Aquamania.info

Kesilapan Biasa Akuarium Baru

Memulakan dengan Akuarium Kecil

“Akuarium kecik lagi murah, mudah di maintain dan pendek kata senang nak jagalah”. Tulah ungkapan yang kami selalu sangat dengar daripada peminat ikan hiasan tropika yang baru berjinak dengan hobi ini. Sebenarnya SALAH! Sebenarnya kalau anda nak tahu, semakin kecik akuarium anda, ¬†sebenarnya lagi susah. Sebab apa? Sebab sedikit kesilapan atau perubahan kualiti air akuarium, ikan anda dalam risiko kematian…Jadi nasihat kami kepada peminat baru, jauhi daripada akuarium yang kurang daripada 90 liter. Akuarium kaca standard yang biasa dijual pun dah dikira suatu permulaan yang baik untuk anda terus dalam hobi ini dan lagi mudah senggaraannya serta banyak lagi kebaikan yang kami akan dedahkan kepada anda dalam artikel kami nanti.

Memasukkan Ikan dengan Cepat

Akuarium dah beli, air dah masuk, anti klorin, batu, pam, lampu dan segalanya dah terpasang..Tunggu apa lagi. Start enjin kereta pastu pergi kedai ikan berdekatan beli 3, 4 ekor ikan yang minat pastu terus balik masukkan dalam akuarium…Cantiknya…tapi besok pergi kedai ikan tu balik cakap kat tokey kedai..Ikan semalam sudah mati..Apasal haa? Situasi lebih buruk yang selalu kami tengok, beli akuarium baru dan terus beli ikan..Maksudnya, pas balik set up masuk air terus masuk ikan..wah bestnya..(30 minit awal) dan selepas 2, 3 jam..dah mati….huhuuhu..

Apa yang salah di sini? Kami tau ramai peminat yang pernah melihat ataupun merasai pengalaman tersebut sendiri..betul tak? Sebenarnya, ikan mati disebabkan segala gas, mineral, logam berat dan sebatian kimia terlarut dalam air paip yang dimasukkan masih lagi belum neutral..Jadi, nasihat kami biarkan air baru dimasukkan tadi berada dalam akuarium sehari dua dan semua pam/powerhead dipasang supaya air mula bergerak dan berkitar. pH air pun akan stabil. Klorin akan mula terbebas ke udara. Lepas tuh, baru masukkan ikan dik..Sabar..

Terlampau Banyak Ikan Serentak

Comellah ikan-ikan ni..beli banyak-banyak pastu letak dalam akuarium kat rumah mesti lawa nih..Tauke kasi bungkus 10 ekor..heheheheh..Pastu balik letak dalam akuarium baru anda..keesokan harinya, tengok-tengok..lahhh..5 ekor dah busuk melampung perut atas, 2 ekor tercungap kat muka air, sekor berenang tunggang terbalik, 2 ekor dah kat dasar mati…sedihnya..Kenapa jadi macam ni? Semalam semua masa beli dan letak dalam akuarium sihat-sihat..

Sebenarnya apa yang berlaku adalah sebab akuarium baru belum betul-betul ready dari segi ekologinya untuk menampung beban biologi. Bakteria pengurai (nitrification bacteria) belum lagi hadir dalam akuarium anda. Oleh itu, apa yang anda boleh buat, beli sekor dua saja ikan yang lasak dan belanya dalam masa seminggu dua..Lepas tuh, dapatkan ammonia test kit dan periksa kadar ammonia sehingga sifar sebelum masukkan ikan sekor dua dari masa ke semasa. Keywords nya, jangan masukkan terlampau banyak ikan serentak dalam suatu masa.

Akuarium Sesak

“Alamak, elektrik kat rumah terputus…confirm ikan akan mati tak cukup oksigen…”. sedihkan sebab elektrik terputus ikan jadi mangsa..Kenapa? Sebab terlampau sesak..Walaupun anda pernah melihat akuarium yang penuh sesak tapi bagi anda yang baru mulakan hobi ini adalah amat tidak digalakkan. Malah, kami sendiri tidak pernah menyesakkan akuarium kami walaupun kami memiliki ikan-ikan air tawar dan marin di kedai..Pernah suatu hari fius bekalan kedai kami telah terbakar dan menyebabkan bekalan terputus selama sehari ketika hari cuti.. besoknya, syukur kerana tiada seekor ikan pun yang mati.

Oleh itu, kami nasihatkan kepada anda supaya tidak memasukkan ikan terlampau banyak dalam akuarium anda kerana sudah tentu kandungan oksigen tidak cukup, ikan bergaduh, air cepat kotor dan bermacam lagi dik.. Amalkan konsep mudah kami seinci ikan untuk 5 liter air. Katakan anda mempunyai akuarium bersaiz 3 kaki kaca standard atau 100liter..jadi sekiranya ikan anda minati bersaiz maksimum seinci jadi anda boleh memelihara 20 ekor ikan dan sekiranya 2 inci setiap ekor jadi 10 ekor kesemua ikan yang boleh anda pelihara. Mudahkan..

Memelihara Ikan yang Tidak Bersesuaian Bersama

Semasa pergi kedai ikan, anda terpandang ikan oscar veil tail. Mesti kalau beli dan bela bersama ikan emas kat rumah mesti cantik giler..Ekor panjang merambu ramba macam kain baju pop yeh yeh..dan besoknya…mana ikan-ikan emas comel kecik aku ni?kenapa tinggal ikan oscar ni je? pening. takkan melompat plak ikan emas perut bulat montel aku ni..mana boley..pastu..selidik punya selidik…siot punya oscar, rupanya dia telan habis. patutlah abis licin ikan emas aku dan perut ko plak kembong semacam..

Situasi di atas adalah antara contoh-contoh kesilapan ramai peminat dan mungkin anda juga termasuk dalam golongan ini..hehheh..tapi sama-samalah kita belajar daripada kesilapan lalu. Sebabnya, itulah pengalaman saya semasa berumur 4 tahun dahulu dengan ikan-ikan pertama saya..heheheh..

Oleh itu, apa yang kita boleh buat, study dulu ikan-ikan yang kita minat sebelum membuat keputusan membeli. Takut rugi dan tak berbaloi. Study tentang spesis ikan tu boley ke atau tak dengan ikan sedia ada kita. Apa-apa pasal ikan-ikan ni akan kami terangkan dalam artikel yang lain dan konsep mudah dalam memilih ikan – mana-mana ikan yang muat ke dalam mulut ikan lain akan berakhir riwayatnya di situ..=)

Terlebih Makanan

Ikan ni lapar ni..Setiap kali lalu depan akuarium mesti ikan-ikan ni berenang atas muka air mintak makanan..Sebenarnya tidak benar. Sebab ikan hanya makan apabila perlu sahaja. 2 kali sehari dengan setiap kali makan 2-5 minit sahaja tempoh makannya sedikit demi sedikit.

Semasa tempoh akuarium baru di setup, pemberian makanan tidak lebih sekali sehari dan semasa bacaan ammonia tinggi pula hentikan pemakanan sehari dua. Jangan risau sebab ikan mampu bertahan tidak makan selama beberapa hari kerana ikan dapat menyerap nutrien diperlukan daripada nutrien terlarut dalam air akuarium itu sendiri tanpa memeberi kesan kepada kesihatan itu sendiri.

