Aquamania.info

Lima Sebab Ikan Mati Dalam Akuarium Marin

Fakta mengejutkan! Ikan yang dipelihara dalam akuarium hidup lebih lama daripada hidup di luar sana? Betul. Ini kerana ikan di lautan mati kerana dimakan/ diburu oleh ikan pemangsa lain bukannya disebabkan wabak penyakit, masalah pemakanan serta tua. Disebabkan lautan adalah luas, ianya adalah hampir mustahil melihat jangkitan wabak ikan di lautan yang menyerang sekelompok ikan kerana terdapat juga banyak ‘pemakan parasit’ dan karnivor yang menjadikan parasit-parasit sebagai sumber makanan mereka. Di lautan, ikan akan mati adalah disebabkan terkena penyakit (tidak bernasib baik) atau tua dan akhirnya akan dimakan ikan besar/ pemangsa yang lain (siapa kuat akan berkuasa-rantai makanan)

Lain pula cerita bagi akuarium. Majoriti akuarium marin/air masin adalah sistem tertutup (tidak terbuka kepada lautan) dan bergantung sepenuhnya kepada tangan-tangan si pemiliknya bagi menjadikan hidupan akuatik hidup sihat. Kita berbalik pada masa dahulu ketika akuarium laut mula diperkenalkan kepada peminat ikan hiasan, banyak ikan marin dan invertebrata yang dijual dipasaran serta diimport telah mati kerana kurangnya pengetahuan tentang keperluan hidupan ini pada pembekal, pemilik kedai serta peminat itu sendiri.  Akhirnya, ikan-ikan yang ditangkap dan dijual akhirnya mati begitu sahaja. Faktor-faktor kematian ikan dan invertebrata adalah:

1. Kebuluran & Diet

Ikan-ikan baru tiba boleh dikatakan kebanyakkannya tidak akan makan langsung makanan yang diberi dengan 2 sebab utama. Satu, ikan-ikan ini tidak diberi makan dengan baik daripada mula dikutip ditengah laut sehinggalah pemilik memasukkannya ke dalam akuarium. Pengumpul ikan ini selalunya tidak akan memberi makan kepada ikan selepas ditangkap kerana buangan najis ikan dikhuatiri akan menyumbangkan ammonia yang tinggi semasa penyimpanan stok (stok banyak mungkin1000-2000 ikan) dan dikhuatiri mencemarkan ammonia yang sama dalam plastik semasa penghantaran ke serata dunia (kebanyakkan ikan marin di Malaysia berasal daripada Filipina dan Indonesia serta sebahagiannya daripada Australia serta Hawaii (dua tempat yang OK)).

Apa bahayanya buangan ikan/ammonia dalam plastik ikan? Buangan ikan dalam plastik sama dengan ammonia, bermakna kurangnya oksigen dalam beg dan melevurkan (burnt) sirip serta insang! Ikan-ikan yang sakit ini akan terus tidak makan.. Banyak peminat hobi ini juga tidak memberikan makanan sebagaimana sepatutnya. Ikan Mandarinfish hanya akan makan copepods dan amphipods di lautan. Percayalah dan yakinlah, ikan ini tidak akan berminat langsung dengan makanan keping (flake) yang anda berikan/buangkan!hehehheh..mana sama makan ayam goreng dengan makan biskut kering bang..

Bagi ikan-ikan yang cerewet seperti butterflyfish, bannerfish/moorish idol/ anthias, terdapat cara untuk membantu/ mendidik ikan-ikan ini makan tetapi dalam artikel yang lain nanti. Sebenarnya apabila ikan telah tidak makan buat beberapa lama, ikan-ikan ini cenderung untuk hilang selera makan dan adalah sukar untuk mereka makan kembali walaupun makanan diberikan adalah makanan sepatutnya (macam merajuk pun ada). :)

2. Penyesuaian/ Aklimasi Tidak Sempurna

Ramai peminat tidak aklimasi ikan mereka dengan sempurna. Ikan mungkin dapat menerima/ meyesuaikan diri dengan perbezaan suhu antara air beg plastik dan air akuarium, tetapi ikan tidak sempat menyesuaikan diri dengan perbezaan pH. Sesetengah ikan (dan KEBANYAKKAN inverterata) adalah sensitif kepada penukaran pH daripada jenis lain. Ambil masa sedikit untuk perlahan-lahan adjust pH air akan mengelakkan banyak kematian hidupan dalam akuarium.

3. Parasit & Penyakit

Banyak ikan (kebiasaannya surgeonfish) membawa parasit (cth: oodinium dan cryptocaryon) yang tersembunyi dalam badannya. Ianya tidak kelihatan ketika anda membelinya tetapi stress akibat ditangkap serta dihantar keluar boleh menyebabkan penyebaran parasit dalam akuarium sebaik anda memasukkan ke dalam akuarium. Nasib baik, kebanyakkan penyakit ikan dapat dirawat semasa peringkat awal jika dirawat dengan berkesan. Akuarium kuarantin adalah sangat digalakkan bagi ke semua ikan yang baru sampai sebelum dimasukkan ke dalam akuarium display anda. Parasit sebenarnya bukanlah sebab utama ‘kematian ikan’.

Sebab utama kematian adalah ‘lemas’ disebabkan lendiran yang terhasil dan terkumpul dalam  insang akibat parasit yang mendiami di kawasan insang. Seringkali juga, walaupun parasit dirawati namun kesan luka menyebabkan dijangkiti kuman dan menyebabkan kematian!

