium saya merupakan sistem lampu biasa sahaja. biasa yang saya maksudkan adalah lampu yg tersedia ada semasa saya membeli top cover dulu. pada pendapat saudara lampu @ sistem pencahayaan yg bagaimana harus saya beli@gunakan untuk masa sekarang dan berbaloi untuk masa hadapan. sekiranya saudara ray tidak keberatan bolehkan saudara ray jelaskan dengan lebih detail mengenai.

    Jenama?
    Harga?
    Kalvin?
    Kesesuaian – FO?, FOWLR? Reef?

    diharapkan saudara ray dapat membantu saya dalam menyelesaikan masalah untuk menukar sistem pencahayaan aquarium saya yg baru.

    • Ray Aqua on May 2, 2011 at 5:46 PM said:

      Salam saudara nizam, boleh tolong jelaskan saiz/ ukuran akuarium untuk kami berikan penjelasan mendalam.Terima kasih.

      Happy Reefing dan Selamat Memelihara Ikan

  2. zamhero on May 3, 2011 at 2:28 AM said:

    saiz ukuran akuarium saya adalah 3kaki panjang, 2kaki tinggi dan 1.5 kaki lebar. sekian.

    • Ray Aqua on May 3, 2011 at 5:53 AM said:

      Akuarium anda adalah 9 kaki padu= 254.85 liter/ 67.32 gallon (US). Sekiranya anda ingin mendapatkan cahaya yang optimum bagi akuarium reef, anda perlukan pengcahayaan lampu dengan 268 Watts-536 Watts (4 watts/gal – 8 watts/gal) Lampu daripada jenis VHO/HO sudah mencukupi bagi mendapatkan hasil tersebut. namun harus diperhatikan peningkatan suhu akibat haba yang dibebaskan. DYMAX HI-5 LIGHTING 3.0FT, .Lampu-lampu jenis ini biasanya didatangkan dengan bulb T5 10,000 K-14,000 K (putih kebiruan/ warna langit).Namun begitu sekiranya anda mempunyai bajet, anda boleh mencuba Lampu LED yang mana tidak membebaskan haba yang tinggi serta menjimatkan elektrik. Kami harap jawapan ini membantu anda.

      Bagi akuarium FO/ FOWLR pengcahyaan biasa menggunakan lampu sedia ada sudah mencukupi dan bergantung kepada bajet anda.

      Happy Reefing dan Selamat Memelihara Ikan

  3. zamhero on May 3, 2011 at 8:55 AM said:

    terima kasih diatas respon yg diberikan oleh saudara ray..

  4. What a great web log. I spend hours on the net reading blogs, about tons of various subjects. I have to first of all give praise to whoever created your theme and second of all to you for writing what i can only describe as an fabulous article. I honestly believe there is a skill to writing articles that only very few posses and honestly you got it. The combining of demonstrative and upper-class content is by all odds super rare with the astronomic amount of blogs on the cyberspace.

  5. samsul on October 20, 2011 at 3:52 PM said:

    Bro, saya tumpang bertanya…
    Adakah penggunaan lampu LED biasa yang dijual di kedai kedai lampu boleh digunakan untuk aquarium yang ada coral dan ikan?

    • Ray Aqua on October 21, 2011 at 4:33 AM said:

      Salam,
      Lampu LED bagi kegunaan coral adalah berbeza dengan lampu LED yang biasa dijual bagi akuarium-akuarium biasa (tropika). LED bagi coral mempunyai spesifikasi serta rekabentuk malah harga yang amat berbeza walaupun LED yang dipasang pada fixture nya nampak sama. Ini kerana panjang gelombang cahaya dan spektrum warna yang dihasilkan oleh LED bagi coral adalah lebih pendek dan mampu memberi zooxanthale yang terdapat pada tisu coral memproses nutrient makanannya serta terus hidup.
      LED yang dipasarkan bagi kegunaan akuarium biasa adalah hanya untuk pengcahayaan yang tidak memerlukan hidupannya memproses nutrient.
      Kami di Aqua Mania berharap semua pelanggan tidak mudah terpedaya dengan omongan penjual yang hanya mementingankan keuntungan semata-mata. Walaubagaimanapun, peminat di luar masih boleh memelihara coral dengan memilih Coral untuk Permulaan (rujuk artikel kami sebelumnya).

      Sekian, terima kasih.

      Selamat Memelihara Ikan dan Happy Reefing

  6. hakimi on March 18, 2012 at 2:16 PM said:

    lampu apakah yg bagus untuk tumbuhan di dalam aquarium.jenis yg macam mana?

    • Salam,

      Semua lampu adalah bagus bagi kegunaannya sendiri. Cuma tidak semua yang sesuai. Tidak semestinya lampu ini bagus dan sesuai. Ada lampu yang dikatakan tidak bagus tapi sesuai. Faham? Analoginya mudah, saudara memerlukan kenderaan untuk kegunaan off road yang akan digunakan untuk memanjat bukit, jadi sudah pasti saudara tidak memilih kereta sport sedangkan ianya bagus dalam kelasnya tersendiri. Sudah pasti saudara akan memilih kenderaan 4×4 dan dalam banyak 4x 4 sudah pasti saudara akan memilih kenderaan yang mampu membawa saudara mendaki bukit.

