Aquamania.info

Apakah Protein Skimmer?

Protein Skimmer

Pengenalan

Anda pernah melihat buih-buih keperangan dan coklat di tepi pantai yang dipukul ombak? Pasti anda tertanya apakah yang berwarna perang coklat tersebut. Sekiranya tepian pantai berdekatan dengan kuala atau muara sungai sudah pasti buih yang berwarna tadi lebih banyak dan nampak seperti berketul-ketul di di gigi air.

Untuk pengetahuan semua, lautan di planet kita menyingkirkan protein secara semulajadi dengan ‘membuangnya’ di sepanjang tepi pantai, mewujudkan buih laut dan ditolak ke pantai. Apa yang ada dalam buih ini keperangan-kuning? Buih tersebut sebenarnya adalah sisa organik dan bahan buangan haiwan daripada ikan,invertebrata, mamalia dan lain-lain yang terdapat  di dalam lautan.

Akuarium marin adalah seumpama cebisan laut kecil, dan hidupan di dalamnya mewujudkan sebatian sisa organik yang sama. Protein skimmer adalah kaedah tiruan yang  digunakan untuk membersihkan air akuarium tersebut daripada sebatian organik.

Kenapa Protein Skimmer Penting?

 

Aqua Mania berpendapat terdapat tiga sebab yang menjadikan protein skimmer adalah penting kepada akuarium marin. Di sini kami senaraikan sebab dan alasan kenapa akuarium marin cantik anda WAJIB memilikinya.

1. Protein skimmer dapat menyingkirkan segala buangan organik semasa  ianya mula terbentuk dalam akuarium anda. Ini bermakna buangan organik tersebut tidak sempat diproses oleh bakteria peringkat akhir kepada toksik yang beracun. (terdapat bakteria nitrobakter seperti nitrosomunus, nitrosomanas dan lain-lain dan tidak perlu saya ceritakan di sini kerana anda bukannya seorang pelajar biologi marin :) .)

2. Sekiranya anda berterusan menyingkirkan buangan organik dengan penggunaan protein skimmer, senang cerita anda tidak perlukan penukaran air yang kerap.

3. Selain daripada buangan organik, protein skimmer juga mampu menyingkirkan sebatian kimia yang lain yang terkumpul di dalam akuarium malah molekul organik seperti copper juga mampu disingkirkan.

Bagaimana memilih Protein Skimmer untuk Akuarium Marin Kesayangan Anda?

Ramai peminat telah memilih akuarium yang besar, cantik serta ikan dan coral serta invertebrata yang agak ‘mengeringkan’ poket tetapi ramia yang agak keberatan untuk ‘MELABUR’ bagi membeli protein skimmer yang baik bagi melindungi hidupan marin mereka. Oleh sebab yang demikian, pemilihan protein skimmer yang bersesuaian amat penting bagi memastikan akuarium marin anda terus ‘HIDUP’. Protein skimmer yang baik adalah mudah disenggara serta tahan lama untuk berkhidmat dengan anda.

Sebelum anda memilih protein skimmer yang EFEKTIF bagi akuarium marin anda, anda perlu memahami beberapa jenis protein skimmer yang ada di pasaran.

1.Co-current

Protein skimmer jenis Co-current ini dikenali kerana menolak air ke atas bersama-sama buih halus. Buangan organik akan terkumpul di dalam bahagian Collector apabila buih bersama buangan organik ditolak ke atas. Protein skimmer jenis ini juga adalah paling murah dijual di pasaran dan hanya sesuai bagi akuarium marin kecil serta tidak banyak jumlah hidupan marinnya.

2.Counter Current

Bagi protein skimmer jenis counter current pula berbeza kerana jenis ini buih akan bergerak ke bawah manakala air akan bergerak ke atas. Proses berulang kali ini akan menjadikan proses penukaran yang lebih efektif.

3.Circulating Current

Protein skimmer jenis ini adalah ciptaan terbaru protein skimmer di mana masih mengekalkan kaedah Circulating Current tetapi air akan di pam masuk berkali-kali dan proses ini akan menjadikan lebih efektif dan lebih tinggi kualiti air yang berada di dalam akuarium. Protein skimmer ini adalah yang paling mahal di pasaran dan baru memasuki pasaran Malaysia dalam beberapa tahun kebelakangan ini sahaja. Di samping itu, terdapat juga Downdraft Protein Skimmer yang turut di pasarkan dan agak berkesan seperti juga protein skimmer circulating current.

Nota Penting:

1. Pemilihan protein skimmer anda pastinya akan bergantung kepada jenis akuarium marin (FO, FOWLR dan Reef), jumlah ikan, saiz akuarium dan juga yang pastinya penting BAJET 2012 anda :) .

2. Pastikan anda melihat jumlah isipadu (Liter atau gallon) bagi setiap protein skimmer yang terdapat di luar kotak. Contoh: Sekiranya anda memiliki akuarium bersaiz 650 liter, pastikan anda memilih protein skimmer yang lebih besar sedikit seperti 750 liter.