4. Ketidakserasian

Tidak kira walau apapun keinginan anda, Volitans Lionfish akan makan ikan yang muat masuk ke dalam mulutnya. Nampak macam terlampau ekstrem tetapi banyak ikan tidak dapat hidup bersama di lautan luas  apatah lagi dalam akuarium anda yang kecik tu (ikan daripada spesis sama/ bentuk badan sama/ habitat sama cth: angelfish, tangs). Menggunakan Carta Keserasian (Compatibility Chart) untuk melihat sama ada ikan serasi bersama sebelum anda membeli menyelamatkan nyawa ikan itu sendiri dan wang gaji anda.:)

5. Kualiti Air Tidak Elok

Bagi membolehkan ikan terus hidup, ikan memerlukan persekitaran yang stabil dengan parameter air tertentu. Parameter tersebut adalah tahap kemasinan, pH, rendah ammonia dan nitrit. Rendah kualiti air menyumbang ketidakseimbangan immunologikal, jangkitan serta kesihatan yang terjejas. Ikan yang lemah menjadi sasaran ikan lain. Kualiti air yang betul dapat disenggarakan dengan pelbagai cara seperti penukaran sebahagian air berkala, penapisan yang betul, penambahan mineral asas, kekerapan menyeimbangkan pH dan tidak memasukkan stok ikan dengan terlalu banyak.

Apa yang dapat difahami, peminat ikan yang baru kehilangan/kematian ikan lebih daripada peminat yang dah berpengalaman. Masih banyak yang perlu dipelajari oleh peminat ikan marin dan pengalaman akan menjadi guru anda terbaik.

Fakta sebenarnya banyak masalah dalam hobi pemeliharaan ikan marin ini adalah disebabkan kaedah penangkapan/ pengumpulan serta kaedah shipping yang tidak baik. Apabila ikan-ikan marin tersebut sampai ke kedai ikan, ikan-ikan ini sebenarnya telah melalui banyak proses pembungkusan dan pengahantaran. Perubahan pH, suhu, arameter air dan pelbagai lagi menyebabkan stress berlaku.

Pengumpul/penangkap akan membungkus ikan-ikan ini sebelum dihantar kepada pengeksport yang akan meletakkannya dalam sistem mereka sebelum dibungkus lagi untuk dihantar ke luar negara kepada gudang-gudang.

Apabila sampai ikan-ikan ini juga akan dimasukkan ke dalam sistem sebelum pemilik-pemilik kedai ikan memilih untuk dibawa pulang dengan dibungkus sekali lagi dan proses ini berulang kepada anda.

Bayangkan betapa stressnya ikan-ikan ini. Oleh itu, akhir kata, mengetahui apa yang sepatutnya apabila memilih ikan akan membantu anda daripada terbeli ikan-ikan yang akan membawa masalah kepada anda dan akuarium display anda pada masa hadapan.

Happy Reefing dan Selamat Memelihara Ikan

41 Thoughts on “Lima Sebab Ikan Mati Dalam Akuarium Marin

  1. Nadzri on May 4, 2011 at 12:20 PM said:

    Salam, apakah jenis perubatan yang terbaik untuk ikan yang mengalamai masalah “flukes”?

    • Ray Aqua on May 6, 2011 at 4:20 PM said:

      Salam, flukes adalah parasit yang yang melekatkan dirinya pada badan ikan dan selalunya dapat dijumpai pada bahagian insang, mata malah juga mulut. Bertelur pada badan/ insang ikan dan kemudiannya menetas serta berenang mencari perumah baru (ikan lain).Parasit ini tidak dapat hidup tanpa perumah.Kami mencadangkan saudara melakukan rendaman(dip) menggunakan air tawar yang dirawat (ikan akan mengalami sedilit stress) dalam tempoh 3-4 minit. Cara yang lebih berkesan adalah meletakkan ikan dijangkiti di dalam akuarium kuarantin (S.G 1.012) selama seminggu dan selepas itu, air tersebut hendaklah dibuang. Cara ini telah kami gunakan dengan berkesan sekali kerana dalam tempoh 5 minit sehingga sejam flukes akan mula tertanggal dari badan ikan. Cara lain yang digunakan adalah mencampurkan ubat formalin based (ke dalam akuarium kuarantin) tetapi cara ini lebih sukar disebabkan peminat terpaksa merawatnya mengikut rawatan yang agak berisiko tetapi sekiranya berjaya mengikut dos ianya amat berkesan.

      Happy Reefing dan Selamat Memelihara Ikan

  2. Nadzri on May 7, 2011 at 1:22 AM said:

    Adakah ini bermakna pengunaan doctor fish/shrimp tidak berkesan?

    • Ray Aqua on May 7, 2011 at 9:45 AM said:

      Doctor fish (blue streak cleaner wrasse) memang berkesan di lautan dan tidak dinafikan keberkesanannya. Ini kerana di lautan terbuka, tiada penyebaran wabak/parasit (outbreak) yang menyerang ikan secara menyeluruh sebagaimana di dalam sesuatu sistem tertutup (akuarium). Di lautan tidak pernah seluruh komuniti ikan akan dijangkiti parasit tetapi di dalam akuarium ianya adalah suatu yang tidak mustahil. Ini menyebabkan komuniti cleaner wrasse di lautan sempat untuk memeainkan peranannya kerana dalam sesuatu masa seekor ikan di lautan yang sakit akan di rawat oleh 3-5 ekor cleaner wrasse ini. Adakah peminat sanggup menghabiskan wangnya dengan membeli 3-5 ekor ikan ini untuk diletakkan dalam akuarium marin mereka. Untuk pengetahuan, ikan ini tidak akan memakan sebarang pellet atau makanan komersial yang diberikan kerana hanya memakan parasit/ zooplankton di lautan dan apabila akuarium marin tersebut telah sihat maka ikan ini akan keilangan diet utamanya dan akan mati. Satu lagi, ikan ini selalunya telah melalui ‘poor shipping condition’ dan selalunya jarang yang akan hidup lebih dua minggu dalam sebuah akuarium beginner atau intermediate. Ikan ini hanya jarang dapat dipelihara dengan lama walaupun oleh sesetengah peminat advanced. Jadi, kenapa ianya di pasaran? Kerana ada permintaan daripada peminat.

