Aquamania.info

Langkah Pemeliharaan Ikan Hiasan Laut

 

Akuarium Marin menjadi elemen hidup dalam menghiasi rumah/ premis

Langkah Asas Penyediaan Akuarium Ikan Laut

Peralatan Asas Diperlukan:

  • Akuarium/ Tangki
  • Dechlorinator/ Anti Klorin
  • Termometer
  • Cooling Fan/ Chiller (optional)
  • Artificial Sea Salt
  • Live Rocks
  • Crushed Coral/ Substrate/ Live Sand
  • Hidrometer
  • Pam/ Powehead
  • Protein Skimmer

Hari Pertama

1.         Letakkan akuarium/ tangki anda di kawasan yang rata.

2.         Masukkan sistem filter dan protein skimmer ke dalam akuarium.

3.         Masukkan air paip yang bersih ke dalam akuarium anda.

Pemilihan tempat hendaklah jauh daripada sumber cahaya matahari serta berdekatan dengan punca elektrik

4.         Letakkan anti klorin/ dechlorinator mengikut sukatan dan biarkan selama 5-10 minit supaya dechlorinator dapat bertindak balas.

Penggunaan Aerator dapat membantu dechlorinator serta menaikkan pH air dalam akauarium

Dechlorinator yang baik dapat meneutralkan klorin dan kloramin terkandung di dalam air paip

5.         Masukkan artificial sea salt ke dalam akuarium anda mengikut sukatan.

Artificial Sea Salt yang baik dapat membekalkan trace element mencukupi kepada hidupan marin anda

6.         Hidupkan pam filter/ powerhead anda dan biarkan sekurang-kurangnya 3 hari supaya garam tersebut betul-betul larut.

Powerhead dapat membantu artificial sea salt melarut dengan kadar yang cepat

Kandungan S.G yang disyorkan adalah di antara 1.024-1.025

1.         Periksa kandungan garam terlarut menggunakan hidrometer bagi bacaan S.G (Specific Gravity)  di antara 1.024-1.025.

Terdapat 3 jenis hidrometer di pasaran bagi peminat akuarium marin iaitu jenis Float, Dip serta Refractometer

1.         Periksa kandungan garam yang terlarut serta suhu air akuarium. Ikan hiasan laut selesa dan terbaik dipelihara dalam suhu air 24ᵒC-28ᵒC (75ᵒF-82ᵒF).

Digital Termometer sebegini memudahkan peminat akuarium marin mendapatkan bacaan suhu secara mudah dan berterusan

2.         Selepas bacaan S.G yang disasarkan tercapai, masukkan crushed coral/ substrate/ live sand (amat digalakkan) ke dalam akuarium anda. Kuantiti dicadangkan 1lb/ gallon (0.4536kg/3.78 ltr). Contoh Akuarium 2 kaki x 1 kaki x 1 kaki adalah 10g, jadi Live Sand adalah 10lb = 4.535 kg)

Penggunaan live sand dapat digantikan dengan aroganite/ crush coral

3.         Masukkan live rock yang telah dirawat (cured live rock) ke dalam akuarium.

Live Rock mengandungi pelbagai spesis invert, sponges serta hidupan lain dan nitrobacter yang berguna

4.         Masukkan biological aquarium supplement ke dalam akuarium ataupun ke dalam filter anda.

Bacteria Supplement dapat mempercepatkan proses kitaran (cycle) akuarium

5.         Hidupkan Protein Skimmer anda.

Protein Skimmer dapat mengeluarkan ammonia serta bendasing terlarut yang lain dan menjadikan akuarium marin anda selamat untuk hidupan akuatik

Hari Keempat

1.         Masukkan ikan pertama anda. Ikan daripada jenis Damsel adalah lasak dan masukkan hanya seekor sahaja pada waktu ini bagi membolehkan sistem biological semulajadi mula berfungsi.

Pemilihan Damselfish adalah terbaik kerana lasak dan amat sesuai sebagai ikan permulaan

Hari Kelima – Hari Keempatbelas

1.         Periksa keadaan ikan serta peralatan yang lain dalam keadaan baik.

2.         Air tersejat digantikan dengan air tawar yang telah diletakkan dechlorinator.

Hari Kelimabelas

1.         Periksa keadaan air (S.G., suhu dll) serta Protein Skimmer collection cup.

Hasil Ammonia yang terkumpul di dalam Collection Cup Protein Skimmer

2.         Anda boleh memasukkan beberapa ikan baru mengikut saiz akuarium anda dengan kadar 1-2 ekor.

Tips

1.         Air yang tersejat digantikan dengan air paip yang telah dimasukkan anti klorin dalam bekas baldi yang lain mengikut kuantiti yang telah tersejat. Masukkan juga kH Buffer bagi menggantikan mengekalkan ph di antara 8.0 – 8.3.

2.         Penambahan ikan (tankmates) hendaklah dilakukan secara penambahan berperingkat (tidak banyak dalam sesuatu masa sekaligus) dan mengikut compactibility group.