Penapisan Kurang Sesuai

Bang, kenapa akuarium saya selepas seminggu dua mesti keruh walaupun saya gunakan filter? sudahlah filter mahal dan jenis tu baik kata tokey kedai si polan si polan tu.penatlah saya nak mencuci akuarium macam ni..heheheh..banyak kali kami mendengar rungutan, keluhan, dan seumpamanya..sebenarnya, apa yang anda perlukan adalah sistem penapis yang mampu menapis air sekurang-kurangnya 3 kali bagi akuarium tropika ni. Bukannya mahal atau nampak besar dan gah tapi tak efektif..konsep mudah, katakan akuarium anda berkapasiti 90 liter, jadi jika anda menggunakan top filter pastikan powerhead yang digunakan adalah sekurang-kurangnya 270 liter/hour atau 270 liter sejam.

Tidak Memeriksa Kualiti Air

Ramai orang beranggapan kenapa perlukan test kit??member bela tak pernah bertest test kit pun.kenapa saya nak bazirkan duit brli semua tuh? kalau anda nak tau, ini kerana akuarium yang telah matang atau telah lama sudah mempunyai kestabilan dari segi parameternya seperti pH, ammonia dan nitrogen..dan selalunya itu pun yang betul-betul peminat tegar,,tak percaya, cuba perhatikan banyak akuarium tropika di negara kita..tak usah jauh, dekat restoran tom yam yang berdekatan rumah anda kalau ada akuarium pun tak bersih, banyak berlumut..itu menandakan nitrit (nutrien penting menggalakkan pertumbuhan algae@ lumut).

Oleh itu, bagi memastikan akuarium anda sentiasa berada dalam keadaan sihat dan menarik serta tidak bermasalah untuk jangkamasa panjang langkah pertama memainkan peranan penting. Sebelum memasukkan ikan, periksa pH, ammonia dan nitrit. Apabila akuarium sudah mengitar (cycle) periksa air sebulan sekali dan sekiranya ikan menunjukkan masalah, periksa parameter air tersebut.

Tidak Menukar Air

Kenapa air akuarium saya namapak kekuningan? Tengok ikan berenang ok jer..Kalau anda nak tahu, ianya adalah disebabkan kandungan tanin dan hasil buangan ikan serta makanan yang terlarut dalam air. Peminat akuarium baru jarang membuat senggaraan akuarium kerana merasakan leceh dan tidak perlu selagi mana ikan berenang baik. Sebenarnya mudah sahaja, buangan ikan yang terkumpul pada dasar akuarium hanya perlu di siphon kan keluar atau disedut keluar dengan paip dan kemudian digantikan dengan air paip baru yang telah diletakkan anti klorin dalam bekas berasingan.( pastikan bekas/ baldi tersebut tidak digunakan untuk membasuh baju, menukar minyak hitam kereta dan lain-lain kegunaan). Beli baldi biasa yang biasanya dijual dengan harga RM 5 -RM8 dan tulis dengan marker pen di luar ¬†dengan perkataan “Untuk Akuarium Ikan Sahaja”. Oh ya, satu lagi tabiat peminat ikan di negara ini yang terlebih rajin =) adalah dengan menukar 100% air akuarium, mengangkat akuarium ke bilik air atau hadapan rumah untuk dicuci serta membasuh semua batuan/ pasir. Sebenarnya tak perlu pun. Penukaran air sebanyak 25% -50% sebulan sekali sudah cukup untuk memastikan akuarium dan ikan-ikan kesayangan anda sihat dan happy. =)

60 Thoughts on “Kesilapan Biasa Akuarium Baru

  1. Shamim on April 25, 2011 at 3:38 PM said:

    Wah, maklumat yang cukup berguna…saya suka…saya minat ikan. Bukan senang nak jumpa website tentang ikan di Malaysia…saya sokong usaha tuan.

    Shamim,
    Bukit Merah

    • Ray Aqua on April 25, 2011 at 5:50 PM said:

      Ribuan terima kasih kepada saudara shamin. Kami di sini akan membantu peminat ikan hiasan tropika malah marin dalam aspek penjagaan yang betul. Kami sedar ramai peminat di Malaysia yang memerlukan input serta teknik-teknik yang betul bagi mencapai kejayaan dalam hobi ini. Yelah, ramai juga yang kecundang dan kami di sini berperanan berkongsi pengalaman dan pengetahuan kami selama 27 tahun penjagaan ikan. Kami berharap saudara shamin akan terus mengikuti artikel kami yang akan datang dan kami perlukan sokongan moral daripada peminat ikan seperti saudara. Terima kasih dan Selamat Memelihara Ikan.

  2. Pingback: Aquamania.info » Senarai Keperluan Akuarium Tropika

  3. zamhero on April 26, 2011 at 1:30 PM said:

    Assalam dan selamat sejahtera saudara ray.. disini saya ingin meminta pendapat saudara tentang kualiti air saya.. kerana selepas 3 minggu air masin saya disetup saya menghadapi beberapa masalah kualiti air iaitu
    KH – 7.5 (masalah)
    S.Gravity – 1.022(ok)
    Suhu – 29 hingga 30′c (agak bermasalah)
    ammonia – 0.5
    Nitrate @ nitrite saya tak ingat. tp salah satu nie menunjukkan bacaan 0.5. yg saya ingat ia berpunca daripada logam.

    masalah ini berlaku disebabkan beberapa hari lepas anemone saya mati bersama clarki clown saya diaquarium tanpa sempat saya keluarkan kerana berkursus.
    saya berharap sangat saudara ray dapat memberikan saya cadangan untuk mengatasi masalah KH dan nitrate atau nitrite ini..

    terima kasih kerana banyak memberikan kami semua info berguna ini.

    • Ray Aqua on April 26, 2011 at 6:06 PM said:

      Salam sejahtera en zam..kami ada beberapa solution yang boleh membantu anda di sini cuma kami tidak mendapat memberi solution yang tepat kerana kurang mendapat gambaran jelas tentang kapasiti air/ saiz akuarium, pengcahayaan dan sistem filter. Kami akan jelaskan secara umum pada kali ini dan diharap dapat membantu.

      KH
      Carbonate Hardness dan bacaannya adalah dKH (degree of Carbonate Hardness). Carbonate Hardness adalah kebolehan meneutralkan keasidan atau menyerap asid yang kita kenali sebagai ion Hidrogen. Kami ringkaskan di sini, ianya juga adalah bacaan bagi Kealkalian air. Kealkalian air laut adalah di antara 2.0-2.5 meq/l. Untuk menukar bacaannya, darabkan dengan 2.8 dan bacaan KH yang kita dapati adalah di antara 6-7 dKH. Namun begitu, dKH yang dicadangkan/ sesuai bagi sebuah akuarium adalah di antara 7 dKH – 10 dKH. Ini kerana kadar yang tinggi bagi dKH dalam akuarium marin dapat meneutralkan asid-asid terkumpul hasil daripada:
      a. karbon dioksida dari pernafasan ikan
      b. asid nitrik daripada filter biologikal
      c. asid organik daripada buangan ikan
      Jadi, apabila kH tinggi maka pH juga stabil serta dapat dikekalkan kerana berkait rapat. pH tinggi/berasid (1- 6.9) neutral (7) dan rendah/ berakali (7.1-10).
      jadi sebenarnya tiada masalah dalam bacaan KH saudara. Cuma perlu naikkan sahaja ke bacaan lebih tinggi. (7dkH -10 dkH) dan paling selamat bagi akuarium marin adalah di antara 8.3-8.4 dKH.
      Penyelesaiannya:
      a. Masukkan buih halus untuk menaikkan kadar oksigen dan menurunkan kadar karbon dioksida atau
      b. Penggunaan serbuk soda penaik (baking soda- digunakan dalam masakan) sebanyak satu sudu teh ke dalam 50 liter air dapat menaikkan sehingga 4dKH atau
      c. Dapatkan Marine Buffer produk yang siap dijual di kedai ikan.