      Bagi cleaner shrimp selalunya skunk cleaner shrimp (Lysmata amboinensis) adalah invertebarata yang menarik di masukkan dalam akuarium marin kerana selain berperanan sebagai reef janitor ianya juga berperanan ‘merawat’ ikan yang dijangkiti parasit seperti flukes, ich dan lain-lain. Sekiranya akuarium marin anda menghadapi masalah fluke (pada peringkat permulaan hanya seekor dua) seperti contoh, 3-4 ekor skunk cleaner shrimp tersebut mampu mengawal parasit daripada merebak/ menjangkiti ikan lain. Namun sekiranya parasit tersebut merebak dengan cepat, maka sudah pasti peminat akan menghadapi kematian ikan.

      Oleh tu, penggunaan kedua-dua jenis hidupan tersebut hanya mampu mengawal parasit daripada merebak (pada peringkat permulaan). Ingin dimaklumkan, sesebuah akuarium marin yang telah matang dan sihat tidak akan mengalami sebarang penyebaran wabak disebabkan parasit kecuali ikan/ invertebrata baru dibeli dimasukkan tanpa melalui proses kuarantin. Penyediaan akuarium kuarantin mampu mengelakkan peminat daripada menghadapi sebarang masalah. Sila baca artikel kami berkenaan akuarium kuarantin.

      Apa yang penting dalam merawat ikan marin adalah pencegahan dan penyediaan akuarium kuarantin sebagai transit serta tempat rawatan mampu menyelamatkan seluruh hidupan marin kesayangan anda.

      Happy Reefing dan Selamat Memelihara Ikan

  3. Nadzri on May 10, 2011 at 3:51 PM said:

    Cuaca hari ni sangat panas, suhu Akuarium saya fowlr mencecah 32c. Menjelang malam dalam kul 10pm, seekor nemo mati, adakah ini disebabkan suhu tersebut? Saya mengalami kesukaran untuk mencari kipas yg bersesuaian dengan akuarium 2 kaki ini. Adakah terdapat solution lain utk mengatasi masalah ini?

    • Ray Aqua on May 11, 2011 at 7:53 AM said:

      Antara salah satu sebab akuarium marin bersaiz kecil (100 liter ke bawah) tidak digalakkan bagi beginner adalah kerana kesukaran menjaga parameter air serta suhu dan lain-lain. Pada masa suhu yang panas ketika ini,bagi menurunkan suhu kepada 29 darjah – 30 darjah terdapat beberapa kaedah yang biasa digunakan oleh peminat di Malaysia.Kaedah pertama dapatkan kipas kecil bagi kegunaan akuarium marin yang biasa dijual dengan harga RM45-RM60. Penggunaannya dapat menurunkan suhu 2-3 darjah namun begitu anda harus menggantikan air tersejat dengan segera kerana haba yang dibebaskan melalui penyejatan air.Penggunaan chiller bagi akuarium besar adalah berbaloi bagi penggunaan jangka panjang. Namun begitu, ianya agak mahal bagi sesebuah akuarium (nano tank) 2 kaki. Anda juga dinasihatkan untuk menutup tingkap yang menjadi sumber pancaran cahaya matahari (sekiranya ada) bagi mengelakkan haba yang panas. Pancaran matahari 1-2 jam pada waktu pagi boleh diterima tetapi pancaran matahari berlebihan menjadi punca pemanasan air. Anda juga perlu menutup lampu (pada waktu siang/waktu bekerja) kerana berupaya memanaskan air akuarium tersebut. Bukakan penutup akuarium jika ada kerana dapat membantu menyejukkan air. Antara kaedah lain lagi, anda boleh memasukkan sebotol air mineral 500 ml yang telah disejuk bekukan ke dalam akuarium bagi membantu mengurangkan pemanasan tersebut dan pastikan setelah suhu telah turun sehingga ke 29-30 darjah, botol tadi terus dikeluarkan bagi mengelakkan stress suhu terhadap hidupan akuarium anda.

      Happy Reefing dan Selamat Memelihara Ikan

  4. skywalker on May 21, 2011 at 5:51 PM said:

    ya,gua telah mengikut step yg di saran kan oleh brader ray.penggunaan kipas aquarium dpt menurunkan suhu tank gua sebanyak 2 darjah celcius,thank

    • Ray Aqua on May 27, 2011 at 8:04 PM said:

      Tahniah dan kami amat gembira kerana dapat membantu anda. Teruskan minat serta usaha anda.

      Selamat Memelihara Ikan dan Happy Reefing

  5. Mazlan Riba on May 28, 2011 at 12:52 PM said:

    salam. Sy ada memiliki aquarium 2 kaki dan ikan nampak sehat tapi sya masih risau kerana saya menggunakan air yang di ambil terus dari laut kemudian di set up kemasinan semula. Adakah cara ini akan mmbawa perasit ke dalam aquarium saya.

    • Ray Aqua on May 28, 2011 at 4:53 PM said:

      Salam sejahtera saudara Mazlan,
      Tahniah kerana memiliki akuarium marin anda sendiri. Pada awal pemeliharaan ikan hiasan marin pada zaman dahulu iaitu 2,500 sebelum Masihi, masyarakat Tamadun Sumaria pada masa tersebut menggunakan air laut sebagai sumber utama bagi hobi ini dan pada ketika itu air laut di di tepi pantai tidak tercemar. Namun begitu, seiring dengan perkembangan pemeliharaan akuarium marin moden garam buatan (artificial sea salt) mula dicipta bagi memenuhi permintaan hobi ini terutamanya bagi peminat yang tinggal berjauhan daripada pantai. Memang tidak dinafikan, ada peminat yang menggunakan air laut sebagai sumber air masin dan selalunya dikutip jauh daripada tepi pantai dan dirawat terlebih dahulu. Ini bagi mengelakkan daripada mengutip air laut yang tercemar. Air laut di pantai selalunya tercemar dan kerana itu amat jarang menjumpai hidupan marin di tepi pantai. Air yang dikutip jauh ke tengah laut tersebut akan disimpan di dalam bekas gelap tertutup selama 2- 3 minggu. Dalam tempoh ini, sebarang hidupan seperti parasit dan lain-lain akan mati kerana tidak menerima sebarang udara dan cahaya (sel algae memerlukan cahaya).
      Penggunaan secara terus air laut memungkinkan pemindahan parasit daripada alam semulajadi dan ini adalah sesuatu yang tidak baik bagi sesebuah akuarium. Pada hemat kami, peminat boleh membancuh sendiri air masin dengan artificial sea salt yang dibeli dengan hanya RM7-RM10 sekilo. Bagi akuarium 2 kaki standard (10 gallon) anda hanya perlukan 1.89kg (2kg = RM14-RM 20). Harus diingat, kos perjalanan, masa, tenaga serta risiko pencemaran air yang mungkin membahayakan nyawa ikan-ikan anda yang jauh lebih mahal daripada nilai garam buatan tadi, jadi RENUNG-RENUNGKAN.