3.         Ikan dan hidupan lain dalam akuarium anda adalah seperti haiwan kesayangan yang lain dan memerlukan perhatian anda.

4.         Air R.O. dan air yang telah ditapis adalah digalakkan penggunaannya.

RO Machine menjadikan sumber air paip anda lebih selamat kepada hidupan marin

5.         Cooling Fan/ Chillers dapat membantu menyejukkan air dalam akuarium anda.

Cooling Fan dapat membantu menyejukkan air akuarium

Chiller dapat membantu menyejukkan akuarium yang besar dengan lebih berkesan

6.         Kesabaran serta minat adalah kunci utama kejayaan dalam pemeliharaan ikan hiasan laut.

Akuarium Marin amat mengasyikkan dan memberi ketenangan minda kepada setiap yang melihatnya

52 Thoughts on “Langkah Pemeliharaan Ikan Hiasan Laut

  1. zamhero on April 25, 2011 at 2:27 PM said:

    assalam.. thnx a lot sebab berkongsi pengalaman dan ilmu bersama pminat2 ikan air masin yg lain. seperti saya yg baru nak berjinak2 dlm kehidupan ini mmg amat2 la memerlukan perkongsian ilmu dan pengetahuan seperti ini.. diharapkan dapat lagi berkongsi dalam ilmu2 yg lain contohnya cara2 menjaga dan memelihara anemone kerana saya amat berminat ttg kehidupan dan karekteristik makhluk ini… thanx a lot again….

    • Ray Aqua on April 25, 2011 at 5:45 PM said:

      Thanks for the supportive comment..Kami di sini cuba membantu peminat-peminat ikan hiasan di Malaysia dengan segala pengalaman danberkongsi segala ilmu kami. kami akan sentiasa memasukkan artikel-artikel kami dari masa ke semasa. Berkenaan invertebrata yang saudara katakan iaitu anemone akan saya masukkan dalam artikel tidak lama lagi. Sekali lagi, terima kasih dan Happy Reefing..=)

  2. Nadzri on April 27, 2011 at 12:25 PM said:

    Salam, saya ingin mendapatkan bekalan sea salt dan beberapa brg keperluan yg lain bagi memulakan hobi membela ikan marin ini. Bagaimana boleh saya hubungi Aqua Mania untuk mengetahui waktu operasi kerana tempat tinggal saya dan indera mahkota agak jauh. Tq.

    • Ray Aqua on April 28, 2011 at 6:29 AM said:

      Terima kasih saudara nadzri. Untuk pengetahuan saudara, pihak kami tiada kena mengena dengan Aqua Mania di Indera Mahkota kerana sebenarnya telah berpindah ke Lembah Kelang pada penghujung tahun lepas. Permis tersebut sebenarnya adalah Aqua Garden tetapi masih menggunakan nama kami pada lightboardnya. :( . Pihak kami telah berhubung dengan pihak Aqua Garden tersebut dan dimaklumkan beroperasi pada waktu 3 ptg -11 mlm. Untuk lokasi baru kami di Lembah Kelang, pihak kami masih dalam proses ubahsuai dan dalam proses mengitar air (cycle) bagi sistem kami yang besar dan laman web jualan kami iaitu http://www.aquamania.biz akan dilancarkan pada selewat-lewatnya awal bulan Julai. Sebarang pengumuman akan diberitahu kelak. Di harap penjelasan kami terhadap kekeliruan yang timbul dapat membanti anda. Terima kasih di atas sokongan ini.

      Happy Reefing dan Selamat Memelihara Ikan

  3. Nadzri on April 29, 2011 at 2:01 AM said:

    Terima kasih di atas maklumat itu, saya telah pergi ke kedai itu malam semalam, pemiliknya sangat2 membantu di dalam permasalahan saya.

  4. skywalker on May 21, 2011 at 2:45 PM said:

    kepada saudara ray,gua merupakan peminat baru marine aquarium dan sudah pun bermula dgn tank yang bersaiz hanya 10 gallon water.dah pun diketahui tank yg bersaiz kecil agak sukar utk dikendali. namun bagi saudara ray..ada tak tips2 yg boleh gua guna pakai untuk menstabilkan air bagi tank sekecil ini, dan bagaimana pula cara untuk menambahkan air ke dlm tank yg sudah kurang kadar airnya akibat evaporation?

    • Ray Aqua on May 28, 2011 at 6:50 PM said:

      Salam sejahtera,
      Akuarium marin adalah sebuah akuarium yang kompleks serta memiliki biodiversiti hidupan daripada zooplankton hinggalah kepada ikan serta hidupan lain. Bagi permulaan hobi ini adalah akuarium bersaiz 90 gallon ke atas. Akuarium marin yang bersaiz kurang daripada 90 gallon dikategorikan sebagai NANO TANK. Nano Tank adalah akuarium bagi peminat advanced/ mahir kerana cabaran serta ketidakstabilan parameternya. Memang diakui bagi Nano Tank yang mempunyai coral, kestabilan parameter air adalah kritikal dan memerlukan penjagaan khusus. Sekiranya saudara hanya memelihara ikan, maka faktor kestabilan parameter dapat dilakukan dengan menukar air 25%-50% sebanyak dua minggu sekali. Bagi penggantian/ top up air yang tersejat boleh dilakukan dengan menyambungkan tiub/hose daripada botol kecil kepada sebuah botol air 1.5 liter- 5 liter dan air akan mengalir secara graviti bagi menggantikan air tersejat. Namun begitu, sekiranya anda memiliki budget yang lebih maka anda boleh membeli mini auto top up device di kedai-kedai dengan harga RM50-RM100.

