Aquamania.info

Berapa Banyak Ikan Dalam Akuarium

Pasti hampir semua peminat ikan hiasan di luar sana merenung akuarium dan tertanya-tanya berapa banyakkah ikan yang sepatutnya dipelihara? Ada sesetengah yang hanya ingin memelihara seekor dua ikan dan majoritinya lebih sukakan akuarium yang penuh atau banyak ikan berenang-renang dalam akuarium di rumah atau di premis. Ikan yang banyak tidak memberi sebarang masalah jika mengikut peraturan serta difahami prinsipnya. Kami di Aqua Mania pernah beberapa kali mengalami bekalan elektrik terputus sehingga melebihi 24 jam (kejadian ketika kedai ditutup dan cuti) namun syukur kami tidak pernah mengalami masalah ikan mati di dalam akuarium hatta di dalam akuarium display kami. Kami sering mendengar keluhan peminat ikan yang mengadu atau menceritakan masalah ikan mati lemas (tidak cukup oksigen kerana pam rosak atau bekalan elektrik terputus walaupun setengah jam). Kami akan terangkan rahsianya di bawah.

Prinsip Satu Inci Ikan Setiap Gallon Air

Apakah yang dimaksudkan satu inci ikan setiap satu gallon air. Baiklah sebelum itu untuk makluman, 1 gallon [US, cecair] = 3.785 411 784 liter. Apa yang kami maksudkan 1 inci ikan adalah saiz ikan tersebut. Sekiranya anda memiliki ikan berjumlah 5 ekor dan bersaiz standard 5 inci (ikan kecil) setiap ekor maka akuarium anda haruslah memiliki 5 gallon air atau lebih kurang 20 liter air. Jika 5 ekor ikan tadi adalah bersaiz 6 inci setiap satu (jumlah 6 inci x 5 ekor = 30 inci) maka anda harus menyediakan akuarium yang berkapasiti  30 gallon atau 120 liter. Mudahkan.

Namun begitu, seekor ikan guppy atau tetra (ikan air tawar) sebagai contoh yang bersaiz 1 inci adalah tidak sama dengan ikan emas comel yang bulat dan buncit kerana sudah pasti ianya akan menggunakan lebih banyak oksigen, membuang lebih buangan serta lebih karbon diosida dirembeskan. Satu lagi faktor yang perlu diambilkira adalah saiz matang ikan yang dipelihara. Memang semasa dibeli ianya bersaiz 3 inci sebagai contoh namun setelah 4-5 yahun dan mencapai saiz maksimum sudah pasti akuarium tersebut tidak mempunyai ruang baginya untuk berenang bebas serta kekurangan oksigen terutamanya apabila terdapat ikan lain. Oleh itu, buat sedikit bacaan atau kajian sebelum membeli ikan yang di minati bagi mengetahui saiz maksimum ikan tersebut apabila matang kelak.

Oleh kerana prinsip ini adalah ringkas harus juga diambilkira faktor hiasan akuarium itu sendiri juga. Sebuah akuarium berkapasiti 30 gallon realitinya adalah tidak berkapasiti sedemikian kerana terdapat juga batuan, pasir, serta pelbagai hiasan lagi termasuk tumbuhan ataupun coral yang apabila ditolak semuanya air yang dimuatkan hanya lebih kurang tidak sampai 50% bagi sebuah akuarium yang sarat dengan hiasan.

Pengiraan Luas Permukaan

Semakin luas permukaan, semakin tinggi kadar oksigen yang diserap air di mana lebih banyak ikan boleh dimasukkan serta dipelihara. Ramai peminat ikan hiasan di Malaysia gemar atau cenderung memilih akuarium yang tinggi dan bukannya mementingkan keluasan (lebar x panjang). Harus diingat, akuarium yang tinggi kebanyakkannya memiliki ruang permukaan yang sempit atau kecil walaupun jumlah air yang dikandungnya mungkin sama kapasiti dengan sebuah akuarium yang rendah dan lebar namun begitu akuarium tinggi tersebut tetap memiliki ruang yang sedikit bagi memelihara ikan. Satu lagi ingin ditambah, ikan suka berenang ke hadapan dan kebelakang dan bukannya keatas atau kebawah.