      Selamat Memelihara Ikan dan Happy Reefing

  6. fahan on June 7, 2011 at 3:30 PM said:

    dimana kedai ikan yang tuan tunjukan dalam gambar di atas.dan dimana boleh saya membeli ikan dengan harga yang murah di sekitar kuala lumpur?saya tingal di cyberjaya susah mencari kedai ikan yang banyak pilihan.

    • Ray Aqua on June 7, 2011 at 5:50 PM said:

      Salam saudara Fahan
      Terdapat banyak kedai-kedai ikan marin yang baik dan beretika. Sekiranya saudara ingin mendapatkan ikan-ikan dengan pilihan yang banyak, kami mencadangkan saudara mengunjungi Aquatic International di Subang dan sekiranya saudara ingin mendapatkan ikan-ikan daripada Red Sea dengan harga yang lebih berpatutan, saudara bolehlah mengunjungi Aquatropics Aquarium di kota Kemuning.Saudara boleh mendapatkan alamat serta koordinat GPS kedai-kedai tersebut seperti di bawah:

      Klang Valley

      88 Pets Mart Sunway Mas
      N 3°07.166’ E 101°35.972’
      Tel: (603) 7805 4478
      20-22 Jalan PJU 1/3D Sunway Mas Commercial Center47301, Petaling Jaya, Selangor

      88 Pets Mart Pandan Indah
      N 3°07.912’ E 101°45.204’
      Tel: (603) 4295 9160
      8, 10, 12, Jln Pandah Indah 4/10, Pandan Indah, 55100 KL

      Aquatics International
      N 3°08.672’ E 101°32.918’
      260A Jalan Satu A, Kampong Baru Subang, 40150 Shah Alam, Selangor, Malaysia
      Tel: 60-3-7463559, 7465042
      Fax: 60-3-7463864, 7461978, 7177009

      Aquatropics Aquarium
      N 3°0.272’ E 101°32.251’
      18, Jln Anggerik Vanilla
      R31/R, Kota Kemuning, Shah Alam.
      Contact: 012-2817188 Eric Lim

      Aquatic House/Fish Paradise
      G105b, Groundfloor
      Centrepoint Bandar Utama
      Pesiaran Bandar Utama
      47800 P.J.
      Selangor

      AQUATIC WORLD PRODUCTS
      (M’SIA ADDRESS)
      12, JALAN 7/32A,
      OFF BATU 6 JALAN KEPONG,
      52100 KUALA LUMPUR.
      TEL: +6 03-6257 2698

      Akuarium Koh
      No.33, Jalan Sri Sentosa, 8A/133 Taman Sri Sentosa,
      58000 Kuala Lumpur
      Tel: 03 7783 7593

      AA SEAFISH AQUARIUM
      Lot 3829(788) Jln Kuyow
      Sri Kembangan 43300
      Selangor D E.

      Akuarium De Tropikal
      11, Jalan Laksamana 6,
      Off Jalan Sungai Jati.
      Klang, Selangor D.E.

      Atlantis Safari Sdn Bhd
      18, Medan Hujan Rahmat,
      Taman OUG, Jalan Klang Lama,
      58200 Kuala Lumpur.
      Tel: 03-7781 1789 (Tuesday-Sunday. Closed on Monday)

      Aquatic Shoppe
      No.21, Jalan BK5A/2,
      Bandar Kinrara,
      47100 Puchong,
      Selangor
      03.8076.3231

      East Aqua Ikano
      N 3°09.449’ E 101°36.831’
      Tel: (603) 7728 7571
      S1, Ikano POwer Centre, No.2 Jalan PJU 7-2 (level 2), Mutiara Damansara 47800 PJ

      East Aqua Mid Valley
      N 3°07.050’ E 101°40.672’
      Tel: (603) 2282 9790
      Level 3, Centre Court, Mid Valley Megamall

      East Aqua Studio
      N 3°09.635’ E 101°44.216’
      Tel: +603-4257 7571 Tel: +603-4257 9571
      Great Eastern Mall
      2, Lower Ground Floor
      No. 33, Jalan Ampang, 50450 Kuala Lumpur

      Eco-Bact Aquatics
      43, SS15/5A, 475000 Subang Jaya,
      Selangor
      Tel: 03 56363906

      GV Marine Aquatics Centre
      N 3°00.013’ E 101°36.611’
      Tel/Fax: (603) 8063 3739 HP: 012 2608198
      No.19-21, Jalan Utama 1/6 ,Taman Perindustrian Puchong Utama, Seksyen 1, Puchong Perdana 47100 Selangor

      Horng Pets Trading and Aquarium
      No.16 Kasawari Tiga, Taman Eng Ann
      41150 Klang
      Tel/Fax: 3343 0298
      Contact : Teng Kok Loong.