      Selamat Memelihara Ikan dan Happy Reefing

  5. skywalker on May 29, 2011 at 4:25 AM said:

    mm,sememangnya sukar dgn tank yg bersaiz kecil, sekarang gua telah tukarkan tank yg bersaiz kecil itu sbg kuarentin tank..dan telah beralih kepada tank RESUN DMS-500PL,yg berkapasiti 100liter.masih lagi nano.Jadi brader Ray,dgn kapasiti 100 liter ini, berapa ekor ikan yg wajar gua letak? gua lebih tertarik dgn spesis clown dan juga damsel,sekarang gua dah pun mempunyai 1 maroon clown,1 blue damsel yellow tail dan 1 boxxing shrimp.mereka hidup dgn aman cuma sometime shrimp gua jadi baran dan gila,cuba untuk melawan ikan yg kecil seperti damsel.Adakah wajar gua letak damsel yg pelbagai jenis dlm tank ini kerana apa yg gua tau damsel ini bersifat ‘devil’

  6. syah on May 31, 2011 at 5:03 PM said:

    salam…saudara ray…sy ingin btnye…camne nk ilangkan keruh air dlm akuarium saye ye??…ni spec akuarium sy…
    akuarium size 2x1x1 kaki..
    hang on filter…
    ade lebih krg 3kg live rock..
    ade 4 ekor ikan…damsel 3 eko…tomato clown 1…
    arap saudare dpt mmbntu…timekaseh..

    • Ray Aqua on June 3, 2011 at 5:05 AM said:

      Salam saudara Syah,

      Air akuarium yang keruh selalunya berlaku kerana kuarangnya efektif sistem filter (HOB filter), makanan ikan diberi berlebihan, stok ikan berlebihan (2 kaki dinasihatkan hanya 4 ekor ikan bersaiz 3-4 inci). Bagi penyelesaian secara jangka pendek, penggunaan activated carbon dapat menyelesaikan masalah anda selain melakukan penukaran air akuarium dengan air masin baru sebanyak 50% dan juga mengurangkan kuantiti makanan ikan yang diberi (sekali sehari sahaja). Bagi penyelesaian jangka panjang, penggunaan HOB filter yang lebih besar ataupun menggunakan external canister dapat membantu. Amalkan penukaran air secara rutin 25%-50% sebulan sekali dapat menjamin tahap air yang lebih jernih serta lebih BERSIH.

      Selamat Memelihara Ikan dan Happy Reefing

  7. syah on June 3, 2011 at 4:18 PM said:

    wokex…timekaseh saudara ray bab sudi mmbntu…

  8. bro ray..camne nk pilih chiller yg akuarium 4kaki,dan dimna ada jual chiller yg murah..
    org melaka

    • Ray Aqua on July 22, 2011 at 4:39 AM said:

      Salam saudara,
      Boleh saudara spesifikkan berapa liter kapasiti air akuarium termasuk berapa besar filter sump saudara? Kami andaikan saudara memiliki akuarium 4′ x 1.5′ x 1.5′ beserta sump dengan jumlah kapasiti airnya adalah 250 liter dan chiller yang bersesuaian adalah 1/15Hp namun begitu kami mencadangkan peminat memilih chiller yang lebih besar sedikit bagi lebih efektif serta PENJIMATAN BIL ELEKTRIK iaitu dengan memilih chiller 1/10 Hp. Harga yang biasa ditawarkan di kedai ikan hiasan bagi chiller berkapasiti tersebut adalah RM1,300-RM1,700. Namun begitu, sekiranya saudara memerlukan chiller yang lebih murah (sama jenis dan kualiti ditawarkan di kedai) pihak kami sedia membantu saudara. Sila emelkan kepada kami. Sekian, terima kasih.

      Selamat Memelihara Ikan dan Happy Reefing

  9. airul on July 22, 2011 at 9:23 PM said:

    tQ bro ray..akuarium saya 4kaki, lebar 2kaki ketinggian 20 inci stengah dan saya dah dapt chiller 1/4hp rm1500 resun tp waranti 6 bln..skrg ni saya ingin tahu bole ka koral hidup dgn lampu spot light led 50wat yg ade kat kdai elektik, kalau bole brapekah jumlah watt dan brape jam dperlukn………soalan2 bagaimna ingin jaga live rock supaya ia hidup smulajdi dlm akuarium dan brapakah live rock dperlukn…….soalan3 bagaimna ingin membuat purple algae dlm akuarium dan last skali bolekah air akuarium x payah dganti cuma dtopup je….harap bantu ye bro ray…kesulitan amat dikesali…

    • Ray Aqua on July 23, 2011 at 8:37 PM said:

      Salam saudara,

      Terdapat beberapa penerangan yang kami cuba ringkaskan bagi menjawab persoalan saudara.

