Aquamania.info

Asas Penapisan (Filteration)

Di dalam post saya sebelum ini, kami di Aqua Mania telah menerangkan kepada anda tentang penyediaan akuarium marin. Lanjutan daripada itu, sistem penapisan yang lengkap serta efektif akan kami huraikan dalam bab ini.

Penapisan


Apakah penapisan akuarium marin? Empat perkataan tersebut adalah satu topic kontrovesi yang dibincangkan oleh kalangan peminat akuarium marin dan sistem pengcahayaan adalah subjek kedua yang dibincangkan. Ini adalah kerana terdapat pelbagai kaedah penapisan yang menjamin kejayaan peminat akuaruim marin. Aqua Mania cuba membantu anda dalam memahami konsep asas sistem penapisan yang efektif yang boleh anda gunakan dalam memilih produk-produk serta kaedah bersesuain. Ingin kami tekankan di sini, walaupun di luar sana ramai peminat akuarium marin yang menegaskan kaedah Berjaya mereka tetatpi harus diingat kejayaannya adalah berdasarkan pengalaman berbeza, kematangan sistem, jumlah stok dan pelbagai lagi. Oleh itu, there’s no bullet point for the absolute right method for the success..sabar dan fahami kepelbagaian fauna hidupan marin serta biologikalnya.

Penapisan Bilogikal dalam Erti Mudah


Penapisan biological adalah proses yang menggunakan organism hidup bagi menukar buangan (ammonia) kepada yang lain. Penguraian satu bentuk toksik (ammonia) kepada yang kurang toxic seperti ion nitrit atau nitrate adalah amat penting bagi kehidupan akuarium marina anda.

Berikutnya adalah huraian mendalam berkenaan sistem penapisan.

Nitrifikasi

Walaupun toksin dalam akuarium boleh wujud dan hadir dalam pelbagai bentuk, atau dibebaskan atau dibawa oleh pembawa pencemaran, ammonia adalah yang terpenting. Toksik ammonia terkumpul dalam akuarium melalui bahan buangan ikan, makanan lebihan yang terurai, atau juga oleh bahan organik lain. Tambahan lagi, ammonia adalah komponen utama dalam kebanyakkan air buangan (kencing) hidupan laut.

Ammonia terkumpul dalam sitem tertutup (akuarium) boleh menyebabkan kerosakan tisu ikan, menganggu paras oksigen dalam aliran darah dan juga stress yang seterusnya menjadi punca kepada jangkitan ikan serta kematian! Ammonia adalah toksik (beracun) kepada hidupan laut dan di dalam sistem tertutup (akuarium) ammonia haruslah dikeluarkan dan dibuang supaya tidak terkumpul di dalam air akuarium. Kita bernasib baik kerana terdapat bakteria yang sebahagian daripada sistem penapisan biologikal kita yang dapat menjalankan tugas tersebut. Bakteria tersebut menjalankan proses mengitar (cycle) yang dirujuk sebagai kewujudan koloni bakteria dalam lapisan penapis yang menukarkan ammonia kepada nitrit dan nitrat. Selepas akuarium melengkapkan kitarannya,bakteria akan mendiami pada lapisan (permukaan seperti batuan, pasir malah juga cermin akuarium itu sendiri) dan menyokong kehidupan hidupan dalam akuarium.

Bakteria bertanggungjawab untuk memulakan langkah mengitar nitrifikasi  dalam akuarium, menggunakan ammonia sebagai makanannya dan menukar kepada nitrit melibatkan pelbagai spesis daripada genera Nitrosomonas, Nitrosospira, Nitrosococcus dan Nitrosolobus serta yang lain.Bakteria nitrifikasi ini adalah aerobic iaitu memerlukan oksigen untuk terus hidup.

Kumpulan bakteria nitrifikasi seterusnya adalah berperanan menukarkan hasil nitrit terhasil kepada nitrat iaitu hasil yang kurang toksin. Peranan ini dilakukan oleh  bakteria daripada genera Nitrobacter, Nitrosospira, Nitrocystis, Nitrococcus dan lain-lain. Nitrit adalah toksin kepada semua jenis hidupan akuatik dan menggangu pengambilan oksigen dalam aliran darah ikan. Kita bernsaib baik, bakteria-bakteria ini yang mengekalkan tahap nitrit pada tahap yang rendah dalam akuarium yang telah lengkap kitarannya.