      My Aquarium Shop
      N 3°01.513’ E 101°42.947’
      Tel: (603) 8945 7797
      30, Jalan Dagang SB4/2, Taman Sungei Besi Indah, Seksyen 4, Sri Kembangan, 43300 Selangor

      Marine Fresh
      No. 52, Jalan SS21/62
      Damansara Utama
      47400 Petaling Jaya
      603-7722 4663

      My Marine …
      N 3°4.302’ E 101°40.957’

      M&M Pet Shop
      No. 13, Jalan Midah 12,
      Taman Midah, Cheras 56000, K.L
      Tel: 03-9130 1411

      Oceanic Aquarium
      N 3°03.441’ E 101°38.262’
      Tel: (603) 8070 2273
      No. 13, Jalan 23, Taman Bukit Kuchai, Batu 8, Jalan Puchong, 47100 Selangor

      Ocean Life International
      N 3°5.331’ E 101°41.126’
      Tel: (603) 79808180
      off Jalan Kuchai Lama, 50, Jalan Kuchai Maju 6.

      Pusat Akuarium Batu Karang H/P : 016-2042133
      N 3°04.641’ E 101°35.257’
      Tel: (603) 5633 1743
      No.39, Jalan SS15/4E, 47500 Subang Jaya, Selangor

      Planet Aquatic
      No.50, Jalan Kuchai Maju 6,
      Off Jalan Kuchai Lama,
      58200 Kuala Lumpur.
      03.7980.8180

      Qian Hu The pet family
      Lot 10991, Jln SS24/8,
      Tmn Megah, 47301 Petaling Jaya,
      Selangor
      tel: 03 7805 2342

      Reef Altech
      N 3°11.857’ E 101°44.461’
      Tel: (603) 03-4149 5570
      26-1, Block 3C, Jalan Wangsa Delima 11, D’Wangsa, Wangsa Maju, 53300, Setapak.

      Sixty Two Marine Aquarium
      N 5°19.387’ E 100°26.192’
      Tel/Fax : 03-42953390
      No.8, Jalan Bunga Tanjung 9B,
      Taman Muda, 68000 Ampang.

      Sew Chin Aquarium
      No.21C, Jalan Pasar Baru,
      Ground Floor, Tongkhin,
      55100 Pudu,
      Kuala Lumpur

      Winson Enterprise
      No. 70, Jalan Hujan Rahmat Dua,
      Overseas Union Garden,
      Jalan Klang Lama, KL
      Contact Vincent Tan
      012 3651 659

      PENANG

      Amazon Aquarium
      401 Jln Dato Keramat,
      10150 Pg
      Tel : 04-2296416

      Fishop Enterprise
      33-3-78 , level 3 , Prangin Mail , Penang .
      Tel : 04-2643577

      Goay Enterprise ( 04-6440128 / 012-4625548 )
      N 5°19.916’ E 100°17.603’
      Address: 43 & 45 Jalan Relau, Bayan Baru, 11950 Bayan Lepas Penang.
      Telephone: 04-6415788
      Tele/ Fax : 04-6440128
      Handphone : 016-4160392

      Macallum Aquarium
      352-G-8 , BLK352 Gat Lebuh Macallum ,
      10300 Georgetown , Penang .
      Contact : 04-2631008 / 012-4848434

      Sam Aquatic ( 04-5391389 / 019-4145555 )
      N 5°22.120’ E 100°26.710’
      506,tingkat bawah,jalan permatang rawa kawasan perniagaan permatang rawa,bukit mertajam
      (beside sekolah menengah permatang rawa)
      tel/fax:-04-5391389lookitup

      Southern Pacific Aquarium ( 012-4684443 )

      Wanderland ( 012-4749001 )
      N 5°23.180’ E 100°23.318’

      KEDAH
      Beta Aquarium
      No.3177-C , Tingkat Bawah , KM4 ,
      Jalan Datuk Kumbar 05300 Alor Star .
      Tel : 012-4943231

      NEGERI SEMBILAN
      Coral Paradise Aquarium & Cafe
      No. 25, Ground Floor, Jln Era Square 3,
      70200 Seremban,
      Negeri Sembilan
      Tel: 06-768 7975

      SABAH
      Eastern Marine,
      B-1-10 Millennium centre jln Lintas,
      Kepayan 88200 Kota Kinabalu.
      near Rafflesia Hospital.
      (Mohd Gazali Razi 019-8224958 gazrzi@yahoo.com)

      Popular Aquarium
      Ground floor, Lot 5, Block G,
      Inanam, Plaza Phase 3, Jln Kionsom,
      Kota Kinabalu, Sabah.
      (Richard Hii 016-8392300 tel/fax:088-420885)

      SARAWAK
      Eastern Marine
      no 23 Merbau Road, 98000 Miri, Sarawak
      ctc no: 085-424268, 012-348 8899 (Jason Ma)

      MELAKA
      Green Land Aquarium & Landscape
      30, Jalan Pantai Emas 1,
      Klebang Besar,
      75200 Melaka.

      North South East West Aquarium
      H.Q:
      25, Jln Melaka Raya 13,
      Tmn Melaka Raya,
      75000 Melaka.

      1st Branch:
      G-3, Block Anggerik 2,
      Jln Berkat 15, Tmn Malim Jaya,
      75200 Melaka.

      2nd Branch:
      5259-C, Jln Penghulu Abbas,
      Bukit Baru, 75150 Melaka.

      PERAK
      LITTLE FISH FARM
      aquamarin aquatic pets
      N 4°35.118’ E 101°2.534’
      1503 Jln. Sultan Azlan Shah Selatan,
      Pasir Pinji, 31650 Ipoh Perak, Malaysia.
      GY Gnoh
      Tel: 605-2421503

      Selamat Memelihara Ikan dan Happy Reefing

  7. skywalker on June 17, 2011 at 3:14 AM said:

    assalamualaikum brader ray,baru2 ini gua ada membeli produk JBL, iaitu PhosEx ultra yg berfungsi sebagai penyerap phosphorous dlm tank dan secara tak langsung dpt menghalang dari pembiakan alga, gua telah meletakkan suku kuantiti ke dlm system filter.dlm kotak produk ini juga mengatakan ianya tidak menjejaskan ikan di dlm tank.Namun begitu, selang 12 jam,keadaan ikan gua telah berubah menjadi pucat dan semuanya berada di dasar tank.Disebabkan keadaan ini,gua telah mengeluarkan semula PhosEx ultra ini dan keadaan ikan gua kembali normal.Memang di dlm manual produk ini ada mengatakan “carbonate hardness dan pH level akan naik semasa kali pertama menggunakannya.boleh tak brader ray tolong terangkan kpd gua tentang penggunaan produk ini, sebetulnya?