      Oklah, kita berbalik kepada jenis lampu untuk tumbuhan. Pertama sekali, tentukan saiz akuarium saudara. Kemudian kirakan berapa liter dan convertkan kepada unit US gallon. Selepas itu, bagi memenuhi keperluan lampu bagi tumbuhan, dapatkan lampu yang mempunyai PAR (Photosynthetically Active Radiation) 6,500 Kelvin – 6,700 Kelvin. Pada lampu fixture akan dilabelkan dengan bacaan PAR lampu tersebut. Kemudian cuba cari lampu yang dapat memberi minimum 4 Watts/ gallon.

      Kami pasti saudara mungkin tidak dapat memahami kerana pemahaman tentang pengcahayaan sememangnya mendalam dan kami akan bicangkan panjang lebar dalam artikel kami nanti khusus berkenaan pengcahyaan yang betul. Baiklah, kami berikan sedikit contoh yang mana mungkin dapat membantu saudara memilih apakah lampu yang sesuai. Katakan saudara memiliki akuarium bersaiz 2′x1′x1′ jadi 2 kaki padu (ft3). Setelah diconvertkan kepada liter atau terus gallon maka akuarium tadi mempunyai 14.96 gallon. KEYWORD Lampu yang diperlukan 4 watt/ gallons. Jadi, 4 watts / gallons bagi akuarium 14.96 gallons didarabkan dengan 4 = 59.84 atau 60 Watts. Oleh itu, lampu yang sesuai dipasang pada akuarium planted bersaiz 2′ x 1′ x 1′ adalah 60 Watts. Mudahkan. JAdi tugas seterusnya mencari lampu yang mempunyai 60 watts. Lampu yang sesuai adalah lampu PL atau CPL. Kebaikan PL ini adalah lampu ini walaupun mempunyai 55 watts tetapi outputnya hingga 2-3 kali ganda bergantung jenis lampu itu sendiri. Contoh lampu PL yang memenuhi keperluan ini adalah di sini Lampu Rex PL RM120.00 .Kami berharap semoga saudara memahami prinsip asas dalam mencari lampu yang diperlukan dan tidak di’bohongi’ atau di’goreng’ pemilik kedai yang tidak bertanggungjawab. Gunakan prinsip dan penerangan tersebut dal;am mencari lampu yang sesuai bagi akuraium planted kesayangan anda. Apa yang amat penting, saudara tahu apa yang perlu dan bukannya saudara membeli apa yang disuruh beli oleh pemilik kedai.

      Selamat Memelihara Ikan dan Happy Reefing

  7. Salam Ray,

    Bole bagi info @ harga bagi LED untuk Reef Aquarium. Saiz 6′ x 2.5′ x 2.5′.

  8. salahuddin on May 18, 2012 at 10:45 AM said:

    salam ray

    saya ingin bertanya jika sekiranya akuarium itu memerlukan 120watt (berdasarkan kiraan 4 watt/ gallon) adakah penggunaan lampu itu adalah sebiji 120watt atau total penggunaan kumulatif lampu dalam akuarium itu 120watt sebagai contoh 60watt/2biji mentol atau 40watt/3 biji asalkan mendapat jumlah watt tersebut?

    • Salam saudara,
      Bagi penggunaan lampu berkuasa 120 watt berdasarkan 4 watt/gallon adalah disyorkan dibahagi kepada dua iaitu 60 Watt setiap satu. Adalah lebih baik sekiranya saudara boleh meletakkan 30 watt setiap satu (4 lampu) namun dalam keadaan ini adalah tidak praktikal kerana ruang atas akuarium saudara tidak mempunyai ruang untuk saudara mengakses kecuali penggunaan lampu jenis T5 VHO mahupun CPL. Namun harus diingat selain daripada 120 watt tadi, lampu yang digunakan haruslah mempunyai 6,700 Kelvin ke atas. Ini kerana cahaya matahari pada waktu tengahari di kawasan tropika mempunyai kepanasan cahaya 6,500 Kelvin. Oleh sebab itu langit sewaktu tengahari adalah berwarna kebiruan kerana 6,500 Kelvin adalah cahaya putih kebiruan. Semakin tinggi takat Kelvin, semakin biru.

      Selamat Memelihara Ikan dan Happy Reefing

  9. salahuddin on May 30, 2012 at 10:49 AM said:

    terima kasih saudra ray untuk penerangan yang sangat jelas di atas :)

    berkenaan dengan lampu yang mempunyai PAR yang diukur melalui jumlah Kelvin. seperti saudara ray cadangkan mestilah melebihi 6,500 kelvin itu, saya ada beberapa kemusykilan lagi berkenaan kelvin ini:-

    1. saya bercadang untuk memulakan reefing akuarium, saya browse di internet terdapat pelbagai variasi Kelvin, ada yang 15K, ada yang 20K, adakah ini bermaksud 15,000 kelvin dan 20,000 kelvin. berapakah jumlah kelvin terbaik untuk reefing?