Sementara nitrat adalah kurang beracun kepada hidupan sepertimana ammonia dan nitrit, nitrat ini boleh menyebabkan masalah pertumbuhan algae tidak terkawal yang akan menyebabkan masalah kesihatan kepada hidupan marin anda terutamanya pada akuarium reef.

Algae memerlukan nitrat sebagai nutrien asas. Sekiranya nitrat dibiarkan terkumpul dalam akuarium reef melebihi bacaan 5 ppm, ianya akan member kesan kepada pencemaran air dan menggalkkan pertumbuhan algae pada tisu coral. Produk buangan ini, boleh dikeluarkan melalui cara penukaran air, penyerapan kimia, protein skimming, penyerapan oleh penapis algae atau organisma lain yang menggunakan nutrien terlarut sebagai sumber.

Denitrifikasi


Dalam penerangan sebelum ini, kami telah menerangkan pelbagai jenis  bakteria denitrifikasi yang wujud dalam akuarium anda seperti Micrococcus, Pseudomonas, Denitrobacillas, Bacillus dan lain-lain. Sesetengahnya adalah anaerobik (memerlukan sedikit atau tidak langsung)  manakala sesetengahnya adalah aerobik.

Genus bakteria seperti Thiobacillus, melibatkan lapan spesis. Bakteria ini menggunakan bahan organik sulfur seperti  sulfide, thiosulfate dan bisulfite dalam kawasan rendah oksigen seperti dalam lapisan pasir bagi mengurangkan nitrat. Dalam akuarium anda. Bakteria ini menggunakan nitrat dan menukarkannya kepada gas nitrogen yang akan dibebaskan ke udara melalui pergerakan air serta pengudaraan (aeration). Lapisan pasir yang dalam serta live rock yang berongga adalah tempat yang sesuai bagi bakteria ini berkoloni.

16 Thoughts on “Asas Penapisan (Filteration)

  1. kzbk27 on May 11, 2011 at 3:23 PM said:

    salam..sedara ray saya ingin bertanya,bagaimana ingin membuat overflow pipe?saya tidak mahu melakukan drilling pada aquarium…terima kasih.

    • Ray Aqua on May 16, 2011 at 12:42 PM said:

      Salam saudara khairil.
      Terdapat pelbagai kaedah untuk membuat overflow pipe bagi penggunaan filter sump.Saudara boleh melayari http://www.aquariumlife.net/projects/diy-overflow/120.asp .Artikel ini praktikal dibuat dan kami menggunakannya tanpa masalah besar.Kami cadangkan saudara meletakkan powerhead kecil bagi menyedut udara di dalam paip seperti dalam gambarajah tersebut dan paip kedua (berwarna pink) harus boleh dilaraskan (tidak digam).Laraskan paip kedua tersebut dan air akan berhenti turun melalui overflow paip apabila ianya telah mencapai paras lubang tersebut.Paip yang sesuai digunakan adalah bersaiz 3/4 inci dan paip return dari sump ke akuarium hendaklah 1/2 inci.

      Happy Reefing dan Selamat Memelihara Ikan

  2. Amin on July 23, 2011 at 4:58 AM said:

    Jadi,filter apakah yg terbaik buat aquarium?

  3. msuhaizie on October 29, 2011 at 8:32 AM said:

    Salam.. Boleh x en ray terangkan berkenaan corallaine algae? Sy bermasalah dengan ketiadaan coralline algae wlaupun coralline algae hnya terdapat pd coral yg sy beli shj tp tidak merebak shgga mnyebabkan aquarium sy nmpk tak natural.. Sy ade mnggunakan purple tech by ket marine sbg supplement utk mnaikkan coralline algae tp nmpk mcm x brksn.. Ape harus sy buat?