    • Ray Aqua on June 21, 2011 at 4:21 AM said:

      Salam saudara,

      Produk JBL PhosEX ultra adalah salah satu daripada produk buatan dari negara Jerman yang mula memasuki negara ini dan dipasarkan oleh syarikat CTY Sdn Bhd. Melalui pengalaman kami, produk ini tidak mendatangkan apa-apa masalah kepada ikan malahan invertebrata di dalamnya. Ianya berfungsi bagi menyerap kandungan phophate yang terlarut di dalam air dan berpunca daripada kualiti air paip yang kurang baik serta makanan ikan itu sendiri. Produk ini tidak melepaskan phosphate yang telah diserap dan 350 g produk ini adalah bagi merawat 200 liter air dan mengambil kesan setelah 24 jam dimasukkan ke dalam filter.
      Produk ini adalah dalam bentuk serbuk berwarna coklat dan disertakan bersama sarung (mcm sarung kaki perempuan). Cara penggunaannya adalah, buka plastik serbuk tersebut dan tuang ke dalam sarung tersebut. Kemudian gunakan klip plastik yang disertakan untuk mengikat hujung bukaan sarung tadi. Selepas itu, masukkan sarung berisi serbuk JBL PhosEx tersebut ke dalam filter sump dan air kemungkinan keruh sedikit dan selepas 24 jamkesan penyerapan phophate akan mula dapat dilihat melalui penggunaan Phosphate Test Kit.

      Selamat Memelihara Ikan dan Happy Reefing

  8. zamhero on August 21, 2011 at 4:45 AM said:

    Assalam saudara ray..

    nak mintak pendapat dan pandangan drpd abg ataupun otai2 yg lain untuk membantu mengenai akuarium kuarantin saya. Biasaya pada akurium kuarantin saya, sblm meletakkan ikan yg baru dibeli dari kedai, saya setup sg pada kadar 1.018 dan meletakkan melafix dan stress coat dr produk API untuk tujuan kuarantin ikan terlebih dahulu. tp malangnya sebanyak 3 kali percubaan hanya sekali shj ikan yg dapat bertahan. (kali pertama nemo – berjaya. ke-2 naso tang – gagal, ke-3 green chromis – gagal.) adakah cara saya ini salah. saya buat begini kerana sblm ni ikan di aquarium display saya telah terkene white spot. dan hampir keseluruhan ikan saya mati tanpa sempat saya rawat sebab kekurangan sumber rujukan.

    hari ini adalah cubaab ke4 ikan green chromis saya mati di kuarantin tank. nak mintak pandangan saudara ray. berikut adalah maklumat mengenai aquarium kuarantin saya.
    Isipadu – 30 liter
    filter – hang on filter
    lampu – tiada
    protein skimmer

    ujian air sblm memasukkan ikan pada akuarium.
    Sg – 1.019
    ammonia – 0
    nitrate – 0
    nitrite – 0
    kh – 8
    ph – 8.1

    additive
    stress coat marine API – sejam sebelum memasuki ikan
    melafix API – 2 jam setelah memasuki ikan.

    ujian air setelah kematian ikan
    sg – 1.019
    ammonia – 0
    nitrate – 5
    nitrite – 0
    kh – 7
    ph – 7.9

    melalui pembacaan saya, saya mengsyaki bahawa kemungkinan kematian ikan saya disebabkan kekurangan paras oksigen di tank saya. kerana addtive/melafix boleh menyebabkan kandungan oksigen dalam air menjadi kurang. mohon pandangan daripada saudara ray atau otai2 lain membantu saya.

  9. zamhero on August 21, 2011 at 4:48 AM said:

    sambungan..

    sebelum memasuki ikan, ikan sudah saya aklimasi dengan betul, dan kandungan air yg saya ambil adalah dari akuarium display saya seperti yg disarankan oleh saudara ray. adakah penggunaan heater diperlukan. ataupun mungkin saya perlu membekalkan oksigen dengan menggunakan air pump supaya kandungan oksigen di dalam akuarium display saya mencukupi. sekian

  10. rosman on November 6, 2011 at 4:00 AM said:

    zam..
    saya cadangkan salin semua air dlm qtank saudara.
    utk settlekan ikan baru yg ada whitespot sila guna coppersafe..guna ikut aturan.x payah guna melafix.saya dh lalui pengalaman tuan dulu..follow je saya

  11. hafiz ganu on November 23, 2011 at 5:26 PM said:

    saudara ray

    kdai ikan marin area pahang…yg paling dkt dgn temerloh

    • Ray Aqua on November 24, 2011 at 5:37 PM said:

      Salam saudara,
      Sepanjang pengalaman dan pengetahuan kami tiada kedai ikan yang menjual ikan marin berhampiran temerloh :( melainkan di Kuantan (2 jam perjalanan) dan di Lembah Klang (2 jam perjalanan). Dulu pernah sebuah kedai di Raub yang menjual ikan marin tetapi sekarang sudah tidak menjualnya dan hanya mengekalkan sebuah akuarium yang dipenuhi mushroom coral dan ikan-ikan damsel sahaja sebagai pameran dalam kedai tersebut. Namun begitu, kedai tersebut masih menjual peralatan serta makanan ikan marin. Sekiranya saudara ingin mendapatkan ikan marin saudara bolehlah melawati kedai ikan marin di kawasan Lembah Klang kerana sentiasa memiliki stok berbanding kedai di Kuantan di mana stok ikan nya hanya 2 minggu sekali dan tidak banyak.