Selamat Memelihara Ikan dan Happy Reefing

15 Thoughts on “Apakah Protein Skimmer?

  1. bro ada jual protein skimmer ni?
    Yang sesuai untuk FOWLR tank 2ft W x 1ft L x 1.5ft H tank?
    Kalau kita guna air wood stone skimmer ok ke?
    Bagi advice sikit..

    • Ray Aqua on November 5, 2011 at 10:41 AM said:

      Salam saudara,
      Terima kasih di atas pertanyaan dan ingin mendapatkan protein skimmer tersebut daripada kami. Pihak kami pada masa ini sedang berusaha bagi memenuhi segala permintaan peralatan dan aksesori daripada semua peminat melalui emel-emel yang kami telah terima. Pada masa sekarang pihak kami sedang berusaha keras di samping terlibat dengan beberapa komitmen yang lain.
      Berkenaan dengan protein skimmer yang menggunakan wood stone, pihak kami tidak mengesyorkan kerana tidak begitu mesra pengguna serta memberi hasil yang kurang efektif. Sekiranya saudara inginkan sesuatu yang ekonomi tetapi pada masa yang sama masih berupaya menjalankan fungsinya pihak kami mengesyorkan saudara mendapatkan protein skimmer daripada model Resun SK 300 yang mana mudah deselenggara serta kompak untuk berada di dalam akuarium nano saudara tersebut.
      Terdapat juga model Resun Sk 05 yang murah sedikit tetapi rekabentuk yang tidak mesra pengguna serta memerlukan perhatian bagi penyesuaian yang lebih. Selain itu, terdapat juga produk Boyu yang sesuai bagi kegunaan akuarium bersaiz seperti akuarium saudara.

      Selamat Memelihara Ikan dan Happy Reefing

  2. salam bro..
    saya sudah cube berjinak2 dalm akuarium marin nie..tp masalah sy cume masih tidak phm jenis2 ikan dgn lebih terperinci,mksd sy jenis2 ikan yg boleh dan tidak boleh diletakkan sekali..harap2 saudara dpt menulis artikal berkenaan jenis2 ikan dengan lebih terperinci..harap saudara dpt menulis artikel berkenaan di atas..really2 appreciated wht are you doing now..

    • Ray Aqua on November 9, 2011 at 5:28 PM said:

      Salam saudara,
      Terima kasih di atas sokongan semua peminat yang sentiasa memberikan perhatian serta maklumbalas yang kami terima. Pihak kami sedang memperbanyakkan artikel-artikel berkenaan pemeliharaan ikan hiasan marin malah ikan hiasan air tawar yang lain. Artikel http://aquamania.info/04/membeli-ikan-marin-pertama-anda/ diharap dapat membantu saudara sebagai permulaan dalam akuarium marin ini. Pelajari tips-tips dan penjagaan akuarium marin sebelum memilih ikan marin saudara. Ramai peminat yang baru berjinak TERBELI a.k.a TERTIPU (dengan penjual) kerana ikan marin yang cantik serta juga potongan harga yang menarik (penipuan terhadap pembeli- baca artikel kami sebelumnya). Pihak kami akan mengeluarkan artikel-artikel berkenaan dalam masa terdekat dengan izinNya.

      Selamat Memelihara Ikan dan Happy Reefing

  3. salam saudara ray…leh tk tlg xplain lebih lnjut dgn ayat ni…

    “Pastikan anda melihat jumlah isipadu (Liter atau gallon) bagi setiap protein skimmer yang terdapat di luar kotak. Contoh: Sekiranya anda memiliki akuarium bersaiz 650 liter, pastikan anda memilih protein skimmer yang lebih besar sedikit seperti 750 liter.”..

    lg satu…akuarium saye brukuran 3kaki*2kaki…n skang sy mgunakan skimmer jenis resun sk 300…skimmer jenis tu seswai ke dgn size akuarium sy??…tq

    • Ray Aqua on November 9, 2011 at 5:19 PM said:

      Salam saudara,
      Pada hemat kami, saudara memiliki akuarium bersaiz 90 gallon ataupun bersamaan 340 liter dan penggunaan protein skimmer tersebut yang dipasarkan bagi kegunaan akuarium bersaiz 95 liter ke bawah. Protein skimmer yang saudara sedang gunakan adalah bersesuaian bagi akuarium bersaiz 2.5′ x 1′ x 1′ dan ke bawah. Penggunaan protein skimmer yang saudara gunakan sekarang tidak dapat bekerja dengan efisyen kerana isipadu air yang hendak diproses adalah terlalu besar baginya walaupun masih mampu membuang toksik. Kami berikan contoh yang mudah, sekiranya saudara memiliki penghawa dingin 1 Hp yang digunakan bagi menyejukkan suhu bilik yang luas dan sepatutnya menggunakan penghawa dingin 1.5 Hp sudah tentu ianya juga mampu menyejukkan bilik tersebut TIDAK tidak kepada suhu seperti yang diinginkan. Mudahkan. Konsep ini juga digunapakai bagi penggunaan chiller yang akan kami terangkan dalam artikel lain nanti. Semoga penjelasan ringkas ini dapat menjawab persoalan saudara dan ramai lagi peminat yang menghadapi masalah yang sama.