      Soalan 1.
      Penggunaan Lampu LED spot light 50w

      Jawapan
      Lampu jenis ini tidak sesuai walaupun mungkin saudara ada terbaca dalam mana-mana artikel berkenaan penggunaan lampu LED. Ini kerana output lampu spot light LED yang dijual di kedai elektrik bukanlah lampu yang dikhususkan bagi pertumbuhan tumbuhan (industri agro) dan juga bagi kegunaan coral. Ini kerana output gelombang (rays) yang dihasilkan oleh lampu tersebut adalah tidak mencapai standard PAR (Photosynthetically Active Radiation) yang diperlukan oleh zooxanthellae iaitu dalam 400 ke 700 nanometers (unit metrik bagi panjang gelombang).

      Penyelesaian

      1. Menukar lampu tersebut kepada yang lebih efektif seperti HO, VHO, Metal Halide dan LED (bagi kegunaan akuarium marin). Jangan terkejut sekiranya penggunaan lampu Power Compact juga mampu digunakan bagi sesetengah coral (coral lasak seperti soft coral serta penempatan coral di live rock yang lebih tinggi). Ini kerana akuarium anda memiliki kedalaman melebihi 18 inci tidak termasuk jarak di antara permukaan air dan lampu).

      2. Memelihara ‘coral mudah‘ serta lasak.

      Soalan 2
      Soalan 2a.

      Live Rock cantik dan hidup!

      Jawapan
      1. Jaga parameter air dan pastikan paras trace elemen yang mencukupi.

      Penyelesaian
      1. Lakukan penukaran air (partial water changes) secara rutin 15-25% sebulan.
      2. Mendapatkan test kit bagi menguji/ memeriksa parameter air akuarium.
      3. Menambah additives seperti kalsium, iodin dan lain-lain.

      Soalan 2b
      Berapa banyakkah live rock diperlukan?

      Jawapan

      Live rock yang diperlukan bagi sebuah akuarium berkapasiti 453 liter (120 gallon) adalah 54 kg berdasarkan kepada yang kami praktikkan iaitu 1lb/ gal.

      Soalan 3

      Membiakkan purple algae

      Jawapan:

      Purple algae sebenarnya adalah sejenis algae (lumut) dan memerlukan cahaya dan supplements serta nutrien lain bagi terus hidup. Ianya boleh dibiakkan melalui membawa live rock yang sedia ada mempunyai coraline algae (blue-purple algae), mengikis coraline lagae pada live rock lain ke dalam akuarium dan juga melalui cara lain iaitu coraline algae starter yang boleh didapati di dalam botol. Ia gemarkan cahaya actinic (kebiruan) serta kandungan kalsium pada paras 350 to 480 ppm, bacaan KH 2.5 and 4.0 meq/L (7-12 dKH) dan juga strontium disamping bacaan nitrat < 5 ppm serta phosphate menghampiri sifar bacaannya.

      Penyelesaian

      1. Menambah lampu actinic ke dalam sistem pengcahayaan akuarium.
      2. Memantau serta mengawal paras kalsium dan KH melalui penambahan supplemen kalsium serta buffer. Produk SeaChem Reef Builder dan Reef Advantage amat efektif bagi kami dalam mengekalkan paras kalsium dan juga alkali.
      3. Menggunakan protein skimmer yang efisyen.
      4. Menggunakan coraline starter. Produk KENT Marine Purple Tech berkesan bagi tujuan ini.

      Soalan 4

      Penambahan Air Tersejat

      Jawapan

      1. Air akan tersejat secara semulajadi bagi membebaskan haba. Namun begitu, air yang tersejat adalah air neutral (tersuling secara semulajadi) dan segala kandungan/ komposisi kimia yang terkandung akan tertinggal di dalam akuarium. Ini akan menyebabkan paras garam di dalam akuarium akan meningkat apabila air tersejat. Air yang tersejat tersebut harus diganti kembali dengan air tawar terawat (de-chlorinated) dan diganti mengikut jumlah air yang tersejat. Harus diingat juga air di dalam akuarium juga akan hilang melalui air buangan protein skimmer serta disebabkan perkara lain walaupun mungkin tidak memberi kesan besar terhadap paras garam.

      Penyelesaian
      1. Monitor bacaan Specific Gravity selalu dan perhatikan bacaan S.G sebelum dan selepas air di top up.
      2. Pastikan penggunaan air tawar telah DIRAWAT terlebih dahulu dengan menggunakan dechlorinator.