      Selamat Memelihara Ikan dan Happy Reefing

  12. cileque83 on November 24, 2011 at 9:48 AM said:

    bro…coppersafe tu selamat ke untuk tank yg ada coral dan invert? contohnya udang ke, starfish ke…

    • Ray Aqua on November 24, 2011 at 5:31 PM said:

      Salam saudara,
      Tiada perkataan cooper selamat bagi hidupan baik ikan, coral mahupun invert. Apa yang kami faham dengan maksud saudara adalah produk Coopersafe oleh Mardel. Cooper adalah logam berat di mana akan merosakkan sel deria hidupan. Haiwan seperti invertebrata dan coral adalah terdiri daripada rangkaian sel-sel yang mana kehadiran cooper akan terus membunuh coral dan invert tersebut. Ikan pula adalah haiwan kompleks yang mempunyai sistem pernafasan, penghadaman dan segalanya sepertimana hidupan lain di daratan. Oleh yang demikian ianya mampu bertahan dengan kehadiran cooper yang sedikit. 1/4 ppm mampu membunuh parasit, pathogen dan lain-lain kerana ianya adalah hidupan sel.

      Bagi merawat ikan yang sakit atau dijangkiti parasit, apa yang perlu peminat hobi ini lakukan adalah merawatnya dalam akuarium kuarantin. Artikel kami dalam Kepentingan Akuarium Kuarantin menerangkan kepentingan dan kebaikan akuarium kuarantin. Jangan sesekali merawat ikan dengan meletakkan ubat ke dalam akuarium utama anda melainkan tiada coral, inverts dan anda sememangnya tidak memelihara atau tidak akan memelihara langsung sampai bila-bila.

      Adalah perlu diingatkan bahawa cooper yang dimasukkan ke dalam akuarium tidak akan hilang begitu sahaja kerana ianya meresap pada cermin akuarium, pasir, live rock, paip, pam dan apa sahaja di dalam akuarium anda. Proses perawatn ikan hanya dilakukan dalam akuarium kuarantin dan penggunaan cooper pula memerlukan anda memiliki Cooper Test Kit supaya tidak melebihi dos. Dos yang berlebihan akan menyebabkan ikan anda bukan sahaja tidak sihat tetapi MATI.. :(

      Akhir sekali, diingatkan bahawa coral dan invert tidak sama sekali bertoleransi dengan kewujudan cooper di dalam akuarium.

      Selamat Memelihara Ikan dan Happy Reefing

  13. aquarium marin bagi saya suhu pun penting gak. kalau suhu terlalu panas ikan boleh mati gak

    • Ray Aqua on November 24, 2011 at 6:36 PM said:

      Salam saudara,
      Memang kami bersetuju dan peminat boleh melawati artikel Carta Parameter Air Akuarium Marin . Suhu yang tinggi melebihi seperti dicadangkan dalam jadual tersebut akan membunuh invert dan coral kerana lebih sensitif terhadap perubahan parameter air dan pada suhu yang lebih panas 31-32 dan ke atas adalah membahayakan serta boleh membunuh ikan. :(

      Selamat Memelihara ikan dan Happy Reefing

  14. Sakuragi on December 27, 2011 at 5:36 PM said:

    Salam mahaguru Ray,

    1. Kenapa akuarium saya hanya ikan nemo sekor je yg boleh hidup sampai sekarang? Dah setahun dah. Penyakit apa pun takde kat badan dia. Ikan lain masuk je sehari dah mati. Cara dia mati ikan tu akan naik mcm nak lemas pastu turun dengan lemah longlai. Oksigen tak cukup ke? Atau air tu dah tak elok? Dah mcm2 cara buat sama jgk. Tolong la mahaguru

  15. I believe this is one of the so much vital info for me. And i am happy studying your article. However should remark on some common things, The site style is ideal, the articles is in point of fact nice :D . Just right process, cheers.

  16. hakimi on April 25, 2012 at 10:49 PM said:

    macam mane nak hilangkan minyak pada permukaan air aquarium.saya sudah tukar air tetapi minyak masih ade.bagaimana nak buang minyak tu?.banyak dah ikan mati sebab minyak tu.minyak tu ade sebab ade orang campakkan ayam goreng dalam aquarium saya.ikan yang masih hidup dalam aquarium ialah kaloi and ikan toman.

    • Salam saudara,

      Dalam perkara ini tiada bullet point bagi menyelesaikan masalah ini. Walaubagaimanapun, apa yang kami pernah lakukan adalah dengan melimpahkan air akuarium (air dipenuhkan sehingga melimpah keluar).Ini kerana minyak adalah ringan dan berada di atas lapisan air. Kedengaran tidak praktikal tetapi efektif. Saudara boleh mempraktikkan ini sekiranya akuarium saudara adalah di luar rumah (tiada masalah) dan sekiranya akuarium saudara dalam rumah maka pastikan aktiviti ini dilakukan secara berhati-hati dan perlahan-lahan (suis ditutup dan tiada suis berdekatan). Letakkan kain buruk dikeliling akuarium (kami tidak mencadangkan kepada saudara tetapi pilihan yang mungkin ada).

      Sekiranya saudara memiliki filter sump (filter di bawah kabinet atau stand) maka saudara boleh meletakkan activated carbon di tempat air turun supaya ianya dapat menyerap. Ini amat praktikal tetapi hanya dapat diaplikasikan sekiranya saudara memiliki filter sump.

      Walaubagaimanpun, saudara perlu melakukan tindakan segera kerana harus diingat lapisan minyak yang berada di atas air akan menyekat oksigen masuk dan karbon dioksida tidak dapat dibebaskan dan akhirnya akan menyebabkan kadar bacaan pH jatuh di bawah bacaan pH 6.0 dan kadar tersebut bersifat asid dan akan MEMBUNUH ikan. Sekian.