Prinsip pengiraan ini mudah. Hanya darabkan panjang x lebar akuarium anda. Hasilnya, setiap inci ikan adalah bagi 12 inci persegi! Lagi banyak ikan boleh dimasukkan. Kami bagi contoh perbandingan di sini (1 dan 2):

1.Prinsip Kapasiti Air (1 inci ikan bagi 1 gallon air).

a. Sebuah akuarium 4kaki (panjang) x 1.5kaki (lebar) x 2 kaki (tinggi)@ (48 inci x 18 inci x 24 inci) = 20,736 inci padu bersamaan 88 gallon = 88 inci ikan.

(andaikan seekor ikan saiz 4 inci)

Oleh itu,

Jumlah ikan adalah 88 inci / 4 inci ikan

=22 ikan

* jika diambil hanya 50% kapasiti  jumlah air kerana akuarium dipenuhi hiasan maka 50% adalah 44 gallon = 44 inci = 11 ekor sahaja ikan(saiz seekor 4 inci diambilkira sehingga saiz matang).

 

b. Sebuah akuarium 4kaki (panjang) x 2kaki (lebar) x 1.5 kaki (tinggi)@ (48 inci x 24 inci x18 inci)= jawapan 1(a) di atas. 11 ekor ikan

2. Prinsip Keluasan Air (1 inci ikan bagi 12 inci persegi).

a. Sebuah akuarium 4kaki (panjang) x 1.5kaki (lebar) x 2 kaki (tinggi)@ (48 inci x 18 inci x 24 inci) = 20,736 inci padu bersamaan 88 gallon.

Namun begitu kita gunakan prinsip pengiraan keluasan bagi menentukan jumlah ikan = 48 inci panjang x 18 inci lebar

= 864 inci persegi

Jumlah Ikan

(864 inci persegi / 12 inci persegi per ikan)

=72 inci ikan / 4 inci ikan setiap satu (contoh)

=18 ekor ikan.

 

b.Sebuah akuarium 4kaki (panjang) x 2kaki (lebar) x 1.5 kaki (tinggi)@ (48 inci x 24inci x 18 inci) = 20,736 inci padu bersamaan 88 gallon.

Sekarang kita gunakan prinsip pengiraan keluasan bagi menentukan jumlah ikan = 48 inci panjang x 24 inci lebar

= 1152 inci persegi

Jumlah Ikan

(1152 inci persegi / 12 inci persegi per ikan)

= 96 inci ikan/ 4 inci ikan (contoh)

=24 ekor ikan

* bagi kes ini tidak perlu diambilkira jumlah kapasiti air kerana faktor penentuan dan pengiraan adalah berdasarkan luas dan bukannya kapasiti itu sendiri.

Jadi Prinsip Mana Yang Perlu Diguna?

Sebagai panduan, prinsip pertama adalah mudah kerana mengambilkira jumlah kapasiti air dan kedua-dua saiz akuarium mampu memuatkan 11 ekor ikan dan kedua-dua akuarium tersebut tidak mempunyai kelebihan jumlah ikan, manakala prinsip kedua akuarium yang kedua mampu memuatkan ikan yang lebih banyak daripada akuarium pertama yang lebih tinggi. Namun begitu, perbandingan yang diberi hanya memberikan pengetahuan bahawa lebih luas akuarium maka lebih banyak ikan yang boleh dipelihara dan nasihat kami supaya peminat mendapatkan akuarium yang lebih luas dan bukannya lebih tinggi.

Bagi kedua-dua prinsip walaubagaimanapun tidak mendatangkan sebarang masalah dan boleh dipraktikkan dengan selamat oleh peminat akuarium ikan hiasan. Tip penting daripada kami, masukkan ikan tidak melebihi 20% kapasiti ikan yang boleh dipelihara pada satu-satu masa. Sekiranya akuarium anda mampu memuatkan 10 ekor ikan (maksimum) maka hanya masukkan ikan tidak melebihi dua ekor pada satu waktu. Ini kerana, buangan ikan adalah toksik dan hanya dapat diuraikan oleh bakteria denitrifikasi secara biologinya. Jadi, memasukkan lebih 20% ikan daripada jumlah sepatutnya akan mengundang masalah lonjakan paras ammonia yang lebih tinggi kerana koloni bakteria denitrifikasi tidak sempat bagi menjalankan proses uraian buangan ikan yang toksik secara lebihan mendadak. Memasukkan ikan sedikit demi sedikit mengikut satu tempoh waktu berselang dapat menyediakan bakteria denitrifikasi untuk menyesuaikan bilangan koloninya bagi menjalankan proses uraian.