      Selamat Memelihara Ikan dan Happy Reefing

  10. airul on July 29, 2011 at 6:11 PM said:

    salam bro ray..benarkah UV light bole menghindarkan lumut coklat dekat akuarium dan bagaimana nk menghindarkannya.. apakah kebaikan dan keburukkan jika kalsium dan magnesium dibubuh lebih ke dalam akuarium…..tQ jawapan yg diatas kerana bnyak membantu saya

  11. I like you article,thank you very much!

  12. saudara ray, sy baru berjinak dlm bidang ni…dr kecik lg sy bele ikan air tawar dan skrg baru bertukar ke air masin…ape bacaan suhu yg sesuai untuk air akuarium…?

    • Ray Aqua on November 14, 2011 at 8:19 AM said:

      Salam saudara.
      Selamat datang ke dunia ikan laut yang penuh dengan warna warni serta menarik ini. Tahniah diucapkan. Saudara boleh gunakan pengalaman saudara dalam pemeliharaan ikan air tawar dalam memelihara ikan laut ini. Cuma terdapat beberapa perkara yang perlu sebagai tambahan kepada pengetahuan saudara. Artikel-artikel kami mungkin dapat membantu peminat-peminat sebagai panduan. Berkenaan suhu pemeliharaan bagi ikan hiasan lauat sila rujuk kepada artikel Carta Parameter Air Akuarium Marin .

      Selamat Memelihara Ikan dan Happy Reefing
      .

    • Ray Aqua on November 20, 2011 at 7:44 PM said:

      Salam saudar,
      Selamt datang ke alam hobi yang penuh kecantikan serta menarik ini. Saudara telah memiliki pengalaman sedikit sebanyak dalam pemelihraan ikan air tawar sebelum ini. Sila baca artikel ini Nota Ringkas Akuarium Marin dan Carta Parameter Air Akuarium Marin .

      Selamat Memelihara Ikan dan Happy Reefing

  13. saudara ray, dimanakah boleh saya mendapatkan NP Biopellet lampu Led.

    • Ray Aqua on November 20, 2011 at 7:10 PM said:

      Salam sauadara,
      Terima kasih di atas perhatian saudara terhadap website ini. Kami berharap saudara dapat memberikan saiz akuarium saudara bagi menentukan lampu LED yang sesuai. Di harap juga saudara dapat memberikan kawasan saudara menetap sekarang bagi kami menguruskan penghantarannya. Sila email kepada saya alamat serta no contact bagi kami menghubungi saudara. Sekian, terima kasih.

  14. apakah kebaikan NP Biopellet lampu Led.

    • Ray Aqua on November 20, 2011 at 7:05 PM said:

      NP Biopellet

      Secara ringkasnya, NP Bio Pellets adalah rumusan polimer terurai secara biologi yang boleh diletakkan ke dalam filter ataupun canister filter. Pelet-pelet tersebut menjadi tempat bakteria berkoloni serta membiak bagi memakan serta memproses nitrat dan juga phosphate secara serentak. Bakteria yang hdup pada Bio Pellet akan menggunakan karbon daripada Bio Pellet manakala nitrogen dan phosphorus diserap daripada nitrat dan phosphate daripada air akuarium itu sendiri.

      Lebihan bakteria yang hidup tersebut akan diserap oleh organism hidup seperti coral dan juga sponges atau disingkirkan melalui protein skimmer. Walaubagaimanapun, kesan positif penggunaannya hanya dapat dilihat selepas 2-4 minggu bagi bakteria mula membiak dan mula memainkan peranannya. Kami amat positif terhadap penggunaan Bio Pellet di dalam akuarium.

      Sila lawati link di sini sebagai testimoni penggunaannya yang saya ambil daripada you tube. Kesan Penggunaan Bio Pellet

      Penggunaan lampu LED adalah sama fungsi dengan penggunaan lampu lain bagi Reef Aquarium selain mempunyai beberapa kelebihan seperti lebih nipis bentuknya, tahan lama sehingga 100,000 jam, jimat elektrik, kurang membebaskan haba. Sila lawati artikel kami sebelum ini Pengcahayaan Akuarium: Sistem dan Bulb

      Selamat Memelihara Ikan dan Happy Reefing.

  15. hafiz ganu on November 20, 2011 at 9:32 PM said:

    saudara ray

    *boleh cadangkan jenis2 coral & jelly fish yg sesuai?serta harga sekali
    *kedai ikan marin area pahang(kalau boleh yg paling dekat dgn temerloh sbb sy skrg tinggal kat temerloh
    *kegunaan wave maker
    *tips menghias akuarium(susunan coral, live sand)

    • Ray Aqua on November 24, 2011 at 6:27 PM said:

      Salam saudara,
      1. Jenis coral utk beginner boleh dirujuk dalam artikel Coral Permulaan dan kami tidak mencadangkan jellyfish kepada peminat akurium marin melainkan peminat yang advanced kerana memerlukan penjagaan rumit dari segi makanan, akuarium, arus, suhu dan lain-lain. Berkaitan harga pula adalah berbeza daripada kedai-kedai kerana kualiti, asal coral, dan saiz Sekiranya saudara berminat mendapatkan di Kuala Lumpur dengan datang ke sini pihak kami boleh mengusahakannya kepada saudara mengikut tempahan.
      2. Kedai ikan marin di Pahang hanya dua di Kuantan dan memandangkan saudara berada di Temerloh maka kos dan masa untuk perjalanan ke Kuala Lumpur adalah sama, maka kami cadangkan saudara datang ke Lembah Kelang yang sentiasa menawarkan pilihan yang banyak.
      3.Penggunaan wave maker secara ringkasnya membantu pergerakan air seperti semulajadi seperti di lautan air yang sentiasa berarus. Selain menggerakkan air, makanan ianya juga membantu air dalam akuarium memiliki kandungan oksigen yang tinggi kerana sentiasa bergerak. Kebaikannya yang lain adalah ianya dapat membantu akuarium dengan dasar atau lapisan pasir yang lebih bersih.:)
      4.Saudara boleh melawati artikel Menyusun Atur Taman Batuan Bawah Air (Underwater Rock Garden) dan pihak kami akan mengeluarkan artikel berkenaannya lebih detail dalam ebook kami nanti.

      Selamat Memlihara Ikan dan Happy Reefing

  16. Salam saudara Ray

    Untuk pengetahuan saudara saya menetap di kawasan utara danukuran akuarium saya adalah 48″X24″X18″ dan saya hanya memelihara LPS coral,soft coral dan clam.

  17. hafiz ganu on November 26, 2011 at 1:48 PM said:

    thanks ray..boleh bg alamat kedai saudara ray?nnti kalau ke KL boleh sy ke kedai saudara skali…

  18. Salam saudara Ray…Berapa banyakkah anti klorin yang perlu dimasukkan kedalam air yang kapasitinya 191 liter? Adakah cara pengiraannya? Sekiranya menggunakan air RO perlukah dicampur dengan anti klorin? Saya ni memaang minat dengan hidupan marin…Untuk pengetahuan, ini cubaan saya kali kedua setelah gagal dalam cubaan pertama. Setelah saya jumpa website aquamania info, semangat datang kembali untuk mencuba sebab yakin dengan info-info yang diberi….Ok terima kasih

    • Salam saudara,
      Terima kasih kerana menyokong kami di http://www.aquamania.info. Sokongan seperti ini adalah semangat bagi kami meneruskan perkongsian pengetahuan dan pengalaman kami. Buat pengetahuan peminat, anti klorin digunakan bagi menyingkirkan klorin yang dicampurkan ke dalam bekalan air paip di rumah kita bagi membunuh bakteria yang mencemarkan punca air minuman kita. Namun begitu, air paip yang dibekalkan ke rumah kita turut tercemar dengan bahan lain seperti zink, kuprum, ferum, phosphate dan lain-lain yang mana puncanya adalah daripada sumber air yang diproses serta paip berkarat daripada loji ke rumah kita. Penggunaan anti klorin hanya menyingkirkan klorin maka adalah digalakkan penggunaan dechlorinator yang baik seperti API Tap Water Conditioner mampu menyingkirkan kloromine (sebatian kukuh atom klorin) yang tidak dapat dipecahkan ikatan kimianya dengan hanya menggunakan anti klorin biasa yang kebiasaaanya digunakan oleh peminat ikan air tawar.

      Berkenaan dengan sukatannya, setiap produk mempunyai sukatan yang berbeza-beza di antara satu produk dengan yang lain. Rujukan pada belakang botol produk tersebut dapat membantu. Pengiraanya adalah mudah, sebagai contoh katakan deskripsi dos adalah 1 ml bagi setiap 75.5 liter bagi menyingkirkan klorin dan1ml bagi menyingkirkan kloromine dalam 18.9 lietr air (contoh adalah produk API). Akuarium saudara adalah 191 liter termasuk sump tank maka 191liter dibahagi 75.5 liter bersamaan 2.53 ml (bagi singkirkan klorin) atau 191 dibahagi 18.9liter maka bersamaan 10.1 ml (singkirkan kloromine). Kami mencadangkan 10.1 liter kerana akan menyingkirkan kloromine termasuk juga klorin (ikatan kimia mudah).

      Penggunaan mesin RO bagi menapis air amat digalakkan kerana mengandungi membran yang menyingkir serta menyerap bahan-bahan yang disebutkan tadi termasuk mineral-mineral lain. Ini kerana air tersebut hampir bebas daripada sebarang unsur kimia ataupun mineral yang mungkin akan membahayakan ikan serta invertebrata. Perlu diingat juga kepada semua peminat ikan marin, pastikan kehilangan air juga menggunakan RO terutamanya bagi akuarium reef kerana air paip biasa mengandungi phosphate serta kandungan kuprum yang tinggi dan akan menyebabkan akuarium anda mengalami masalah algae serta kuprum yang boleh menyebabkan invertebrata termasuk coral anda mati. Aqua Mania memasukkan dechlorinator ke dalam air RO yang kami gunakan kerana pepatah Inggeris ‘better safe than sorry’. :)

      Selamat Memelihara Ikan dan Happy Reefing

  19. Salam saudara Ray….
    Untuk percubaan kali kedua ini, saya hanya tumpukan untuk meletakkan ikan sahaja bersama dengan batuan mati.Adakah terlalu sukar penjagaannya tanpa meletakkan batuan hidup? lagi soalan…Apakah jenama kit test yang terbaik penggunaannya?
    Harap saudara Ray dapat membantu….Ok. tq.

