Aquamania.info

Jenis- Jenis Akuarium Marin

Keaslian keindahan akuarium marin sangat mengujakan kita dan diidamkan. Tetapi, apakah perkara-perkara penting yang terlibat ketika langkah-langkah penyediaan akuarium marin? Terdapat tiga jenis akuarium marin yang berbeza. Ada yang mudah senggaraannya dan ada yang memerlukan usaha dan komitmen yang lebih.Sebelum anda menyelami akuarium marin ini, ingin saya kongsikan apakah perbezaan di antara ketiga jenis akuarium ini dan kenapa ada yang agak mencabar berbanding yang lain.

FISH-ONLY MARINE AQUARIUMS

FO Tank hanya menempatkan ikan serta beberapa hiasan tiruan

Akuarium marin terbahagi kepada 3 jenis iaitu – fish-only aquariums, fish-only-with-live-rock aquariums, dan reef aquariums. Diantara ketiga-tiga jenis ini, penyediaan marin yang paling asas adalah the fish-only (FO) aquarium ataupun akuarium ikan sahaja.

Fish-only aquariums, sepertimana namanya adalah diset up untuk memelihara serta mempamerkan ikan hiasan marin semata-mata. Oleh kerana tujuan tersebut adalah untuk menjadikan ikan adalah tarikan utama dalam akuarium jenis ini, maka ianya hanya kadang-kadang dihiasi dengan beberapa ketul batu karang mati ataupun replika batu karang. Sepertimana akuarium-akuarium yang lain, mengekalkan parameter air dan melengkapi sistem penapisan yang efisyen amat diperlukan berikutan kurangnya penapis biologi. Kewujudan ikan hiasan marin yang cantik dan lasak seperti jenis damsel, yellow tang dan beberapa lagi jenis yang lain menyumbang kepada kejayaan akuarium jenis ini. Jenis akuarium FO ini adalah pilihan terbaik buat novice yang baru berkecimpung bagi mengenali serta mempelajari peralatan, parameter air, ikan serta senggaraan akuarium marin.

 FOWLR AQUARIUMS (Fish-only-with-live-rock)

FOWLR Tank turut mempersembahkan hasil yang menarik

Fish-only-with-live-rock (FOWLR) aquariums adalah  gabungan atau batu loncatan di antara FO aquariums dan reef aquarium. Akuarium FOWLR adalah masih menfokuskan lagi ikan di dalam akuarium, elemen asas reef aquarium diperkenalkan– live rock. Live rock adalah serpihan terumbu karang yang dipenuhi dengan pelbagai hidupan invertebrate, sponges dan jutaan bakteria nitrifikasi. Batuan ini, dipenuhi dengan hidupan berguna, menyediakan filter tambahan yang baik dan membantu mengekalkan kestabilan parameter air.

Live rock menambahkan dimensi baru kepada keindahan estetika serta penjagaan asas akuarium marin. Penjagaan khusus dalam penyediaan akuarium FOWLR adalah termasuk proses curing atau merawat live rock, tambahan lampu serta supplements untuk membiakkan coralline algae serta beberapa limitasi kepada penggunaan ubatan yang memberi kesan kepada hidupan bakteria yang terdapat pada live rock.

Live Rock menjadi salah satu elemen yang menambahkan estetika akuarium marin



 

REEF MARINE AQUARIUMS

Reef Tank memerlukan komitmen yang tinggi serta kesabaran pemiliknya

 

 Peminat-peminat akuarium marin yang sukakan cabaran, Reef Marine Aquariums adalah menjadi pilihan. Akuarium jenis ini dipenuhi dengan coral, invertebrate, dengan beberapa ekor ikan atau seminimum. Jika akuarium FO dan FOWLR memfokuskan ikan, Reef Aquariums pula memfokuskan coral dan invertebrata. Oleh kerana invertebrata amat sensitif terhadap keadaan air, parameter air mestilah di monitor sebagai rutin bagi mengekalkan keadaan air yang baik. Selain itu, kebanyakkan coral adalah photosentetik dan memerlukan pengcahayaan yang cukup untuk terus hidup. Kesemua hidupan reef aquarium memerlukan penjagaan khas, jadi adalah amat penting bagi peminat reef aquarium membuat kajian tentang keperluan cahaya, pergerakan air, supplements dan keperluan lain bagi menjadikan reef aquarium tersebut benar-benar hidup dan menakjubkan.


 

Selamat Memelihara Ikan dan Happy Reefing

8 Thoughts on “Jenis- Jenis Akuarium Marin

  1. kojack on June 20, 2011 at 7:45 AM said:

    salam bro….nak tanya…macam mana nak setting aquarium jika menggunakan wet/dry?boleh tak send lakaran?TQ

    • Ray Aqua on June 21, 2011 at 5:10 AM said:

      Salam saudara,

      Penggunaan wet/dry filter adalah dengan menggunakan bioball yang diletakkan dalam sump tank. Sekiranya akuarium yang dibeli telah di ‘drill’ lubang bagi air turun ke sump tank maka bioball boleh diletakkan di situ dan lakaran ringkas adalah seperti berikut:

      | ** span |
      |~~~~~~||~~~~~~~~~~~~~~| paras air
      | ||standpipe |
      | || | AKUARIUM
      |_____{||}_____________|
      {||}pvc bulkhead fitting
      ||
      [] flexible hose/ pipe pvc
      []
      [] ball valve
      [] _T_ __
      [][]=====|_ \
      ______||______ pvc fitting
      [_____{||}_____] penutup bucket/ tong
      |************| prefilter pad
      |XXXXXXXXXXXX| eggcrate
      | |[..........]| drip tray |
      | |000000000000| | FILTER
      | |000000000000| bioballs |
      | |000000000000| |
      |~~~~~~~~~~ ||XXXXXXXXXXXX|| eggcrate ~~~~~~~~~~~~~|
      | | | ___||_ |
      | | | stand |_____= |
      | |()__()__()__()| pump |
      |__________________________________________________|

      Lakaran di atas adalah dengan menggunakan bucket yang diletakkan dalam sump tank. Bagi gambaran yang jelas, artikel berkenaan sump tank akan dikeluarkan tidak lama lagi atau saudara boleh melawati http://www.aquariumlife.net/projects/diy-filter/111.asp atau http://www.aquariumlife.net/projects/diy-filter/48.asp sebagai gambaran.

      Selamat Memelihara Ikan dan Happy Reefing

  2. kojack on June 24, 2011 at 12:34 AM said:

    thanx bro…semoga infomania.info ni sntiasa maju kedepan..dgn infomasi kpd peminat ikan2…thank u sklai lagi..

  3. putrina on July 12, 2011 at 4:41 AM said:

    saya baru berjinak2 dengan hobi ini..dengan adanya blog ini telah menambahkan lagi pengetahuan saya..boleh saudara tambahkan artikel tentang bagaimana hendak setup akuarium??

    • Ray Aqua on July 22, 2011 at 3:51 AM said:

      Salam saudari,
      Syabas dan tahniah kerana menyertai komuniti peminat ikan hiasan di Malaysia. Pihak kami akan mengeluarkan artikel berkenaan pada masa terdekat. Terima kasih.

      Selamat memelihara ikan dan Happy Reefing

  4. Salam,sy baru membeli fish tank ready made jenama model dms 400 bersaiz 45l..adakah model ini sesuai untuk hidupan marin?bagaimana nak install protien skimmer kat model ready made seperti ini?

    • Ray Aqua on December 1, 2011 at 3:31 PM said:

      Salam saudara,

      Pertama sekali, tahniah kerana menyertai komuniti peminat ikan. Seperti dalam artikel kami yang terdahulu, sebaiknya peminat baru memulakan hobi ini dengan sekurangnya minimum 90 liter. Ini kerana semakin besar jumlah air adalah semakin senang bagi menjaga parameter air baik bagi akuarium ikan air tawar mahupun air masin. Kami bagi perbandingan mudah iaitu sebaldi air kecil dengan sebuah tong air besar. Kita letak beberapa titik pewarna dengan kuantiti sama ke dalam kedua-dua bekas air tersebut. Sudah pasti kita akan nampak perubahan warna air yang ketara dalam baldi kecil tadi.

      Walaubagaimanapun. terdapat juga ramai peminat diluar sana yang memulakan hobi ini dengan akuarium bersaiz seperti saudara. Akauarium bersaiz kecil itu boleh dikategorikan sebagai akuarium nano. Pemeliharaan ikan dalam akuarium nano adalah sedikit mencabar dari segi senggaraannya. Namun begitu, apa yang boleh kami beri panduan kepada saudara adalah membuat penukaran air secra berkala (25% setiap dua minggu) dan menghadkan ikan bersaiz seinci tidak melebihi 4 ekor (maksimum) bagi akuarium tersebut.

      Berkenaan pertanyaan model Resun DMS 400 pula, sebenarnya ia dikeluarkan oleh pengeluari kegunaan pemeliharaan ikan air tawar seperti guppy, tetra dan lain-lain. Namun begitu, kami juga memiliki akuarium bersaiz 40 liter (produk lain) dan kami memelihara 2 ekor clownfish, seekor fire blood shrimp, 1 hermit crab dan turban snail beserta green star xenia, button polyps serta mushroom coral dengan tiada masalah melainkan air cepat tersejat (menggunakan small fan) bagi menyejukkan air dan bumbung dibuka bagi menggunakan lampu fluorescent (putih 10,000 Kelvin dan Actinics) serta bagi membantu penyejukkan air akuarium (26 Celcius).

      Berkenaan protein skimmer, penggunaan protein skimmer yang mungkin boleh digunakan bagi akuarium bersaiz 40 liter seperti saudara adalah Resun SK 05. Pihak kami menggunakan protein skimmer SK 300 bagi akuarium DMS 500PL Resun 90 liter dan bagi akuarium 40 liter kami tidak menggunakan sebarang protein skimmer kerana menggunakan activated carbon yang ditukar sebulan sekali serta penukaran air 10% setiap minggu (+- 10%-15%) serta yang lebih penting kerana hendak memaksimakan ruang bagi ikan dan juga hidupan lain.. Terpulang kepada saudara untuk menentukan pilihan saudara. Pemeliharaan ikan = Pemeliharaan air. :)

      Selamat Memelihara Ikan dan Happy Reefing

  5. *jenama resun

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

Post Navigation