  4. Salam, mohon penjelasan berkenaan ATS (Algae Turf Scrubber)Terima Kasih…

    • Ray Aqua on December 1, 2011 at 4:35 PM said:

      Salam saudara,

      Algae Turf Scrubber adalah aplikasi semulajadi yang diadaptasikan dalam pemeliharaan akuarium marin bagi menyerap nutrien yang terhasil atau terkumpul dalam akuarium. Sebagai mana kita tahu, algae seperti juga tumbuhan lain baik di daratan mahupun di dalam air memerlukan proses fotosintesis bagi terus hidup. Algae dan tumbuhan akan menggunakan karbon dioksida bagi pernafasannya dan akan membebaskan oksigen dan nutrien seperti ammonia, nitrat serta phosphate akan digunakan sebagai makanannya (baja) dan hasilnya, oksigen yang dibebaskan ke dalam akuarium menstabilkan pH dan parameter air yang lain terkawal.
      Permulaan semasa memulakan Algae Turf Scrubber ini, protein skimmer digunakan 100% dan selepas algae mula memenuhi turf atau kepingan/ lantai/ tapak algae dengan bantuan lampu 24 jam (lampu biasa) maka hasil yang terkumpul dalam protein skimmer akan berkurangan sehingga sifar.

      Pada asasnya, sebelum Algae Turf Scrubber diperkenalkan, peminat akuarium marin menggunakan refugium (akuarium @ bekas yang menempatkan pasir tebal dan dipenuhi algae serta menjadi tempat pembiakan plankton seperti copepod) dan bersambungan dengan sump tank serta akuarium utama. Pada masa ini, Algae Turf Scrubber diperkenalkan sebagai alternatif kepada refugium kerana hanya memerlukan ruang yang kecil bagi menempatkannya serta boleh digunakan secara sistem tunggal ataupun bersama refugium dan sistem filter.

      Melalui penggunaan Algae Turf Scrubber, kami jelaskan secara ringkas pembuatannya. Peminat boleh membelinya melalui website online luar negara mahupun membuatnya sendiri. Membuatnya sendiri tidak rumit dan dengan menggunakan sekeping jaring plastik (mosquito net) yang digantung secara menegak dan disambung dengan paip PVC yang dipam air ataupun melalui graviti akuarium utama ke sump tank, peminat boleh mendapat hasil yang memuaskan. Peminat boleh melayari contoh penggunaan Algae Turf Scrubber.

      Selamat Memelihara ikan dan Happy Reefing.

  5. Alex on March 9, 2012 at 9:20 PM said:

    Hello :D

    ~ Ikan Air Masin ~

    -Power Head dengan Wave Maker kan . Lebih kurang je kan dua2 . Dua2 boleh larutkan garam kan ?

    -Kalau dah guna cooling fan kan . Nak maintain kan suhu macam mana ? Kalau tutup cooling fan kan nanti suhu meningkat balik . Kalau bukak cooling fan terus menerus suhu menurun pulak -,-’

    -Kalau saya balik kampung kan mesti semua ikan saya mati . Macam mana nak buat semua ikan saya dlm keadaan sihat,cergas & aktif ? Kalau air tawar letak yg benda putih tu kan . Kalau air masin ? x da ke ?

    -Reef Buffer tu untuk ape ?

    -Yang Reef Magnesium,Calcium,Carbonate,Iodine & 0thers tu untuk ape plak ?
    Semua tu sama ke lain ? Kena beli semua benda tu ke ? Banyak ouh ~

    • Hi Alex,

      1.Bagi tujuan melarutkan garam, power head dan wave maker mampu melarutkan. Namun begitu, power head dengan air intake (dimasukkan buih udara) akan melarutkan lebih cepat garam tersebut. Wave maker sebenarnya adalah peralatan yang digunakan bagi memberikan arus ke permukaan akuarium reef(dipasang dan muncungnya yang terendam dihalakan ke permukaan supaya menghasilkan riak air).

      2.Cooling fan digunakan bagi menyejukkan air akuarium, namun begitu penggunaan cooling fan secara berterusan tidak akan berterusan menurunkan suhu sehingga bawah 25 darjah celcius (kebiasaanya adalah 27-28 Celcius). Air tidak akan mudah menyejuk dan haba yang dibebaskan setiap saat akan menstabilkan suhu akuarium pada satu takat suhu yang stabil cuma kekurangannya ialah air akuarium akan cepat tersejat dan harus diganti kerap bagi mengekalkan Specific Gravitinya.