    • Salam saudara,
      Secara ringkasnya, live rock dipanggil batuan hidup adalah batuan yang diambil secara terus daripada lautan dan membawanya bersama hidupan mikroskopik yang tidak dapt dilihat dengan mata kasar. Ianya adalah media filter yang terpenting bagi akuarium bersaiz kecil dan nano ( 200 liter ke bawah). Ini kerana ianya adalah tempat bakteria nitrifikasi berkoloni dan memproses nitrit sebagai sumber makananya dan membebaskan nitrat (sebatian kimia kurang berbahaya). Sekiranya akuarium saudara menempatkan batuan mati (dried calcareous), batuan tersebut tidak akan hidup (tiada sponges, invertebrata) kerana telah lama dimatikan (dikeringkan atau direndam air tawar). Namun begitu, batuan mati tersebut lama-kelamaan akan tetap menjadi salah satu tempat bakteria berkoloni. Cuma apa yang penting adalah memastikan ikan serta hidupan lain dimasukkan seekor demi seekor (selang masa seminggu-dua) setelah bacaan test kit bagi ammonia dan nitart adalah sifar atau sekurangnya pada paras minimum.

      Bagi test kit yang terbaik penggunaannya, terdapat banyak di luar sana yang dijual dipasaran. Namun begitu, kami menggunakan API Test Kit dalam menguji parameter air akuarium kerana mudah digunakan secara praktikal dan penggunaannya meluas di kalangan peminat hobi ini di seluruh dunia.

      Selamat Memelihara Ikan dan Happy Reefing

  20. Salam saudara Ray…Terima kasih atas info yang diberi…Lagi soalan nak tanya,andai kata saya beli ikan kat utara(balik kampung)dan bawa balik ke selatan(johor) ikan boleh tahan ka? Apakah langkah-langkah yang perlu diambil untuk memastikan ikan itu selamat dan yang penting TAK MATI….

    • Dr Joe Moray PhD on January 29, 2012 at 1:26 AM said:

      Salam saudara,

      Setiap kedai ikan kebiasaanya menggunakan oksigen industri bagi pembungkusan ikan yang dijual. Untuk pengetahuan, ikan yang dibungkus dalam plastik tersebut dapat bertahan selama 24jam dalam keadaan suhu terkawal. Pastikan ikan yang dibeli dibungkus hanya seekor dalam satu plastik dan bukannya bercampur-campur dalam plastik bungkusan. Sekiranya saudara membuat perjalanan pulang pada waktu siang adalah dinasihatkan plastik tersebut diletakkan dalam kotak stryofoam( polistrene).

      Tips bagi membawa pulang, pastikan anda meminta penjual meletakkan sebutir dua activated carbon bersama dalam bungkusan tersebut. Pastikan anda meletakkan bungkusan ikan atau invertebrata dalam plastik yang berwarna gelap ( sekiranya tidak menggunakan kotak stryfoam) supaya hidupan tersebut tidak stress. Selepas anda sampai pastikan bungkusan plastik yang berisi hidupan tersebut tidak didedahkan kepada cahaya secara mendadak. Lakukan proses aklimasi seperti dalam artikel kami sebelum ini ke dalam akuarium kuarantin anda.

      Selamat Memelihara Ikan dan Happy Reefing

  21. Alex on March 3, 2012 at 9:34 PM said:

    Hello :)
    hari yang ke berapa nak masukkn reef calcium ?
    hari yang pertama atau hari ke-2 atau hari ke-3 ?

    • Hi Alex,
      Air yang disediakan bagi akuarium reef dengan menggunakan artificial sea salt telah pun mempunyai trace elements yang mencukupi bagi memulakan sebuah akuarium marin sama ada akuarium reef , Fish Only mahupun Fish Only with Live Rock. Trace Elements adalah elemen-elemen penting kimia yang ada di dalam lautan seperti kalsium, magnesium, dan lain-lain. Klik di sini untuk mengetahui trace elements http://0.tqn.com/d/saltaquarium/1/7/7/a/1/top14elementsenh_500.jpg .Peminat akuarium reef menggunakan reef calcium bagi mengantikan calcium yang hilang oleh kerana diserap coral, skimmer dan lain-lain. Kalsium bagi akuarium reef yang dicadangkan adalah 380 – 450 ppm calcium dan sekiranya kandungan kalsium dalam akuarium reef anda adalah di bawah maka larutan reef calcium baru diletakkan.

      Team Aqua Mania
      Selamat Memelihara Ikan dan Happy Reefing

  22. salam, sy nk tanya dekat ipoh di mana ada jual ikan marin ye..dh puas pusing tak jmpa..kebanyakan ikan air tawar je.