      Specific Gravity
      Kami lihat ini adalah salah satu kesilapan yang dapat diperbaiki apabila memelihara invertebrata (anemone). Bagi akuarium ikan sahaja (tanpa invertebrata seperti coral, udang dll) S.G dicadangkan adalah di antara 1.019-1.025. manakala bagi akuarium reef termasuk invertebrata (anemone, clams, coral dll) S.G. adalah di antara 1.026-1.028. Penyelesaiaan:
      Sekiranya saudara ingin memelihara invertebrata, naikkan S.G kepada 1.026-1.028.

      Suhu
      Suhu terbaik untuk akuarium marin adalah di antara 24 celcius – 26 celcius. Suhu bagi akuarium ikan sahaja walaubagaimanapun suhu di anatara 26 celcius – 30 celcius. Bagi akuarium reef termasuk yang menempatkan anemone, suhu dicadangkan adalah di antara 25 – 28 celcius. Zooxanthellae yang terdapat pada tisu coral akan mula terbakar (burned) apabila suhu mencecah 29 celcius ke atas. Anemone pun turut menerima kesan seperti luntur warnanya (faded).
      Penyelesaian:
      Suhu dapat dikawal dengan cara
      a. Kipas kecil akuarium yang dijual dikedai ikan tapi air akuarium saudara akan cepat tersejat (sesuai bagi kegunaan akuarium sehingga 90 liter)
      b. Chiller dapat menyejukkan air dalam kapasiti yang besar dengan efektif tapi mahal dari segi harganya.

      Ammonia
      Bacaan ammonia dalam masa 3 minggu, akuarium saudara yang baru di set up adalah normal. Pada masa tersebut, hanya seekor ikan lasak dimasukkan bagi mengitar air (cycle). Nitrate, nitrite yang wujud tiada kaitan dengan logam berat dalam air. Ianya adalah hasil proses daripada ammonia kepada nitrate dan akhir sekali adalah nitrite. Kesemua toksin ini adalah berasal daripada:
      a. Makanan ikan
      b. Buangan ikan dan anemone
      c. Anemone yang mati.
      Penyelesaian:
      Nitrite dapat disingkirkan melalui penggunaan protein skimmer.

      Nota: Anemone dipelihara setelah akuarium telah matang (established) 6 bulan ke setahun. Pastikan juga lampu yang sesuai kerana anemone turut mempunyai Zooxanthellae dan memerlukan cahaya untuk fotosintesis.

      Happy Reefing dan Selamat Memelihara Ikan

  4. zamhero on April 26, 2011 at 2:06 PM said:

    maaf.. yg tadi nitrate dan nitrite tu maksud saya adalah phosphate.. bacaan phosphate 0.5. jadi saya skali lagi mohon jasa baik en ray untuk memberikan saya cadangan untuk mengatasi masalah ini..

    • Ray Aqua on April 26, 2011 at 6:55 PM said:

      Phosphate biasanya terkandung di dalam:
      a. Air Paip
      b. Makanan Ikan
      c. Artifial Sea Salt yang digunakan

      Phophate adalah salah satu daripada 70 elemen penting di dalam laut namun begitu bacaan di laut adalah hanya 0.07 mg/l (miligram per liter) atau 0.07 ppm (parts per million). Ianya adalah salah satu nutrient penting pertumbuhan algae dan kadar yang tinggi menggalakkan pertumbuhan algae yang tidak terkawal.

      Penyelesaiannya:
      1. Jangka Panjang
      a. Air Paip diproses dengan penggunaan unit mesin air Osmosis Berbalik (RO) atau
      b. Penggunaan Artificial Sea Salt/ Makanan yang lebih berkualiti

      2. Jangka Pendek
      1. Menggunakan produk penyerap/ peneutral Phosphate seperti Sea Chem’s PhosGuard, Thiel Aqua Tech’s X-Phosphate, Kent Marine’s Phosphate Sponge dan Coralife’s Phosphate Remover yang memang terbukti berkesan.
      2. Menggunakan activated carbon dapat membantu mengurangkan paras phosphate.

      ‘Kesabaran Kunci Kejayaan Penting Akuarium Marin’
      Happy Reefing

  5. zamhero on April 26, 2011 at 11:36 PM said:

    Assalam dan salam sejahtera.

    Terima kasih diatas kesudian saudara ray membantu saya dalam kesulitan yg saya hadapi dan memberikan saya penjelasan yg jelas.. untuk pengetahuan saudara ray website ini adalah merupakan website yg wajib saya layari setiap kali saya membuka internet. semoga usaha murni saudara ray diteruskan untuk memberikan panduan kepada pengemar hobi ini yg masih ramai lagi kurang pengetahuan terhadap pemeliharaan ikan tropika/ marin ini. Sekian terima kasih sekali lagi dan selamat maju jaya..

    • Ray Aqua on April 28, 2011 at 5:56 AM said:

      Laman web http://www.aquamania.info adalah laman web yang berasakan info dan bukannya berasakan perniagaan atau keuntungan. Tujuan kami di sini adalah untuk mewarnakan lagi hobi pemeliharaan ikan tropika/ marin. Oleh itu, Aqua Mania amat berbangga dengan peminat seperti anda dan sokongan seperti anda semua memberi semangat kepada kami untuk terus berkongsi pengetahuan serta pengalaman kami untuk kebaikan bersama. Kami di sini amat mengalu-alukan komen/ cadangan/ pertanyaan daripada anda semua dalam memantapkan isi kandungan artikel kami supaya dapat disampaikan dengan bernas untuk dipraktikkan.

      Happy Reefing dan Selamat Memelihara Ikan

  6. zamhero on May 4, 2011 at 3:24 PM said:

    Assalam saudara ray dan salam sejahtera untuk semua.
    disini saya sekali lagi ingin meminta jasa baik saudara ray memberikan pandangan terdapat ujian air yg terdapat pada display aquarium saya.

    kh – 11dKH (telah melebihi julat 7dkH -10dkH sepatutnya yg dicadangkan sudara ray.)

    NO3 (nitrate) – 10-20. (ok atau tidak ok?)

    PH – 8.2

    PO4 (Phosphatet) – 1.0 (meningkat dari 0.5 sblm ni kepada 1.0)

    NH4 – 0.

    saya mengharapkan saudara ray memberikan pandangan mengenai perubahan kandungan didalam air saya sekarang nie. sekian terima kasih kepada saudara ray kerana sering membantu saya.

    • Ray Aqua on May 6, 2011 at 4:06 PM said:

      Salam sejahtera en nizam. Di sini kami berikan pendapat kami berkenaan persoalan saudara.

      1. kH -11 dKH adalah tidak mendatangkan masalah kerana walaupun bacaan dKH adalah 12 namun masih tidak mendatangkan apa-apa masalah kerana yang penting tidak kurang daripada baccan 7 dKH.

      2. NO3, bagi bacaan di kawasan terumbu karang di lautan (reef) adalah kurang atau tidak melebihi 0.25 ppm, bagi akuarium FOWLR bacaannya adalah tidak melebihi 30 ppm dan bagi akuarium reef adalah tidak melebihi atau kurang daripada 1.0 ppm.