      3.Sebenarnya semua ikan mampu hidup selama 2 minggu tanpa makan kerana ikan mampu menyerap nutrien dalam air. Ini termasuk ikan marin. Bagi ikan air tawar memang terdapat weekly feeder yang berwarna putih seperti yang saudara maksudkan. Namun begitu, tiada makanan tersebut bagi ikan marin. Apa yang terbaik bagi ikan air tawar dan juga marin adalh penggunaan Auto Feeder yang dijual dengan harga RM45- RM55 dan dapat ditetapkan pemakanan ikan setiap hari. Ianya hanya menggunakan bateri AA dan peminat dapat menetapkan pemberian makanan sehingga 8 kali sehari dan amat membantu walaupun ketika peminat keluar bekerja seharian. Apa yang penting, pemakanan ikan harus tidak melebihi kerana ikan hanya akan makan dalam masa 5 minit dan lebihan makanan akan menjadi sisa makanan yang seterusnya mengotorkan air akuarium peminat.

      4.Reef buffer adalah bagi kegunaan mendapatkan bacaan pH 8.1-8.3 akuarium marin. Ianya amat berguna ketika menyediakan air garam dan juga air bagi penggantian air akuarium tersejat.

      5.Reef magnesium, calcium dan lain-lain yang saudara sebutkan tadi hanyalah perlu sekiranya saudara memiliki akuarium reef dan sekiranya saudara memiliki akuarium Fish Only/ Fish Only with Live Rock, kesemua supplement di atas tidak diperlukan. Jadi jangan membazir membelinya. Sekiranya saudara memeliki akuarium reef yang kami pasti coral permulaan saudara juga tidak banyak lagi mungkin hanya 3, 4 ketul coral kecil maka saudara juga tidak diwajibkan membeli supplement. Penggantian air secara berkala sudah mencukupi bagi memberikan trace element tersebut kepada coral peminat. Bagi akuarium reef yang besar, kebiasaanya peminat akan berbelanja membeli supplement tersebut bagi mengekalkan kestabilan trace element yang hilang oleh penggunaan protein skimmer dan juga activated carbon serta lain-lain.

      Team Aqua Mania
      Selamat Memelihara Ikan dan Happy Reefing

  6. inilah satu2nya web yg jadi pedoman sy utk aquarium. utk pengetahuan sy br saja beli aquarium 1.5 kaki. Thanks bro!

  7. Salam bro..

    Smlm sy check thp kualiti air akua marin saya dgn beberapa tester,stlh sebulan running dgn ikan. Kptsnya :

    1-PH,KH semua ok
    2-Ammonia-indicator kuning kehijauan-ok rsnya.
    3-Nitrite – indicator merah – bahaya.
    4- Nitrate – indicator merah – bahaya.

    So,sy masukkan Nitrate reducer (SERA), 25ml, utk akua 3 kaki ni (150gal). Pagi ni check :

    - nitrite – indicatore kuning – normal
    -nitrate – masih merah – kenapa bro?

    Sy cuma ada sistem penapis(2 kaki) dgn bio ball, protein skimmer,span filter,carbon filter,seramik..tu ja. Cukup tak?

    Sy blum beli UV, perlu sgt ke?
    Ikan saya nmpk cergas, cuma ada ikan mata dh bengkak, kenapa ek?

    Ada satu pagi tu, sy bgn, 2 ekor Nemo hilang Smpai skrg x jumpa. Kalau mati, xnmpk bangkainya.
    Risaunya sy. Hrp dpt bantuan segera,tq

    • Salam,

      Akuarium saudara memerlukan penukaran air 50% dengan kadar segera dan sistem filter yang saudara miliki hanyalah mekanikal filter dan tidak berupaya mencernakan beban bio iaitu ammonia, nitrit dan nitrat dengan sempurna serta efisyen.