  17. shaz_new on May 18, 2012 at 3:20 PM said:

    Bro Ray,
    Saya baru dalam bidang ini, baru seminggu set-up akuarium. Saya menggunakan akuarium bersaiz 2ft. Sekarang baru letak seekor ikan dan batu karang(mati) saja.. apa yang saya dapat nasihat dari kedai ialah utk menstabilkan air dlm masa 2 minggu dgn menambahkan Bakteria(JBL) 10ml setiap 2 hari sekali. Soalan saya :
    1. Bolehkah saya meletakan coral dan ikan dlm masa serentak? Jenis coral apa yang sesuai?
    2. Apakah vitamin atau makanan tambahan utk ikan dan coral lebih sihat?

    Harap dapat memberi pandangan.Sekian.

    • Salam saudara,
      Pertama sekali tahniah kerana menyertai komuniti ikan hiasan ini. Kedua, saudara telah melakukan tindakan yang betul dengan memasukkan hidupan akuatik baru secara sedikit demi sedikit serta memasukkan bacteria booster. Ini dapat mengelakkan berlakunya Sindrom Tangki Baru yang sering terjadi kepada peminat ikan hiasan yang ghairah memulakan hobi ikan hiasan tersebut.

      Jawapan:
      1. Ya. Saudara boleh memasukkan coral permulaan (sila klik ke link) setelah dua minggu dan parameter air (sila klik ke link) telah stabil dan mencapai bacaan yang disasarkan.

      2. Makanan atau supplem

    • Salam saudara,
      Pertama sekali tahniah kerana menyertai komuniti ikan hiasan ini. Kedua, saudara telah melakukan tindakan yang betul dengan memasukkan hidupan akuatik baru secara sedikit demi sedikit serta memasukkan bacteria booster. Ini dapat mengelakkan berlakunya Sindrom Tangki Baru yang sering terjadi kepada peminat ikan hiasan yang ghairah memulakan hobi ikan hiasan tersebut.

      Jawapan:
      1. Ya. Saudara boleh memasukkan coral permulaan (sila klik ke link) setelah dua minggu dan parameter air (sila klik ke link) telah stabil dan mencapai bacaan yang disasarkan.

      2. Makanan atau supplement bagi diet ikan yang sihat adalah bergantung kepada jenis ikan. Selain daripada produk makanan ikan yang berkualiti, diet seimbang amat diperlukan. Ikan jenis Tangs memerlukan diet seaweed/ algae samada yang hidup atau telah dipek secara komersil. Bagi ikan lain, pemberian makanan hidup ataupun sejukbeku seperti artemia dan brine shrimp dapat membantu ikan sihat dengan nutrien asli yang terkandung.
      Bagi coral jenis SPS dan LPS pula, pemantauan paras bacaan kalsium amat penting. Pemberian supplement seperti magnesium, strontium, iodine dan magnesium membantu coral terus kekal sihat, cantik, menarik dan berwarna terang.

      Selamat Memelihara Ikan dan Happy Reefing

  18. CikBunga on August 24, 2012 at 10:51 AM said:

    Boleh tau tak kat mana nk beli API Slime Coat dengan Melafix. Lg senang klw area S.A. Trimas ;)

  19. Boleh x bg link berkenaan artikel cara mndidik ikan makan? Sebabnya da 2x bli butterfly fish then mati 4-5hari kmudian..newbie :)

  20. Salam Mr. Ray, Saya baru saja membuka akuarium ikan laut bersaiz 4ft X 2ft. Masalahnya, susah nak cari ikan di sekitar Kota Bharu. Ada tak kedai akuarium ikan laut yang established di Kota Bharu dan yang boleh bagi khidmat nasihat utk set up akuarium baru. Tq

  21. syukri on November 6, 2012 at 2:54 PM said:

    Mr Ray,
    ph air akuarium air masin saya dalam 8.0. Sekiranya saya ingin menjadikkannya 8.2-8.4, saya perlu guna ph plus atau ph minus….

    • Salam saudara,
      Saya pasti produk yg saudara maksudkan adalah produk bagi akuarium ikan hiasan air tawar. Untuk akuarium ikan marin pastikan saudara menggunakan KH Buffer bagi menstabilkan pH marin yang digunakan semasa menambah air tawar yang tersejat. Pastikan juga terdapat arus air yang cukup termasuk penggunaan sump filter kerana dapat menambahkan kandungan oksigen terlarut juga membantu menstabilkan pH air ikan marin.

      Selamat memelihara ikan dan happy reefing

  22. syukri on November 8, 2012 at 3:35 PM said:

    Terima kasih di atas info yang diberi….

  23. Salam Mr Ray,
    Sekiranya akuarium 2 kaki, perlu ke kita letak protein skimmer dan canister.

  24. Alley Lee on November 30, 2012 at 9:23 AM said:

    salam saudara apakah cara terbaik untuk mengubati dan mengatasi penyakit white spot. Adakah ubat-ubatan yang sesuai dan boleh digunakan untuk merawat ikan yang terkena white spot. harap dapat penjelas daripada saudara.Tq

    • Hi saudari Alley,
      Penyakit white spot boleh diubati dengan ubatan seperti Cupramin . Lakukan kuarantin kepada setiap ikan yang baru dibeli bagi mengelakkan penyebaran parasit, penyakit dan lain-lain kepada ikan lain yang sediada sihat di dalam akuarium.

  25. krupitt on December 18, 2012 at 4:55 PM said:

    assalamualaikum saudara ray aqua..
    salam perkenalan dari sy yg newbie dlm hobi ini..
    saya nk tnya mcm mana nk hilangkan alga2 yg tumbuh d cermin2 tank? sy ada bela algae goby dan Dr shrimp..sy juga hadkan tempoh masa lampu dari 10 jam ke 4 jam sehari tp algae masih juga liar tumbuh makin hari makin banyak sampai dlm protein skimmer pn tumbuh..mungkin saudara ray bleh suggest kaedah2 lain…terima kasih…

  26. salam

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Post Navigation