      3. pH – 8.2 adalah baik (8.1-8.4)

      4. PO4 – bacaan phosphate di alam semulajadi iaitu di kawasan terumbu adalah tidak melebihi 0.13 ppm dan bacaan bagi akuarium reef adalah dicadangkan tidak melebihi daripada 0.2 ppm dan bagi akuarium FOWLR adalah 1.0 ppm. Seperti dalam artikel/ comments yang lepas, masalah phosphate boleh di atasi dengan menggunakan makanan ikan berkualiti, garam berkualiti serta air yang telah dirawat/ di tapis seperti RO bagi menggantikan air yang tersejat. Penggunaan air paip tidak bertapis sememangnya tiada mendatangkan masalah pada masa penyediaan dan penggantian air yang tersejat. Tetapi penggantian berterusan ait yang hilang menggunakan sumber air tidk dirawat tersebut akan menyebabkan kadar pjosphate akan tinggi kerana air yang tersejat adalah air tulen (tiada nutrien) dan meninggalkan segala bendasing seperti phosphate dan sebatian kimia/ logam berat yang lain dalam akuarium.

      NH4- 0 adalah baik. daripada pemerhatian kami saudara memerlukan bacteria booster (yang dibeli di kedai) seperti produk Stress Zyme daripada API, Hagen Nutrafin Cycle ataupun Biodigest atau juga Bacter Boost daripada Marc Weiss. ini kerana, kadar NO3 yang tinggi selalunya berlaku kerana nitrobakter yang kurang. Buat sementara waktu ini, lakukan penukaran air sedikit (10%-25%), kurangkan pemberian makanan atau hentikan buat sementara waktu dalam masa seminggu (tidak mendatangkan masalah kesihatan kepada ikan) disamping memantau bacaan NO3 sepanjang masa tersebut dan juga penggunaan protein skimmer (baik untuk menyingkirkan segala bendasing seperti NO3.

      Happy Reefing dan Selamat Memelihara Ikan

  7. zamhero on May 6, 2011 at 4:25 PM said:

    terima kasih diatas kesudian saudara ray untuk meluangkan masa memberikan pandangan mengenai kualiti air saya. dan ianya amat2 berguna bagi saya.

    • Ray Aqua on May 7, 2011 at 8:54 AM said:

      Pihak Aqua Mania amat mengalu-alukan support daripada semua peminat. Sebrang pertanyaan, kemusykilan atau keraguan berkenaan pemeliharaan ikan hiasan marin/ tropika akan kami cuba bantu sedaya mungkin kerana kami juga menyayangi ikan sepertimana anda.

      Happy Reefing dan Selamat Memelihara Ikan

  8. zamhero on May 7, 2011 at 11:40 AM said:

    saya mencadangkan aquamania boleh mewujudkan perniagaan online dilaman ini pada masa sekarang atau masa depan. saya percaya ramai lagi peminat ikan hiasan diluar sana memerlukan produk yg bersesuaian dengan masalah dan keperluan mereka. seperti saya contohnya, apabila ke kedai ikan untuk membeli sesuatu barangan yg dikehendaki kekadang pihak kedai tersebut mencadangkan produk lain pula apabila barangan yg dikehendaki tidak ada dijual di kedai tersebut. wlwpun mungkin produk yg dicadangkan itu sesuai namun saya percaya tidak semua pemilik kedai ikan hiasan memiliki etika seperti itu. ini sedikit sebanyak menyusahkan saya dan pengemar hobi ikan hiasan untuk merujuk keperluan yg sebenarnya kehendaki. sekian.

    • Ray Aqua on May 7, 2011 at 1:05 PM said:

      Terima kasih di atas cadangan saudara nizam. Pihak kami amat menghargai kepercayaan dan keyakinan saudara terhadap kami. Kami amat berbesar hati di atas saranan saudara. Buat masa sekarang, kami ingin menumpukan terhadap http://www.aquamania.info bagi membantu peminat-peminat ikan hiasan di luar sana. Kami faham di atas masalah peminat yang menghadapi masalah mendapatkan barangan yang bersesuaian kerana kami juga peminat ikan hiasan seperti saudara/ saudari semua. Dalam perancangan kami, laman web bagi jualan kami akan dilancarkan pada awal Julai selewat-lewatnya jika tiada aral melintang. Laman ini adalah http://www.aquamania.biz yang khusus bagi penjualan barangan pemeliharaan ikan hiasan. Kami amat menghargai dan memerlukan sokongan berterusan daripada peminat semua. Terima kasih sekali lagi.

      Happy Reefing dan Selamat Memelihara Ikan

  9. Ini_dia_siJalik_Jalik on June 4, 2011 at 9:26 PM said:

    Mula2 nak ucapkan tahniah n terimakasih atas semua info yang berguna & looking forward untuk kekedai di Shah Alam 1 hari nanti.., saya kira baru berjinak2 memelihara ikan tropika… saiz akuarium saya adalah 36″ X 18″ X 24″ menggunakan filter akuarium dibawah dan memelihara 3 ekor jelawat bersaiz 6″, 2 ekor tengas saiz 5″, 3 kelah merah kelantan bersaiz 3″, 2 kelah merah serawak saiz 3″, 2 ekor tiger shark saiz 5″, sebarau bersaiz 4″, 2 ekor temoleh saiz 1.5′ dan ade beberapa ekor ikan lain seperti tiger fish, ikan emas & bandaraya.
    Masalahnya adalah apabila ikan bertambah besar dan nampak sempit pula akuarium 2… pertanyaaan… saya adalah… saya bercadang untuk membina platform concrete bagi meletakkan akuarium saiz 6′ X 2.5′ X 2′ adakah saiz tersebut mencukupi? kerana ikan2 tersebut cepat membesar atau perlukah saya membinanya lebih besar dan untuk makluman saya bercadang untuk membeli lagi 2 ekor kelah biru bersaiz 3″… dan baru2 ini air nampak sedikit keroh… kenapa? walaupun saya menggunakan UV light di filter..
    Bagaimana untuk menahan nafsu untuk membeli ikan hiasan apabila kita pergi kekedai ikan kerana saya pantang nampak ikan tropika yang susah kita nak jumpa je rasa nak beli… cuma belum sanggup untuk menjaga arowana sahaja..
    sekian terima kasih..

  10. zamhero on June 12, 2011 at 5:08 AM said:

    assalam saudara ray.

    bagaimanakah untuk saya nak upload gambar di blog ini? tujuannya adalah saya ingin meminta pendapat saudara ray kerana buat masa sekarang saya sedang membangunkan projek aquarium marin saya yg kedua. secara keseluruhannya sudah 80% siap. sekian terima kasih.

    • Ray Aqua on June 21, 2011 at 1:51 AM said:

      Salam saudara,

      Terima kasih di atas minat saudara terhadap laman ini dan syabas diucapkan di atas kesungguhan saudara dalam memelihara ikan marin. Bagi mengupload gambar akuarium peminat, kami akan mewujudkan ruangan khas dalam masa terdekat ini bagi peminat berkongsi serta bertukar-tukar pandangan bagi memeriahkan komuniti peminat akuarium marin ini.

      Selamat Memelihara Ikan dan Happy Reefing

  11. info yang menarik.saya pun ada buat blog berkenaan akuarium ni tapi saya lebih kepada shrimp.tapi blog masih baru.mungkin dapat memetik beberapa info dari sini.jangan risau,nanti saya kreditkan ke sini :)

    p/s: biasanya yang buat akuarium kecik2 ni orang perempuan :p

    • Ray Aqua on June 21, 2011 at 1:54 AM said:

      Salam saudara,

      Terima kasih di atas komen serta saranan anda dan turut serta dalam penulisan serta perkongsian ilmu dalam pemeliharaan ikan. Kami sentiasa mengalu-alukan pembaca dan peminat bagi memberikan komen, cadangan serta apa jua sumbangan yang dapat menambahbaikkan laman ini. Sekian, terima kasih.