    2. saudara ray boleh rujuk link ini http://www.aquariumleds.com/products/120-Watt-Aquarium-LED-20K-1-Watt-LEDs.html , saya kurang faham berkenaan PAR reading depth yang mana technical spec nya seperti berikut

    2″ depth – 1537 Par
    PAR reading 12″ depth – 423 Par
    24″ depth – 182 Par

    semakin tinggi kedudukan lampu dari permukaan air semakin rendah jumlah Kelvin yang sampai di dasar tank, adakah untuk reefing tank jumlah kelvin yang sampai ke dasar mestilah melebihi 6,500kelvin seperti dicadangkan?

    3. adakah lebih tinggi Kelvin untuk reefing tank bermaksud ianya lebih baik, berapakah kelvin maximum untuk reefing dan planted tank?

    harap saudara ray dapat membantu saya yang ingin memulakan reefing ini, untuk makluman saudara ray, untuk reefing ini saya bercadang menggunakan tank 5′x2′x2′.

    terima kasih saudara ray.

    • Salam saudara,
      Pengcahayaan Akuarium adalah satu subjek yang agak kompleks dan perlu kami terangkan secara panjang lebar dalam siri artikel yang khusus berkenaannya.

      Apa yang dapat kami bantu buat masa ini dalam kesempatan menjawab persoalan saudara dengan ringkas dan mudah adalah:

      Kelvin adalah bacaan atau takat haba yang diukur bagi sesuatu gelombang cahaya. Secara ringkas, semakin tinggi bacaan Kelvin semakin kebiruan cahayanya. Gelombang cahaya merah ketika matahari naik dan terbenam adalah 2700-3500 Kelvin dan gelombang cahaya ketika ini adalah panjang. Cahaya lampu pendaflour standard yang dipasang di rumah adalah 4200 Kelvin dan agak keputihan manakala cahaya matahari ketika matahari terpacak (tengahari) adalah dalam 6500 kelvin. Selagi panjang iaitu semakin rendah bacaan Kelvin maka semakin kuning kemerahan warnanya yang mana jika dipancarkan ke dalam air maka ianya akan kehilangan tenaga penembusan dan jika di lautan ianya tidak sampai ke dasar.

      Kita bandingkan pula dengan 6500 Kelvin yang mana warnanya adalah putih kebiruan. Oleh kerana ianya memancarkan gelombang cahaya pendek (400-500nm) maka ianya akan tetap bergerak sehingga sampai ke dasar. Kerana itu, langit adalah berwarna kebiruan kerana pantulan cahaya pada air laut seumpama cermin dan bergerak ke seluruh permukaan langit menjadikannya kebiruan pada waktu siang.

      Bacaan PAR pula adalah ‘Photosynthetically Active Radiation’ yang mana diperlukan oleh tumbuhan serta sel algae simbiotik yang hidup pada lapisan coral dan anemone adalah diperlukan dalam bacaan 400-700 nm. Apa yang perlu saudara titik beratkan dalam pemilihan PAR lampu adalah berapakah kedalaman akuarium saudara. 12″ adalah kedalaman 1 kaki dan bacaan PAR seperti tadi adalah mencukupi melainkan saudara memiliki akuarium yang lebih tinggi atau dalam. Sekiranya saudara memiliki akuarium dengan ketinggian atau kedalaman 2 kaki maka bacaan 182 nm adalah tidak mencukupi.

      Secara kesimpulannya bagi pemahaman saudara ialah Kelvin adalah bacaan bagi menentukan cahaya. Selagi tinggi Kelvin semakin biru atau semakin pendek gelombang cahaya. Semakin pendek gelombang cahaya semakin sampai ke dasar. Tiada istilah maksimum kelvin kerana di pasaran sekarang telah terdapat lampu yang mencapai 50,000 kelvin dijual di mana ianya adalah berwarna keungguan.Tiada lagi kebiruan kerana cahaya bermula dengan kemerahan (rendah kelvin dan frekuensi gelombang panjang) sehingga kekuningan, kehijauan, keputihan, kebiruan dan keungguan yang paling tinggi (Kelvin tinggi dan frekeunsi gelombang amat pendek).

      Untuk ingatan, terdapat lagi faktor sampingan seperti Lumen dan Lux yang akan kami jelaskan kemudian dalam artikel yang lebih advanced. Walaubagaimanapun, faktor di atas dapat dijadikan panduan ringkas dalam pemilihan lampu.

      Selamat Memelihara Ikan dan Happy Reefing

  10. salahuddin on July 5, 2012 at 8:48 AM said:

    terima kasih saudara ray untuk penerangan panjang lebar di atas, tak sabar tunggu artikel berkenaan lumen dan lux pulak…

    usaha murni saudara begitu membantu beginner seperti saya, terima kasih sekali lagi saudara ray :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Post Navigation