      Selamat Memelihara Ikan dan Happy Reefing

  4. paham2…tq saudara ray…leh tak saudara rekomen kan pe jenis skimmer yg ptt sy gune??..

  5. saudara ray..bley sy tau harga protein skimmer yang bersesuaian untuk 2ft tank?

    • Ray Aqua on November 14, 2011 at 8:37 AM said:

      Salam saudara,
      Terima kasih di atas pertanyaan dan ingin mendapatkan protein skimmer tersebut daripada kami. Pihak kami pada masa ini sedang berusaha bagi memenuhi segala permintaan peralatan dan aksesori daripada semua peminat melalui emel-emel yang kami telah terima. Pada masa sekarang pihak kami sedang berusaha keras di samping terlibat dengan beberapa komitmen yang lain.
      Berkenaan dengan protein skimmer yang menggunakan wood stone, pihak kami tidak mengesyorkan kerana tidak begitu mesra pengguna serta memberi hasil yang kurang efektif. Sekiranya saudara inginkan sesuatu yang ekonomi tetapi pada masa yang sama masih berupaya menjalankan fungsinya pihak kami mengesyorkan saudara mendapatkan protein skimmer daripada model Resun SK 300 (RM100-RM110) yang mana mudah deselenggara serta kompak untuk berada di dalam akuarium nano saudara tersebut.
      Terdapat juga model Resun Sk 05 (RM50-RM60) yang murah sedikit tetapi rekabentuk yang tidak mesra pengguna serta memerlukan perhatian bagi penyesuaian yang lebih. Selain itu, terdapat juga produk Boyu (RM60-100) yang sesuai bagi kegunaan akuarium bersaiz seperti akuarium saudara. Sekiranya saudara adalah peminat yang tidak kisahkan harga dan mementingkan kualiti terbaik maka jenama-jenama seperti Red Sea Prizm (RM400-RM 500), Tunze (RM 300- RM 350) dan lain-lain. Sekarang tepuk poket baru tanya selera. :) . Apapun pilihan peminat, mahal atauy murah apa yang penting adalah senggaraan air berkala.

      Selamat Memelihara Ikan dan Happy Reefing

  6. boss sy mgunakan aqua 4 kaki,so protien skimmer mn yg diyorkan n brapa harganye…n tmprture aqua sy jgk sering mencecah 30 c..so boss ada any idea x untk mslh nie..?coz sy pn br berjinak2 dlm bab ni..sy setup aqua sy pn melalui intrnet n aquamania info..please help me boss…

    • Salam anna,
      Terima kasih di atas sokongan saudari kepada kami. Bagi menjawab persoalan protein skimmer yang bersesuain, saudari perlu mencari protein skimmer yang berkemampuan memproses (skimming) minimum 200 liter kapasiti. Harganya terpulang kepada budget saudari (RM150 – RM200 dan keatas).
      Bagi masalah suhu air yang mencecah 30 darjah saudari perlu menyejukkan akuarium dengan kipas (mini fan for aquarium-murah) ataupun penggunaan chiller 1/4 HP digalakkan (sekiranya berkemampuan-RM1000++). Untuk membantu saudari mengurangkan suhu tinggi air akuarium pada masa ini kami mencadangkan lampu hanya dipasang 6-8 jam sehari (siang tidak dibuka sekiranya saudari bekerja dan hanya dibuka pada waktu malam) serta membuka penutup akuarium sekiranya ada. Sebarang kemusyikilan jawapan atau sebarang masalah, team Aqua Mania amat mengalu-alukan pertanyaan dan kami sedia membantu.

      Selamat Memelihara Ikan dan Happy Reefing.

  7. xavimessi on March 1, 2012 at 7:54 AM said:

    banyak info menarik dari aquamania team..terima kasih byk saudara ray.melalui komen-komen saudara saya dpt rasakan saudara ray ikhlas membimbing peminat ikan ni..semoga diberkati tuhan dan dimurahkan rezeki

    • Salam saudara,
      Terima kasih di atas kepercayaan dan juga sokongan peminat-peminat lain di luar sana terhadap http://www.aquamania.info. Sama-samalah kita memeriahkan lagi hobi memelihara ikan yang menarik ini disamping bertukar-tukar pendapat,pengetahuan juga pengalaman. Terima kasih sekali lagi.

      Aqua Mania Team

      Selamat Memelihara Ikan dan Happy Reefing

  8. salahuddin on July 11, 2012 at 4:21 PM said:

    salam saudara ray, bagaimana dengan protein skimmer dari jenis AquaC yang menggunakan teknologi spray, rasanya ini tidak disertakan dalam artikel tuan, adakah teknologi spray ini lebih berkesan? teriam kasih saudara

  9. airul on July 30, 2012 at 2:00 AM said:

    salam saudara…adakah protin skimmer jenama weipro 2015 sesuai digunanakn untuk akuarium 4x2x2

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Post Navigation