      Selamat Memelihara Ikan dan Happy Reefing

  12. Olyn Othman on July 22, 2011 at 4:23 AM said:

    Info yg sgt2 menarik… Patutlah dulu beli ikan kaler2 yg cute tu masuk dlm akuarium x sampai seminggu dah Innalillah… hehe… salah bajet rupanyer… xper, petang ni jugak nak g kedai survey akuarium yg sesuwei dan nak start balik hobi lama… Thanks a lot!

    • Ray Aqua on July 22, 2011 at 4:43 AM said:

      Salam,

      Terima kasih kerana menyokong kami. Pihak kami sedia membantu peminat-peminat dan sila ajukan apa-apa kemusykilan berkenaan pemeliharaan ikan hiasan marin /air tawar. Pihak kami akan sentiasa bersedia membantu dari segi pengalaman 27 tahun kami dan pengetahuan kami. Sekian, terima kasih.

      Selamat Memelihara Ikan dan Happy Reefing

  13. fardzren on July 28, 2011 at 10:36 AM said:

    saya amat berminat dan juga akan dan pasti untuk memulakan dan mendapatkan satu tank@aquarium marine… di sini saya ingin bertenya pada yang pakar… apakah yang perlu saya ada, maksudnya starting kit untuk memulakan marine tank ini…
    cadangan bermula dengan tank 3 kaki.. basic marine tank need???
    adakah saya perlu dapatkan protein skimmer, wajib???
    water pump sure wajib… harap dapat kongsi ilmu dan beri tunjuk ajar…
    ;p

  14. bang i na tanya, water pump i ada dua fungsi, bole mengeluarkan air dgn buih-buih atau udara kalau saya tambah hos udara kedalamnya. yang kedua bole digunakan seperti air terjun,masalahnya i ta suka bising so saya masukan paip kedalam air tanpa bunyi dan buih-buih udara tapi air mengalir. pertanyaan saya bang adakah oksigen dalam air kalau air cuma bergerak?

  15. errrkkk…kalau saya nak order barang,boleh ke hantar?lagipun,camne nak tau produk yg ader kat kedai,tanpa mengunjungi kedai ini?

  16. salam admin aqua,
    menarik sungguh website neh, penat gak duk google2..
    asyik jumpa website indon je.. susah cket nak phm :) .

    cane nak kire kuantiti air ye?
    saiz aqurium kecik sy 1 kaki lebih cket, x 2 kaki rasanya.. smlm dah excited sgt.. dah sumbat dlm 35 ekor ikan jenis neon tetra huhu..

    kalo xde pump,cane nak sedut kotoran ek.. ada filter dan air buble je T_T

  17. Hi..saya baru je berjinak nak bela ikan ni.. tapi saya dah 4 kali ikan yang saya baru beli mati. saya dah jadi macam putus asa pulak nak bela ikan.. bila saya tanya tokey kedai tu..dia pun beri saya PH test kit.. dia menguji sendiri air dalam akuarium kat kedai dia..appear warna kuning muda.. tapi bila saya cuba kat rumah pulak..air yang saya uji tu warna biru muda..saya dah tambah anti klorin mun masih biru..saya tambah garam pun masih biru.. jadi saudara ada tak idea kenapa boleh jadi camtu?? TOLONG…

    • Ray Aqua on December 1, 2011 at 3:02 PM said:

      Salam saudari,

      Untuk pengetahuan semua peminat, ikan marin dipelihara dalam akuarium dengan bacaan pH 8.1-8.4. Apakah itu pH? Pertama sekali, pH bermaksud ‘potential hydrogen’. Dalam bahasa mudah untuk semua peminat pH adalah bacaan keasidan dan kealkalian di dalam air akuarium anda. Bacaan pH adalah 1.0-14.0. Bacaan pH 1.0-6.9 adalah berasid manakala 7.1-14 adalah berakali. Bacaan 7.0 adalah bagi bacaan neutral dan dapat dilihat pada air tulen atau air yang telah disuling. Persekitaran ikan air tawar seperti di sawah, parit, sungai, tasik adalah sedikit berasid memandangkan kandungan humus dalam tanah tersebut.

      Kita dapat lihat apabila tanah kolam baru dikorek, kapur (alkali) akan diletakkan bagi menstabilkan kandungan asid tanah tersebut. Oleh itu, kebanyakkan ikan air tawar hidup dalam pH 6.0-9.0 manakala ikan marin atau ikan laut hidup selesa pada pH 8.2-8.4.

      Baiklah, kami teruskan pula kepada pH test kit yang dijual di pasaran. Terdapat dua jenis pH test kit yang dijual iaitu pH low range test kit (air tawar) dan pH high range test kit. Daripada pertanyaan saudari, terdapat kemungkinan sebab berlaku perkara seperti tersebut:

      1. Pemilik kedai menggunakan pH test kit high range (saltwater) dan saudari telah membeli atau terbeli pH low range test kit. Ini kerana bacaan bagi pH high range (digunakan oleh pemilik kedai untuk menguji pH air saudari) adalah 7.4 pH (masih rendah) manakala saudari terbeli pH low range test kit (untuk freshwater) dan bacaan saudari kemungkinan 6.8-7.6 pH.

      2. Kemungkinan satu lagi adalah samada tersalah dose atau kaedah seperti tidak mengongcang botol terlebih dahulu juga dapat mempengaruhi bacaan.

      Walaubagaimanapun, sekiranya kemungkinan no. 1 di atas berlaku, adalah pasti akuarium marin anda telah mengalami pH rendah. pH rendah boleh menyebabkan bakteria tidak dapat memainkan peranan menguraikan bahan buangan akuarium dan akan menyebabkan ikan mati kerana kadar ammonia yang tinggi.

      Sebagai penyelesaiaannya, penggunaan lapisan crushed coral bagi akuarium marin saudari dapat membantu mengekalkan pH bagi akuarium marin selain penggunaan pH buffer yang dapat membantu menstabilkan pH.

      Nota penting bagi semua peminat, bacaan pH pada waktu malam dan siang adalah berbeza kerana pH pada waktu malam mencatatkan bacaan rendah 7.4-8.1 manakala bacaan pada siang hari adalah lebih tepat. Sebagai makluman juga, bahan buangan ikan yang tidak diuraikan dengan baik (bakteria nitrobakter) yang kurang turut memberi kesan kepada bacaan pH.

      Selamat Memelihara Ikan dan Happy Reefing

  18. ilalovemuahz on February 3, 2012 at 2:02 PM said:

    terima kasih banyak-banyak!

  19. noorhidayah on February 15, 2012 at 8:55 PM said:

    bestnyeee website ni…dari citer ni, sy lah orgnye yg dpt pengalaman tu..beli akuarium siap dgn ikan skali..blk2..cuci akuarium masuk air masuk klorin then cepat2 masukkan ikan..sbb bimbang ikan mati dlm plastik, upenye…ikan mati jgk sbb masalah teknikal..huhuhuh… anyway thankz d info, insyallah kami slalu jenguk web ni utk tambah ilmu lg ‘hobi bela ikan’

    • Salam saudari,

      Terima kasih di atas sokongan suadari dan peminat-peminat lain yang turut sama memeriahkan hobi memelihara ikan di Malaysia. Terima kasih dan selamat mencuba daripada Aqua Mania.

      Selamat Memelihara Ikan dan Happy Reefing.

  20. Newbie on March 8, 2012 at 7:08 PM said:

    Salam..kat mane kedai saudara ray ni?