Selamat Memelihara Ikan dan Happy Reefing

 

6 Thoughts on “Berapa Banyak Ikan Dalam Akuarium

  1. salahuddin on July 5, 2012 at 9:14 AM said:

    terima kasih saudara ray…artikel ini begitu mebantu, kalau sebelum ni tgk ikan mana berkenan main beli je, penerangan terperinci saudara begitu membantu..terima kasih

  2. salahuddin on July 5, 2012 at 9:19 AM said:

    mungkin saudara ray boleh membuat artikel berkenaan cleaning up crew dalam tank marin, saya pasti ramai diluar sana ingin tahu berkenaan cleaning up crew ini, pengalaman luas saudara dalam marin pasti membuatkan artikel itu nnti bertambah menarik, just pandangan dari saya yang beginner..terima kasih

  3. Azrul on July 21, 2012 at 9:16 AM said:

    salam saudara ray…. saya ingin menukar akuarium marin yg sedia ada berukuran 2 kaki kepada 3@4 kaki. soalan saya..

    1)adakah air, liverock serta batuan yg ada boleh dicampur dlm akuarium baru nanti bersama dgn liverock yg baru beli..

    2)adakah ianya mengambil masa yg lama utk proses kitaran air nanti…

    3)bilakah waktu yg sesuai utk memasukkan ikan yg sedia ada ke dlm akuarium baru nanti…

    4)saya menggunakan protein skimmer resun sk600 dan undergravel filter dan tidak berniat utk menggunakan chiller…adakah ianya sesuai…

    harap saudara ray dapat membantu.

    • Salam saudara,

      Kami terus menjawab soalan saudara:

      1) penggunaan liverock, lapisan pasir dan batuan serta sedikit air (25%-30%) daripada akuarium sediada amat digalakkan kerana mempercepatkan proses kitaran air akuarium baru.

      2) kitaran akuarium yang menggunakan bahan-bahan daripada akuarium lama yang sihat mempercepatkan proses daripada 2-3 minggu kepada seminggu sahaja. Campurkan Bakteria Starter ke dalam air akuarium baru dan monitor dengan parameter air selama seminggu sehingga paras ammonia stabil dengan menggunakan Ammonia Test Kit atau Test Kit Serbaguna.

      3) seekor ikan pertama yang lasak boleh dimasukkan terus ke dalam akuarium pada hari pertama. Setelah air akuarium telah siap dibancuh dan kemudiannya dimasukkan bahan-bahan di atas sebelum di masukkan ikan tersebut.

      4) Resun Sk 600 sesuai digunakan bagi akuarium 90 liter ke bawah dan menggunakan pada akuarium 3 kaki tidak mendatangkan kemudaratan. Penggunaan undergravel filter adalah teknologi konvesional yang mana terdapat kelebihan dan kekurangannya. Penggunaannya bagi tempoh jangka masa panjang akan menyebabkan bahan buangan akan memenuhi ruang simpanan di bawah filter kerana sukar disenggarakan kecuali saudara menggabungkan kaedah Jauberts’ Filter yang menggunakan lapisan pasir tebal 3-4 inci serta memiliki lapisan plastik di antara filter dan lapisan menjadikannya keadaan anaerobik iaitu kurang beroksigen di bawah lapisan pasir. Penggunaan chiller pula adalah pilihan kerana penggunaanya adalah bagi menstabilkan suhu akuarium reef yang memiliki coral dan boleh menggunakan cooling fan yang lebih menjimatkan tetapi air akuarium akan lebih cepat tersejat dan perlu diganti secara kerap. Sekiranya akuarium saudara hanya memiliki ikan dan live rock maka chiller sudah pasti bukanlah kewajipan. Namun begitu sekiranya saudara menghadapi masalah rumah yang panas dan suhu air akuarium yang tinggi maka penggunaan cooling fan dapat membantu menstabilkannya dengan kos yang ekonomik.

      Selamat Memelihara Ikan dan Happy Reefing

  4. salam.. saya nak tanya macam mana nak menjaga aquarium marin agar sentiasa berada dlm keadaan ok sentiasa.. saya dah memulakan hobi ni dlm stahun.. tp tak berhasil.. ikan selalu mati.. g kedai auarium dia suruh masuk ubat tp bila masuk ubat ikan mati lagi… saya pon tak tau apa yg tak kene lagi.. protin skimmer dah ada… apa peralatan yg penting lagi untuk akarium marin.. saya dah buntu tp belom berputus asa..

  5. sedih pon ada bila tengot ikan mati… setiap kali masukkan ikan baru paling lama tahan 3 hari..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Post Navigation