      UV filter adalah bagi membunuh pathogen iaitu parasit yang berenang serta berpindah dari satu host ke satu host baru di dalam akuarium. Jadi., secara kesimpulannya, saudara tidak memerlukan UV filter bagi akuarium saudara dan saudara hanya memerlukan sump filter supaya dapat menampung beban bio akuarium saudara.

      Disamping penukaran air secara 50% yang dapat menyingkirkan 50% toksin dalam akuarium diikuti 15% pada minggu seterusnya dan selepas itu 10% setiap dua minggu dapat membantu penurunan toksin secara efisyen. Penambahan pasir serta live rock dapat membantu bakteria berkoloni seterusnya menjadi agen utama dalam mencernakan toksin tersebut.

      Mata ikan bengkak atau Pop Eye adalah disebabkan jangkitan bakteria (dalam tubuh ikan itu sendiri) yang dterjadi disebabkan oleh
      a.Bakteria Exophthalmus dan Corneybacteriosis,
      b.Luka atau kecederaan atau trauma pada mata,
      c.Persekitaran yang tercemar.

      Simptom yang harus dikesan:
      a. jika sebelah mata sahaja yang terjadi maka kebiasaannya disebabkan kecederaaan.
      b. Jangkitan bakteria akan menyebabkan kedua belah mata membengkak atau disebabkan faktor kualiti air.
      c. Kedua belah mata yang membengkak dan diikuti oleh jangkitan fungus maka ianya adalah disebabkan oleh Bakteria Exophthalmus dan Corneybacteriosis.
      d. Kedua belah mata membengkak tetapi tiada tanda jangkitan fungus maka ianya adalah disebabkan oleh isu kualiti air.

      Kaedah penyelesaiaan:
      a. Pindahkan ke dalam akuarium kuarantin dengan rawatan bakteria serta antibitik.

      Berkenaan dengan nemo saudara yang hilang tanpa dikesan terdapat beberapa kemungkinan:

      a. Kedua ikan tersebut di’ambil’ orang. :(
      b. Terdapat mantis shrimp dalam live rock.
      c. Nemo melompat keluar walaupun jarang terjadi dan tambahan pula kedua sekali.
      d. Terdapat ikan pemangsa lain yang menjadikannya sebagai makanan seperti grouper atau lion fish atau tigger fish (jika ada).

      Daripada pertanyaan saudara sebelum ini dan dengan huraian serta keterangan tentang fizikal akuarium juga dengan kualiti air, maka kami rumuskan saudara menghadapi masalah kualiti air akuarium. Tukar air seperti penerangan kami di atas dan kami jamin masalah tersebut akan selesai. Memelihara ikan sebenarnya MEMELIHARA AIR dan jangan ragu-ragu mencari sistem filter yang terbaik. Akuarium yang mahal serta ikan yang comel dan mahal tidak bermakna sekiranya sistem filter tidak berkesan.

      Selamat Memelihara Ikan dan Happy Reefing

  8. Faizal on April 12, 2012 at 11:21 PM said:

    Salam saudara Ray..
    boleh tak bagi drawing (lakaran) atau tunjuk ajar mcm mana nak buat sump filter akuarium marin 4kaki. Harap dapat membantu saya sedikit sebanyak utk memudahkan saya. Terima kasih

  9. Faizal on April 12, 2012 at 11:38 PM said:

    Adakah sump filter adalah penapis yg paling baik dan berkesan? boleh terangkan bagaimana untuk membuat sump filter ni. Terangkan secara detail lakaran dari akuarium tank atas hingga sump filter bawah.

  10. salahuddin on May 24, 2012 at 5:09 PM said:

    salam suadara

    adakah NP biopallet berkesan diletakkan sebagai biologikal media filter dalam sump tank tanpa penggunaan reactor?

    terima kasih

    • Salam

      NP biopellet berkesan walaupun diletakkan secara terus ke dalam sump tanpa penmggunaan reactor. Reactor selalunya digunakan oleh akuarist yang mahukan semua media dimasukkan ke dalam satu bekas tanpa mengambil ruang sump bagi diisi dengan span atau yang lain.

      Selamat Memelihara Ikan dan Happy Reefing

  11. salahuddin on July 11, 2012 at 4:15 PM said:

    terima kasih saudara ray..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Post Navigation