  21. Newbie on March 21, 2012 at 12:10 PM said:

    salam..tank FOWLR saya standard 2ft X 1 X 1.5 cuma tinggi skit..circlation saltawater dh 1 bulan..adakah pengguna bubble oxygen penting bagi marine fish?..saya mengunakan powerhead pump with filter dlm air dan mengeluarkan bubble oxygen and water circle.adakah sesuai penggunaan filter dlm air ini bagi tank 2ft? masalahnya setelah saya cabut tiub utk bubble dr powerhead hari berikutnya ikan lasak damsel saya letak 2 ekor mati. Adakah kekurang oxygen atau masalah air? Harap bagi pendapat

  22. sarah on April 18, 2012 at 1:42 PM said:

    salam..kalau tank 30″x20″x13″ isi 12 eko ikan anggaran saiz ikan 8 eko 1″ dan 4eko lg 2″…kalau tips kat atas kate sekurang2 ye kene 90 liter air,setiap 1″ ikan=5liter air, so xok ke sy yer saiz tank tu?…

  23. Ashraf on April 23, 2012 at 2:01 PM said:

    Tuan, saya baru beli akuarium ikan marin dh dekat sebulan tapi ikan asyik mati? mcm mana nk buat.. tokey cina bagi ubat anti bakteria tp ikan mati gak? dh la sekor 18 hinggit mcm mana ni?

    • Salam saudara,

      Sebenarnya saudara telah mendapat Sindrom Akuarium Baru (New Tank Syndrom) yang mana akaurium tidak memiliki bakteria denitrifikasi yang cukup bagi menguraikan bahan buangan.
      Sepatutnya saudara tidak perlu membeli anti bakteria tetapi Bacteria Starter atau Pemula Bakteria.

      Bakteria denitrifikasi adalah bakteria BAIK dan penting bagi menguraikan bahan buangan ikan daripada toksin kepada kurang toksin.

      Salah satu lain adalah ketidakserasian ikan di mana ikan saling bergaduh sehingga menyebabkannya luka dan cedera.Ini akan membuka peluang kepada parasit dan bakteria (internal bacteria) memasuki sistem pertahanan imunisasi tubuh ikan.

      Kemungkinan lain juga adalah akuarium terlalu banyak ikan dan menyebabkan kualiti air rendah, parameter air seperti pH terganggu. Penggunaan test kit amat membantu peminat baik yang baru mahupun peminat yang telah lama berkecimpung dalam hobi ini.

      Selamat Memelihara Ikan dan Happy Reefing

  24. rasyid on April 23, 2012 at 5:28 PM said:

    salam…abg-abg aquamania, ada satu soalan nak di ajukan. baru-baru ni, ada 2-3 kes ikan-ikan saya melompat keluar dari akuarium. sebelum ini tak pernah berlaku. jenis-jenis ikan, blood-fin tetra, zebra danios dan siamese algae eater…apakah puncanya? kualiti air sentiasa terjaga dan tiada ikan ganas@pembuli.

    • Salam saudara,

      Faktor-faktor ikan bersifat agresif sehingga melompat keluar daripada akuarium adalah seperti berikut:

      a. Berlaku kebocoran arus elektrik selalunya berlaku pada pam jenis powerhead atau lampu pada penutup akuarium.

      b. Keracunan air seperti semburan pewangi berdekatan, semburan aerosol dan lain-lain.

      c. Pembuli atau ikan yang tidak serasi

      d. Kualiti air dengan kadar ammonia yang tinggi.

      Selamat Memelihara Ikan dan Happy Reefing

  25. sakura on May 3, 2012 at 9:03 AM said:

    as salam.. saya ade masalah dengan ikan oskar saya dah lebih 2 tahun saya bela…tiba2 ikan saya macam dijangkiti penyakit, bermula dengan mata seperti ada selaput putih, badan oskar nie pun ade menunjukkan tanda2 jangkitan ..kenapa yea boleh jadi macam tu? sebelum nie ok je.. dah cantik n besar tiba2 macam nak mati je sedih tul…

    • Salam saudari,

      Mata Ikan Mula Diselaputi Selaput
      Ramai peminat bertanyakan tentang kenapa ikan kesayangan mereka berselaput putih sama ada sebelah ataupun kedua belah. Kemungkinan yang biasanya menyebabkan masalah mata berselaput adalah ada kena mengena dengan KUALITI AIR yang RENDAH. Ini diburukkan lagi dengan terdedahnya ikan kepada kandungan ammonia dan nitrit yang tinggi di dalam akuarium.

      pH Rendah
      Kadar pH yang rendah juga boleh menyebabkan mata ikan berselaput. Kami amat tidak menggalakkan peminat membiarkan bacaan pH air akuarium peminat jatuh di bawah bacaan 6.0. Adalah penting bagi peminat bagi melakukan Ujian pH secara rutin atau lakukan ujian tersebut sekiranya dirasakan perlu. Masalah berkaitan dengan pemeliharaan Oscar adalah ikan jenis ini menghasilkan buangan pada kadar yang banyak yang mana akan memberi kesan terus kepada pH air akuarium untuk jatuh.

      Sekali lagi, kami terangkan dengan bahasa mudah berkenaan bagaimana penukaran air secara berkala akan membantu peminat dalam pemeliharaan ikan. Katakan air baru yang telah dirawat dan akan diguna untuk penukaran air akuarium mempunyai bacaan pH pada kadar 7.5 manakala air akuarium peminat pula mempunyai bacaan 6.0 maka penukaran 20%-40% air secara berkala setiap dua minggu akan menghentikan penurunan pH dengan rendah.

      Parasit Dalaman
      Sekiranya akuarium peminat tidak mengalami masalah berkenaan pH maka terdapat satu lagi faktor penyebab selaput mata ikan yang boleh dipertimbangkan atau diberi perhatian. Parasit dalaman seperti fluke (sebutan feluks) boleh menjadi penyebab kepada selaput mata ikan dalam akauarium. Peminat tidak dapat mengesan mata ikan kesayangan mula diselaputi katarak. Apa yang peminat boleh lakukan bagi membantu ikan kesayangan menghadapi masalah ini adalah dengan memberikan ikan kesayangan dengan antibiotik yang berkualiti. Disamping itu juga pemberian anak ikan yang seringkali diberikan oleh peminat kepada ikan Oscar kesayangan turut menyumbang kepada kehadiran fluke ini. Amalan kebanyakan peminat yang memasukkan terus anak ikan sebagai makanan ke dalam akuarium tanpa mengendahkan tahap kesihatan anak ikan yang kadangkala telah dijangkiti dengan pelbagai penyakit menjadi salah satu faktor penyebab. Amalan lain adalah dengan menuang terus air dalam plastik yang berisi anak ikan ke dalam akuarium dan bukannya dengan menyauk dan hanya memasukkan anak ikan tanpa air daripada plastik memburukkan penyebaran fluke ini.

      Diet Tidak Menyihatkan
      Ikan memerlukan makanan yang berkhasiat di mana diet yang tidak menyihatkan akan menyebabkan ikan kesayangan kekurangan vitamin A yang mana akan turut menyumbang mata berselaput.

      Kesimpulan
      Akhir sekali, masalah selaput mata terutamanya sebelah sahaja berselaput adalah pergaduhan di antara ikan dalam akuarium ataupun berenang melanggar batu, perhiasan, aksesori ataupun kaca akuarium boleh menjadi antara faktor lain.