  23. salahuddin on July 11, 2012 at 4:55 PM said:

    salam din, ada 4 kedai marin yang saya tahu di ipoh, satu di tingkat bawah jaya jusco di kawasan tempat letak kereta, satu lagi kedai berhampiran dengan simpang pulai menghala ke ipoh, satu lagi berhampiran stadium ipoh dan satu lagi di belakang jaya jusco..maaf, nama kedai tak ingat…

  24. ronaldinho on July 16, 2012 at 7:06 PM said:

    saudara..boleh kah menggunakan garam buatan yg beriodin?

  25. salam.sy sangat berminat dnngan ikan hiasan marine..tetapi sy tiada pengetahuan lngsung berkenaan cara ingin memulakan,kos diperlukan..minta tolong bagi penerangan

  26. hairi on July 31, 2012 at 2:02 AM said:

    Salam ray…cam mana nk berhubung dgn saudara ye…sbb saya baru nk menenali perkara ni..terlalu banyak nk bertanyakan…boleh ker share dgn saya…

  27. Salam saudara…

    Boleh saya tau dimana lokasi kedai ikan marine di kuantan. Selain itu sy sedang mencari chiller 2nd hand brand hailea model 300A atau 500A. Diharap saudara dpt membantu.

  28. Kedai akuarium marin di Kuantan ada dua. Pertama di Bukit Sekilau tak ingat alamat. Satu lagi di A-207 Jalan IM 16/1.. TQ..

  29. azidwan on October 14, 2012 at 2:41 AM said:

    Bukit setongkol(Meng Kee) dan Jln Kuantan/Trg dekat Shell station(Aquamania yg dah bertukar owner).

    • Aquamania tidak pernah bertukar owner.apa yg berlaku adalah kami berpindah ke area Kuala Lumpur dan barang2 kedai tersebut dijual kepada seorang rakan yang di atas pendaftaran nama Aqua Garden dan sekarang ditukar nama Aqua Trio.Nama Aqua Mania adalah ekslusif nama rasmi kami dan kami mempunyai hak di atas nama tersebut dengan pendaftaran SSM dan anda boleh memeriksa butiran pemilikan di mana2 SSM. Aqua Garden (dahulunya) dan Aqua Trio secara tidak sah masih menggunakan lightboard lama kami yang menggunakan nama Aqua Mania. Sekian untuk makluman.

  30. salam saudara ray…

    saya ada menggunakan heater utk akuarium 3 kaki saya..

    soalan saya berapa suhu yg sesuai utk akuarium air masin ni dan adakah pada malam hari saja perlu menggunakan heater ni… sebab siang hari persekitaran sekeliling panas…

    minta penjelasan…

    • salam saudara,
      heater banyak digunakan oleh peminat luar negara terutamanya yg beriklim sejuk atau mengalami 4musim. Di sana, peminat terpaksa menghadapi suhu sejuk melampau sehingga di bawah paras beku dan negara yg menghadapi 4 musim juga pada musim panasnya adalah di antara 24-26 celcius walaupun dikatakan panas. kegunaan heater adalah bertujuan menstabilkan suhu yg terlalu sejuk manakala negara kita yg sentiasa panas dan hujan suhu normal adalah di antara 29-36 celcius maka adalah tidak perlu menggunakan heater kecuali akuarium saudara terletak di dalam bilik yg mempunyai penghawa dingin yg dipasang sepanjang hari. Secara asasnya, suhu yg sesuai bg pemeliharaan ikan hiasan marin dan tropika adalah di antara 26-29 manakala suhu untuk akuarium yang memiliki coral dan invert adalah di antara 24-27 celcius.

      Selamat memelihara ikan dan happy reefing

  31. salam saya ada masalah dengan ph.. saya guna nitrite N02 Untuk test solution …. mula2 ph ok… seperti di kad warna … selepas seminggu … ph jadi warana ungu ( o.25 0) … saya nak tahu adakah selamat untuk ikan dam coral

  32. ammar on March 24, 2013 at 3:56 PM said:

    saya baru sahaja memulakan hobi pembelaan ikan air masin ini..saya tk berapa arif lagi dgn penjagaannya..
    dari segi airnya tahap ph
    udara dan pumnya..
    tahap temp pun kena jaga jugak ke
    saya betul2 kosong bab ikan air masin ini,
    bolih tak cik ray bgitahu dari awl2 penjgaan

    terima kasih

  33. salam…berapakah msa diambil utk coral di live rock hidup kembali??

  34. Azwin azwana on March 24, 2014 at 12:15 AM said:

    Salam saya baru sje nk bermula bela ikan laut nie sume nye dah lengkap cuma sy ade masalah dgn water hardness.sy tak faham water hardness nie.mohon di beri pencerahan tentang ini.sy mengunakan jbl water strip test tapi ade warna yg didapati x normal.apekah water hardness yg sesuai untuk ikan nie?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Post Navigation