      Tindakan Kecemasan
      Sekiranya peminat mula dapat mengesan ikan kesayangan mula diselaputi dengan penyakit berselaput maka tindakan segera yang dapat dilakukan adalah dengan melakukan penukaran air akurium sebanyak 40%-50%. Sekiranya penukaran air tersebut berjaya mengurangkan masalah selaput mata ikan berselaput maka sudah pasti faktor penyebab adalah disebabkan penurunan pH dan juga air akuarium berkualiti rendah. Melakukan pemeriksaan pH juga dapat membantu mengesan faktor ini. Sekiranya penukaran masih tidak memberi kesan, maka peminat harus melihat kepada faktor-faktor penyebab lain di atas.

      Selamat Memelihara Ikan dan Happy Reefing

  26. mrkolumpo on May 17, 2012 at 3:00 AM said:

    salam bro…

    now thts y ikan emas saya dah 2 ekor kojol…lagi 4 ekor warna dah turun color.silap aku ni kerap tukar air…cara bodoh yg aku buat adalah sedut pakai paip getah then sampai air dah tgal paras ngam ngam ikan..terus taruh air baru then taruk anti klorin also along with clear water.aduhhh..sian ikan ikan aku yg dah arwah.so sy nak mtk nasihat…
    1) pump jenis apa yg ada dlama gambar yg sedut air dkt pasir bhgn bawah tangki??kat situ la berkeladak taik

    2) so emaning lepas ni aku tak perlu kerap tukar air…if nak tukar..ikut ckp bro..kene tadah sebaldi air siap dgn anti klorin n biarkan selama 2 hari. then buang 25% sahaja air yg ada dalam tangki//betul tak??
    3) if nak sedut air..kene sedut bahagian bawah kan?

    tq…mtk tolong tunjuk ajar bro

    • Salam saudara,

      Saya faham dengan kesilapan saudara dan ramai lagi peminat di luar sana yang menghadapi masalah seperti saudara. Kesilapan yang terjadi semasa menukar air bukan sahaja berlaku kepada peminat yang baru berjinak malah masih ramai lagi peminat yang mengaku telah bertahun memelihara ikan melakukan kesilapan sama dan mengalami nasib seperti saudara. Kami akui ini berlaku kerana kurangnya pengetahuan di kalangan penjual atau pemilik kedai ikan dalam memberi pengetahuan atau tunjuk ajar kepada peminat yang menjadi pelanggan mereka.

      Bagi soalan saudara di atas, berikut adalah jawapannya:
      1) Alat yang saudara maksudkan adalah ‘water siphon‘ atau penyedut air. Water siphon yang murah RM5- RM 10 hanya mampu menyedut air dan tidak mampu menyedut pasir dan akan tersumbat sekiranya ia tersedut pasir di dasar akuarium. Water siphon yang efektif dan mampu melakukan tugas membersihkan pasir adalah berharga RM25-RM 40 bergantung kepada jenis dan saiz serta panjang paipnya. Kami berpendapat amat berbaloi bagi seorang peminat memilikinya.

      2)Pertukaran air lagi kerap adalah lagi bagus tapi 1-2 kali sebulan dengan kadar 25% -50% setiap bulan sudah memadai.Berkenaan air yang ditadah adalah lebih baik diletakkan bubble setelah diletakkan anti klorin supaya pH air baru stabil dan klorin yang disingkirkan dapat dineutralkan dengan tindakbalas gas (buih) yang diletakkan. Pastikan baldi yang digunakan adalah dikhaskan untuk kegunaan akuarium.

      3) Menyedut air di bahagian bawah adalah yang paling terbaik kerana di situ terkumpulnya mendapan sisa buangan ikan selain mendapan sisa makanan ikan yang tertinggal di celah pasir.

      Selamat Memelihara Ikan :)

  27. Fara on May 27, 2012 at 1:47 AM said:

    Hi,
    Saya baru beli aquarium 3kaki besar. Excited sangat terus beli 100 ikan guppy, molly, yang kecik2, angel & etc. Balik rumah set aquarium bubuh antiklorin pastu terus masukkan semua ikan2 tu! Deco pulak saya letak coral 3kg!!! Malam tu lawa nyaaa aquarium saya. Esok!!!! 6mati! Esok lagi 4 mati! Kemudian 7mati! Tadi!!!! 2mati! Alahai tolong saya bagaimana nk atasi kematian mangsa takbersalah ikan2 saya tu :’(
    Thanks!

    Fara

    • Salam saudari,
      Pertama sekali kami bersimpati terhadap apa yang telah berlaku. Namun begitu, perkara sebegini boleh dielakkan (sila klik di sini). Akuarium saudari telah mengalami New Tank Syndrome iaitu bakteria denitrifikasi masih belum wujud dan menjalankan tugas menguraikan ammonia kepada nitrit (kurang toksin).

      Tindakan Serta Merta dan Wajib Dilakukan:
      1. Sediakan air baru dan rawat dengan menggunakan Anti Klorin dan biarkan beberapa ketika (setengah jam sehingga sejam) di dalam sebuah bekas atau baldi bersih yang belum pernah digunakan(selepas ini gunakan bekas ini untuk akuarium sahaja).
      2. Buang 50% air di dalam akuarium dan gantikan dengan air baru di dalam bekas tadi.
      3. Dapatkan bakteria starter dan bakteria booster dan masukkan mengikut sukatan serta arahan yang tertera.
      4. Lakukan tindakan di atas setiap dua hari sekali dalam masa 2 minggu dan jangan tambah apa-apa ikan baru.
      5. Adalah lebih baik tingkatkan pam udara yang lebih kuat kerana stok ikan saudari adalah terlampau banyak dan dapatkan pH test kit serta Ammonia test kit.

      Selamat Memelihara Ikan dan Happy Reefing

  28. akma on June 6, 2012 at 10:21 AM said:

    saya baru berjinak2 bela ikan nie stard this year..mulanya saya beli ikan ikut suka saya yang mana cantik dan saya berkenan..setelah sebulan saya tgk 5 ekor antara ikan yang saya beli suke nak gigit n makan ikan-ikan lain..rupenye ikan tue ganas dan saya ambil langkah beli ikan yg same ganas jgk..alhamdulillah ok tp sekarang nie saya suke plak tgk ikan guppy..thie week saya beli 20 ekor ikan kecil dan separuh darinya ikan guppy,nak buang ikan-ikan yg ganas tue sayang jadi saya buat border..mlm hari pertama saya beli seekor mati,pagi selasa sy dapati ikan-ikan guppy dah lahirkan anak so sweet tp saya balik keje ops mane anak-anak ikan nie,sume mati dh seekor pun xde padahal saya dan beli wood plant emmm sedih..pg nie 1ekor ikan guppy n 1 ekor ikan lain mati nape ek??sedihhh lah..

    • Salam
      Mula-mula sekali, nasihat kami jangan campurkan ikan yang tidak serasi bersama walaupun diletakkan divider atau pemisah kerana ikan kecil pasti lambat laun dapat mencelah ke bahagian ikan yang agresif tadi. Satu lagi, ikan agresif kemungkinan akan tercedera kerana menyondol divider untuk melepasinya pergi kepada ikan kecil yang mana mulut yang tercendera memungkinkan komplikasi seterusnya dan juga akan menyebabkan ikan tadi tidak dapat makan seterusnya mati.

      Memasukkan ikan dengan banyak sekali seperti kuantiti 20 ekor sekaligus adalah tidak baik kerana akan menyebabkan ammonia (toksin) akan naik secara mendadak dan membunuh ikan. Ammonia yang naik secara mendadak ditambah pula dengan oksigen yang kurang akan menjadikan ikan seperti hidup dalam sebuah kolam beracun.

      Akhir sekali, sila ikuti panduan pemilihan kedai yang baik seperti dalam artikel kami sebelum ini. Amalkan konsep 3 ekor ikan mati. Sekiranya terdapat 3 ekor mati dalam satu akuarium atau lebih teruk lagi terdapat ikan lain dalam akuarium lain yang telah mati 2, 3 hari dan dibiarkan oleh pemilik kedai tersebut maka jauhilah daripada kedai tersebut kerana sudah pasti pemilik kedai itu adalah pemilik kedai tidak beretika dan tidak memikirkan faktor kebersihan serta kesihatan ikan. Kemungkinan ikan yang saudari beli telah dijangkiti penyakit. Pastikan membeli ikan yang benar-benar sihat dengan berenang cantik serta bentuk ekor dan badan yang sihat.

      Selamat Memelihara Ikan

  29. akma on June 6, 2012 at 10:30 AM said:

    saya nak tanye lagi kalau ikan mati kte kena cepat2 buang ye?seelok2nya kte kena bagi ikan makan berapa kali sehari dan perlu selang sehari atau hari2 bagi makan?thanks 4 yr info sangat berguna sbb sblm nie istilah ganti air bagi saya adalah bersihkkan 100% siap basuh batu2,pokok2 tiruan sumelah 100% sakit2 badan angkat aquarium gara2 nak basuh..hehehe lepas nie bertambah happylah ikan-ikan saya..

    • Salam

      Ikan yang mati harus dibuang dengan segera kerana bagi mengelakkan pertumbuhan fungus dan merebaknya penyakit lain yang menjadikan bangkai ikan tersebut sebagai perumah selain mengelakkan berlakunya kenaikan paras ammonia (toksin) yang terjadi akibat proses pereputan bangkai ikan tadi.

      Selamat Memelihara Ikan

  30. ray mmg terbaik la. satu2 dijawab ha. thanks for info. kami sgt2 hargai bro. trimas!!!

  31. salam bro ray..
    sy baru jer berjinak dgn bela membela ikan hiasan ni kt umah..1st akuarium 2 1/2′ utk ikan2 kecil spt n.tetra,gourami,platy semua total dlm 20 ekor..so far alhamdulillah smpai skrg dh 3 bulan semua sihat walafiat cuma pernah 2-3 ekor mati di permulaan setup..

    ok skrg sy mula berminat dgn arowana pula..dh beli 1 lg akuarium saiz yg sama 2 1/2′…cadangnya nk cari aro yg biasa2 spt pearl @ banjar red..akuarium dah setup dgn powerhead filter 27w 1200l/h..sy cycle akuarium tu dgn letak ikan kecil(family tetra) 4 ekor & puyu sekor..ni dah masuk 3 hari cycle tp ikan2 kecik tu pakat2 mati…aduii..bakteria x cukup lg ke sbb tgk taik dh byk kt dasar akuarium tu..pening gak..nasib ikan arowana x beli lg..

    so, bro ape yg patut sy buat sblm fulus beratus2 tu terbang gitu je..huhuh
    tq bro..

  32. nazir on July 27, 2012 at 4:52 PM said:

    mengapa akuarium air masin saua mudah berlumut,bagaimana cara untuk nengelakan supaya tidak berlumuy

  33. Sangelion on August 2, 2012 at 12:06 AM said:

    Salam,
    sy baru saja berkecimpung dgn hobi membela ikan ni.. sy telah membeli akuarium 2ft x 1ft x 1ft atau lebih kurg 40L / 10 gallon.. sy membela ikan guppy namun ikan ini selalu mati.. Utk pengetahuan saudara ray sy tidak melakukan nitrogen cycle kerana tidak mempunya test kit dan kesukaran utk mendapatkan test kit di kedai akuarium berhampiran.. dan baru-baru ini sy cuba mendapatkan pH test dan mendapati kandungan air tersebut berasid… sy menukarkan 50% dari kandungan air akuarium yang mempunyai ikan guppi ini.. test pH.. neutral.. kemudian esoknya test pH kembali… dan keputusannya adalah berasid.. sy tidak menyangka baru tukar air sehari dah berasid.. sy mempunyai ammonia chip (berbentuk seperti batu-batu kecil)… bolehkah sy menggunakan ammonia chip utk mengatasi masalah ini.. apa pandangan/pendapat/cadangan saudara ttg masalah ini??
    Masalah kedua.. suhu air akuarium sy agak tinggi iaitu 29-30 degree celsius dan seperti yg dibincangkan dlm forum2 suhu yang sesuai bagi ikan ini adalah sekitar 26-28 degree celsius.. ada cadangan? dan akhir skali.. bagaimana sekiranya sy ingin membeli brg2 yg sukar sy dapati dari saudara ray..

  34. salam,
    saya ada akuarium,xde besar sgt,separuh heksagon,dlm 2 kaki stgah kot.
    nk cuba planted akuarium dlu,dah byk search,pening plak sbb byk sgt brg2 nk kna pkai,jd nak mintak skit nasihat barang2 basic yg nk kna bli selain pump,akuarium dan lampu,untuk buat akuarium plant.tq

  35. Salam

    saya ada pam air kuasa 12 W.Berapa saiz aquarium yg dapat ditampung dengan pam air ini?..

  36. sofia sofia on August 30, 2012 at 7:48 PM said:

    hello encik RAY :> sy ni bdk yg bru bminat dgn ikan2 ni hehehe tp kali ketiga saya tukar air banyak ikan kecik mati :( sedih laa..banyak soalan yang terbuku di minda ni harap encik boleh bg respond ekk ..
    1)anti klorin banyak leh sbbkn ikan mt ka?
    2)anti white spot di gunakan waktu perlu ja ka?
    3)crystal clear water boleh buatkan ikan mati ka kalau diguna tiap kali tukar air?
    4)kalau ikan kecil tu warna badannya pudar dan tidak cergas seperti biasa lepas tu dah tunggang tebalik selalunya disebabkan apa ?

    *harap dapat balasan dengan secepatnya :D

  37. Mfs Ateng on September 5, 2012 at 9:47 PM said:

    Saya baru berjinak2 dlm dunia aquarium..kebetula baru pulang dr trip memancing di Kenyir,saya telah membawa pulang 2 ekor toman jalur untuk dibela di dlm aquarium. Anti klorin dah letak,masalahnya ikan toman saya matanye berselaput dan mengganggu untuk die memakan dietnya. Boleh bantu bagaimana cara untuk menghilangkan selpaut pada mata ikan? sila emailkan kepada saya ateng_fadhlullah@yahoo.com.. harap dapat membantu

  38. hai en ray,

    saya nak tanya beberapa soalan,
    1) bagaimana hendak membuang najis ikan yang bercampur dengan pasir akuarium?

    2) apabila air dalam akuarium sudah bertukar warna sedikit kekuningan, adakah boleh saya hanya menukar filter sahaja dan tidak menukar air?

    terima kasih

  39. zakaria on November 18, 2012 at 8:42 PM said:

    hello en. ray
    saya baru saja berkecimpung dalam peliharaan ikan marin di dalam akuarium 4 x 2 x 1.5 ……setelah seminggu setup dan bermula dengan 2 ekor ikan …sekarang akuarium saya dipenuhi dengan lumut kuning/coklat…ph stabil dan s.g. juga stabil…ape yg perlu saya buat untuk menghilangkan lumut tersebut?

  40. salam……saya ada akuarium kecil.saya ikut segala prosedur cam kat atas.tapi naper ikan2 saya asyik tersekat kat pam tu?bila saya tolak ikan tu ngan jari saya dia berenang jap,pastu dtg balik kat pam tu.besok lak dah mati….ada x pam bentuk lain yg murah dan sesuai utk akuarium kecil serta x mengancam ikan kecil sebagai cadangan?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Post Navigation